Showing posts with label Felda. Show all posts
Showing posts with label Felda. Show all posts

Thursday, 15 February 2018

[Video Inilah Cara Dr Mahathir Reformasi & Penjarakan Perompak 1MDB, FELDA Jho Low Najib] REFORMASI³ LAWAN TETAP LAWAN & Peringatan! Betapa PENIPU & KHIANATNYA NAJIB.

Khamis, 15 Februari 2018

REFORMASI³ LAWAN TETAP LAWAN

Rafizi: Thanks for the encouragement Dr M, I don't intend to slow down

Published: 12 Feb 2018, 5:43 pm     Modified: 12 Feb 2018, 6:09 pm
Rafizi Ramli has expressed gratitude for the words of encouragement from Dr Mahathir Mohamad with regard to the Shah Alam Sessions Court imposing a 30-month prison sentence on him.
The PKR vice-president also vowed that the verdict would not discourage him from speaking out.
“I am grateful that Tun M (Mahathir) took some time to wish me despite his own health condition.
Jika di awal politik, penjara akan jadi guru yang paling baik, jika di akhir politik, penjara akan jadi kawan paling setia.

Bukan semua orang boleh kawal diri sedar diri seperti Tun bila dipuncak kuasa dan berundur ketika paling berkuasa.

Apabila pembangkang menawarkan selamatkan Malaysia, menambah baik kehidupan rakyat sewajarnya satu usaha yang murni dan kerajaan yang sedia ada, kena sedar bahawa apa yang mereka lakukan tidak cukup.

# harga petrol turun 12sen - nampak sangat "harga politik" untuk beli undi cina -  politik murahan regim terdesak.
Posted by 

comments:

PERINGATAN BETAPA PENIPU & KHIANATNYA NAJIB
Model perniagaan 1MDB adalah model perniagaan buluh kasap, modal hilang, untung lesap.

Model perniagaan 1MDB ini adalah model untuk menyonglap wang syarikat sahajalah, sangat tidak munasabah, modal RM 1 juta, tetapi hutang RM 42 bilion, 42 ribu kali ganda dari jumlah modal, malahan nak bayar faedah bank pun antara RM 2.4 bilion hingga RM 2.7 bilion setahun, antara 2,400 kali ganda hingga 2,700 kali ganda dari modal asal, macam mana nak jana 'cash flow' kalau macam ni? 
Model perniagaan 1MDB ini bukanlah model perniagaan, tetapi model main judi, tanyalah mana-mana ahli ekonomi sekalipun, ini bukan model perniagaan, tetapi model main judi, berhutang untuk kaut untung jangka singkat, silap percaturan rugi lingkup habis harta, sebab itulah tak pasal-pasal tanah dan stesen janakuasa elektrik dikuasai oleh pihak asing. 
Selain 1MDB, TPPA juga model mangkuk yang indah khabar dari rupa, macam komunis, nampak cantik atas kertas, tapi dari segi pelaksanaan macam haram jadah sahajalah.

Kita tengoklah sahajalah nanti, apa jadi dengan negara kita bila sertai TPPA ini.

Jika negara sertai TPPA sebelum sistem gaji minimum sasau yang diperkenalkan oleh Najib, itu masih boleh diterima akal kerana produk Malaysia masih berdaya saing dari segi harga kerana kos operasi yang rendah menyebabkan harga jualan juga rendah, boleh bersaing dengan produk negara-negara peserta TPPA, tetapi kini kos operasi tinggi, harga barangan tinggi, macam mana nak bersaing, akhirnya Malaysia menjadi negara pengimport sahajalah, kilang dalam negara banyak yang dah tutup, rakyat makin ramai mengganggur, dasar kerajaan pula lebih suka banyak harta dikuasai oleh orang asing, macam Proton, syok sangat Mustapha Mohamed tu supaya Proton 'berkejasama' dengan pihak asing hingga pegangan kerajaan dalam Proton dikuasai oleh pihak asing.

Bila barisan kabinet Najib jenis kuda kayu, jenis bebal, maka lingkuplah negara ini dengan dasar dan program syok sendiri oleh Najib, Zahid dan barisan kabinet kuda kayunya ini.
Read More

Tuesday, 12 December 2017

[Video KEMARAHAN rakyat semakin membara Isu 1MDB, Barang Mahal, GST, Felda, FGV, marah Najib Kleptokrasi & Sheila Majid] PH anjur himpunan bantah Trump Jumaat ini.

Selasa, 12 Disember 2017

Image result for Gambar najib dan Trump

Pakatan Harapan anjur himpunan bantah Trump Jumaat ini

Pakatan Harapan anjur himpunan bantah Trump Jumaat ini

Pakatan Harapan akan menganjurkan himpunan membantah Donald Trump di hadapan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara pada Jumaat ini.

Menurut kenyataan bersama pimpinan gabungan pembangkang tersebut hari ini, protes berkenaan bagi menegaskan rasa kecewa terhadap pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Keputusan sepihak Trump itu jelas tidak membantu usaha damai konflik panjang di rantau Asia Barat khususnya di Palestin.
Sebaliknya, lebih merumitkan lagi keadaan sekali gus menyalakan api kemarahan dan reaksi bantahan masyarakat dunia,” seperti dipetik.
Kesemua pimpinan tertinggi Bersatu, AMANAH, PKR dan DAP itu menyifatkan campur tangan Trump ke atas negara Arab itu sebagai melampaui batas demi survival politiknya menjelang Pilihan Raya Separuh Penggal AS.
“Tindakan AS ini telah pun dibantah oleh Kesatuan Eropah (EU) dan United Kongdom telah mengeluarkan kenyataan bahawa ia tidak akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv,” katanya.
Sehubungan itu, Pakatan Harapan menyeru kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama termasuk parti politik, NGO dan pertubuhan hak asasi manusia untuk menyertai himpunan selepas solat Jumaat itu.
 Malaysia Dateline
Read More

Monday, 16 October 2017

[Video HAPUS KLEPTOKRASI-Uncle Soh buat pantun 1MDB, Khairudin and Muhyiddin pula terpaksa keluar UMNO] FELDA, FERRARI DAN PENYAMUN DI LONDON!

Selasa, 17 Oktober 2017


Foto Rafizi Ramli.



FELDA, FERRARI DAN PENYAMUN DI LONDON!
Belum lagi habis cerita Ferrari, saya cari penyakit baru: kerana terhidu bau penyamun, saya tidak tidur pagi semalam untuk dapatkan semua bukti-bukti dan buat "reverse accounting" untuk faham bagaimana wang peneroka Felda dan kita semua disamun selama ini.

Saya sendiri terkejut dengan apa yang saya jumpa. Mengingatkan saya kepada lembu-lembu semasa zaman NFC dahulu.

Saya tunjuk sikit-sikit dulu drama "From London With Love" bersetemkan lembu ini dan sedikit geran hotel yang dibeli Felda. Maksudnya saya sudah ada geran untuk hartanah-hartanah mahal di London ini.

Jam 11 pagi ini saya akan ke udara #FBLive untuk membentangkan bukti-bukti bagaimana rakyat disamun di siang hari apabila wang Felda lebur di London.

Mohon sebarkan dan nantikan supaya kita dapat tontonan terbaik hari ini.

Read More

Friday, 10 February 2017

[Video] PM digesa 'buang' semua lantikkan POLITIK di Tabung Haji dan Felda! Felda, MARA, PERDA ranap...Siapa kata Umno bela melayu?

Jumaat, 19 Februari 2017

Foto Rafizi Ramli.
SETUJU DENGAN CADANGAN PERSATUAN EKONOMI MALAYSIA, GESA PERDANA MENTERI GANTIKAN SEMUA LANTIKAN POLITIK DI TABUNG HAJI DAN FELDA
Saya mengalu-alukan kenyataan Dato’ Latifah Merican Cheong, mantan Penolong Bank Negara Malaysia dan Timbalan Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia (PEM) mengenai keperluan meletakkan kawal selia prestasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Parlimen.
Pandangan beliau itu selari dengan pendirian saya dan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan selama ini, iaitu:
Jawatankuasa Terpilih (Select Committee) yang khusus untuk mengawal selia prestasi kewangan sektor-sektor penting yang melibatkan wang rakyat perlu diwujudkan;
Jawatankuasa Terpilih ini perlu dianggotai oleh ahli-ahli parlimen yang berkelayakan dan padan dengan kepakaran dari kerajaan dan pembangkang;
Kakitangan dan sumber yang khusus diberikan kepada Jawatankuasa-jawatankuasa Terpilih ini untuk meneliti dan mengawal selia prestasi dan perjalanan sektor-sektor penting yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Susulan dari kenyataan Dato’ Latifah Merican Cheong itu, saya mencadangkan supaya sekurang-kurangnya ada dua Jawatankuasa Terpilih yang baru iaitu Jawatankuasa Terpilih yang mengawal selia perbelanjaan dan prestasi kementerian serta agensi-agensi kerajaan; dan Jawatankuasa Terpilih yang mengawal selia perbelanjaan dan prestasi badan pelaburan kerajaan, PETRONAS dan GLC. Selain dari tanggungjawab mengawal selia perbelanjaan dan prestasi badan/syarikat, Jawatankuasa Terpilih juga diberi kuasa menjalankan proses pengesahan pencalonan (“confirmation hearing”) untuk mengesahkan calon-calon CEO/Pengarah Urusan/Pengerusi yang dicadangkan oleh Perdana Menteri.
Saya ingin mengingatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa desakan untuk memisahkan kawal selia dan pertanggungjawaban badan/syarikat milik kerajaan kepada Perdana Menteri adalah semakin memuncak. Malah, sentimen rakyat telah bertukar menjadi penolakan kepada penglibatan ahli politik di dalam badan-badan ini disebabkan pelbagai skandal yang berlaku di bawah pentadbiran beliau yang melibatkan kepimpinan ahli politik di badan/syarikat milik kerajaan.
Oleh yang demikian, saya menyeru supaya Dato’ Seri Najib mendengar suara rakyat itu dengan menukar ahli-ahli lembaga pengarah di dua badan kerajaan yang menduduki kerusi tersebut atas dasar ahli politik/lantikan politik; seperti yang disenaraikan dibawah:
TABUNG HAJI
1. YB Dato’ Seri Azeez Abdul Aziz (Pengerusi)
2. Tan Sri Othman Mahmood
3. Tan Sri Badruddin Amiruldin
4. Tan Sri Mohamed Apandi Ali
5. YB Tan Sri Mohamad Aziz
6. Tan Sri Shukry Salleh
7. YB Dato’ Rosni Sohar
iaitu 7 dari 10 ahli Lembaga Pengarah; mereka wajar digantikan oleh pakar-pakar perniagaan dan pelaburan
FELDA
1. YB Tan Sri Shahrir Samad (Pengerusi)
2. YB Datuk Mohd. Suhaili Bin Said
3. YB Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid
4. YB Dato’ Abu Bakar Bin Haji Harun
5. YB Dato’ Mohd. Khusairi Bin Haji Abdul Talib
6. Dato’ Mohd Isa Bin Abu Kasim
iaitu 6 dari 11 ahli Lembaga Pengarah; mereka wajar digantikan oleh pakar-pakar perladangan, perniagaan dan pelaburan
Saya sedia maklum bahawa amalan melantik ahli politik ke kerusi Lembaga Pengarah dan badan-badan kerajaan masih diamalkan oleh kerajaan negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan.
Oleh kerana pendirian bahawa ahli politik sewajarnya tidak dilantik ke jawatan-jawatan tersebut dan kawal selia dijalankan melalui mekanisme badan perundangan( iaitu melalui Jawatankuasa Terpilih di dewan perundangan) adalah pendirian saya secara peribadi, saya akan menulis secara rasmi sebagai Ahli Parlimen kepada YAB Dato’ Seri Azmin Ali dan YAB Saudara Lim Guan Eng agar pandangan saya ini dapat dipertimbangkan oleh kerajaan Selangor dan Pulau Pinang.
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN
Foto Abd Razak Razak.
Read More

Wednesday, 21 January 2015

Kat Felda pun dah ada TOL ke? 'Mat Rempit' dapat bajet RM4 juta daripada Felda!...

Rabu, 21 Januari 2015
ONLY IN MALAYSIA...

Tengoklah sendiri. 'Mat Rempit' dpt bajet RM4 juta..
Macai2 & pendokong UMNO apa dapat !!!

JANGAN LUPA berterima kasih & BERSYUKUR kpd BN. Tanpa BN mat2 rempit tak dapat habuan RM4 juta..

Semoga di masa akan datang ramai2lah jadi MAT REMPIT. Lagi byk mat rempit di M'sia LAGI BANYAK PERUNTUKAN akan disediakan...





Kat felda pun dah ada Tol ke...???....huu


Sapa mau?
Read More

Tuesday, 27 May 2014

# UMNO 'CELAKA' Patutlaa Membisu...Che'GuBard - FELDA pemegang saham terbesar Cadbury?

Selasa, 27 Mei 2014
morning.... lalalala
DS Zahid Komedi


PRK TELUK INTAN .. BIAR RAKAMAN GAMBAR SUASANA CERAMAH ANTARA ANJURAN DAP/PR DENGAN UMNO/BN SEBAGAI SAKSI BERBICARA.


Omak Kau malas nak ulang dengan panjang lebar takut dituduh takbur dan sombong pula .. .. suasana ceramah tarikh dan waktu yang sama sempena PRK Teluk Intan dilokasi yang berlainan anjuran UMNO/BN dengan DAP/PR.

Gambar diatas ceramah anjuran UMNO/BN .. jumlah kehadiran????? Kalau ditolak para petugas mungkin tidak sampai 20 orang kot... lebih banyak bilangan motosikal dari kehadiran penduduk tempatan.

Gambar dibawah pula ceramah untuk calon DAP/PR Dyana Sofya Daud ... Kehadiran dengan penduduk berbilang kaum dan latar belakang amat padat dan sendat sekali sampai nak masuk ketempat ceramah diberitakan jalan sesak dan terpaksa berjalan kaki sejauh lebih 2 kilometer.

Jika difikir secara akal logik ... rakyat Teluk Intan memberikan sokongan kepada calon mana???

Ertinya segala gula-gula projek mee maggi segera berbillion ringgit termasuk lebuh raya dan universiti serta jalur lebar lebih pantas tidak mmpu memikat dan memujuk rakyat Teluk Intan memberikan sokongan kepada calon BN tajaan UMNO, Mah Siew Keong.

Fitnah kotor lagi jijik tanpa batasan dan takut dengan dosa tidak mengurangkan sokongan rakyat kepada calon DAP/PR Dyana Sofya Daud.

Politik kotor dan perkauman sempit sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi relevan sekarang ini .. politik yang masih diamalkan UMNO/BN sudah dianggap pupus tarikh.
Posted by 
Read More

Friday, 5 April 2013

JENGKA 21 Isu Duit S.E.S & Geran: UMNO Gadai Tanah Peneroka Cahaya Baru - INI KALILAH UMNOBN!

Sabtu, 6 April 2013
JENGKA 21

Felda Cahaya Baru
Read More

Friday, 29 March 2013

2,000 Warga Felda Palong 2 Sambut TIAN CHUA: Ini pastinya mimpi ngeri umno!

Jumaat, 29 Mac 2013
Najib takut bubar kerana tekanan dalaman Umno?
KERENGGA

Ini pastinya mimpi ngeri umno!
2,000 Warga Felda Palong 2 Sambut Tian Chua
PETALING JAYA: Hampir 2,000 warga Felda hadir pada majlis ceramah perdana di gagasan Felda Palong 2, Bahau, Negeri Sembilan semalam bagi menyatakan sokongan padu kepada penceramah utama Ahli Parlimen Batu dari PKR, Tian Chua.
Ceramah berkisar ‘genre’ isu Lahad Datu yang turut menampilkan Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) dan juga Ustaz Noor Azman Mohamad dianjurkan oleh PKR dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan.

Pengarah propaganda SAMM Edy Noor Redzuan dalam satu kenyataannya hari ini berkata, kehadiran dan kebangkitan penduduk Felda ini merupakan satu suasana yang sangat ngeri buat Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Walaupun terdapat ura-ura akan berlaku serangan dari pihak NGO pro-Umno berikutan antara penceramahnya ialah Tian Chua, namun di atas persediaan yang sangat rapi oleh SAMM dan warga setempat maka keadaan terkawal sepanjang program.
“Keselamatan hadirin adalah menjadi keutamaan. Malah aktivis Umno setempat yang turut hadir mendengar ceramah menyatakan kekesalannya di atas sebarang gangguan dan menyifatkan ia sebagai pengacau dari luar,” katanya.
Beliau menjelaskan rata-rata rakyat yang hadir ingin mendengar sendiri penjelasan Tian Chua berhubung isu Lahad Datu di mana kenyataan beliau telah dimanipulasi media yang berat sebelah. Jelaslah betapa rakyat hari ini semakin celik untuk menilai sesuatu perkara dari pelbagai sumber, bukan dari satu sumber semata-mata.
Debat polisi
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Edy Noor berkata pihaknya menolak tawaran 10 minit Kementerian Penerangan untuk Pakatan Rakyat membentangkan manisfesto pilihan raya.

“Tawaran 10 minit berbentuk rakaman di atas nama ‘transformasi’ kononnya memulihkan demokrasi adalah sebenarnya memberi gambaran jelas sejauh mana keikhlasan kerajaan yang memerintah.

“Sudahlah masa yang diberi 10 minit itu jauh dari mencukupi, ditayangkan pula dalam bentuk rakaman yang menjadikan tayangan tersebut boleh diedit dan dimanipulasi mengikut acuan media milik kerajaan,” katanya.

Ujar beliau, “BN umumnya telah berkempen dan berpropaganda sepanjang penggal melalui media arus perdana. Di sebelah pihak lagi, Pakatan Rakyat terpaksa jelajah seluruh negara menyampai maklumat dalam bentuk ceramah demi menepis segala tohmahan yang dilempar.”

Beliau percaya ceramah tidak perlu diadakan jika media perdana benar-benar bertindak adil dengan memberi ruang sama rata.
-freemalaysiatoday-

at 3/29/2013 11:41:00 PTG  

Read More

Thursday, 7 February 2013

UMNO PENING: Ambik Kau....Peneroka Cerdik akan sokong PAKATAN RAKYAT


Thursday, February 7, 2013
UMNO PENING!!! UMNO halang Mazlan Aliman tapi gagal halang 40 peneroka ahli UMNO sertai PKR

Borang keahlian diserah kepada Abas (baju petak).

BERA 8 Feb: 40 peneroka Felda termasuk Ketua Cawangan dan Ketua Pemuda Umno Triang 1, Bera keluar parti ekoran tidak puas hati dengan penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGVH).
Kecewa dengan penipuan Felda, kumpulan itu menganggotai KEADILAN dalam majlis penubuhan Ranting Felda Triang 1, dekat sini, malam tadi sempena kemasukan mereka.
Borang keahlian diserahkan kepada Ketua Cabang Bera, Abas Awang.
Hadir sama, Timbalan Ketua Cabang, Bob Manolan.
Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, peneroka terbabit yang juga ahli Umno kecewa ditipu janji manis Felda berhubung FGVH.
“Banyak perkara peneroka tak setuju, antaranya FGVH. Sebelum ini Felda menjanjikan kekayaaan dan kesenangan kepada peneroka tetapi apa yang mereka dapat hanya bebanan hutang,” katanya ketika dihubungi.




AHAD, DISEMBER 02, 2012
Bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation sertai PAS




Hj Mohd Said Jonit, 59 tahun, bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Sdn Bhd. Lulusan Universiti Pertanian Malaysia. Orang Kluang Johor.

Berkhidmat dengan F
elda selama 38 tahun dan mempunyai kepakaran dalam dunia perladangan. Mendapat kepercayaan sejak zaman Tan Sri Raja Alias hingga ke hari ini. Sangat rapat dengan beberapa Pengarah Besar Felda kerana pengalaman luas dalam pengendalian ladang khususnya Tanam Semula.

Dalam politik, pernah menjadi Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Tenggara dan Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Kluang di pertengahan tahun 1990 an.



Harga Saham FGVH Turun & Turun Lagi, Memasuki Zon Kerugian




Keringat Kami di PERAHHHH...
Hancus Felda....

Gambar Sepasukan Anggota Polis Pukul Peneroka Felda
Posted by Addin Deen at 3/29/2012


Salah seorang teman meminta untuk aku siarkan kejadian memukul peneroka yang menuntut semula tanah yang dirampas oleh FELDA. Kemungkinan juga kejadian ini berlaku disebabkan dari kehadiran wakil ANAK yang mendengar rintihan mereka baru-baru ini. Berikut gambar kejadian dimana polis menjalankan arahan BOS mereka.



Takbir!   Allahuakbar




Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena