Sunday, 2 March 2014

PBS Sistem Undian Secara Rasmi bermula 3 Mac di "[Fb Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan]" Guru & Ibu bapa sila mengundi!

Ahad, 2 Mac 2014
 Server down terus. Spoil!
Photo: Kepincangan KPM ~ Admin dapat maklumat bahawa Menteri Pendidikan Kedua ada membuka undian bagi pelaksanaan PBS.

Admin sempat baca antara pilihan undian itu ialah:

1. Mansuh PBS
2. Teruskan
3. Buat penambahbaikkan

Komen Admin:
Baru nak ajak semua mengundi tapi... server down terus. Spoil!

Mansuh tetap #MansuhPBS
Kepincangan KPM ~ Admin dapat maklumat bahawa Menteri Pendidikan Kedua ada membuka undian bagi pelaksanaan PBS.

Admin sempat baca antara pilihan undian itu ialah:

1. Mansuh PBS
2. Teruskan

3. Buat penambahbaikkan

Komen Admin:
Baru nak ajak semua mengundi tapi... server down terus. Spoil!

Mansuh tetap #MansuhPBS
Kenapa DS Idris Jusoh sangat 'bersungguh-sungguh' mempertahankan PBS?

Kepincangan KPM dan Menteri:

Admin difahamkan bahawa DS Idris Jusoh telah memuat turun gambar perbincangan antara beliau dengan pegawai KPM berkaitan PBS.

Persoalan:
Kenapa DS Idris Jusoh sangat 'bersungguh-sungguh' mempertahankan PBS? 😊


Komen Admin:
PBS mungkin dibaiki tapi... 'kosong'. Harap Maklum.

Portal Sinar Harian Online:
http://www.sinarharian.com.my/nasional/pengumuman-muhyiddin-tak-senada-arahan-kementerian-1.255673

Mansuh Tetap #MansuhPBS
Idris Jusoh kata masyarakat yang mahu PBS
Photo: Kepincangan Menteri ~ DS Idris Jusoh kata masyarakat yang mahu PBS. Mari kita lihat undian ini.

Mahu Mansuh: Lebih 16,000 undian

Mahu Teruskan: Kurang 1,000 undian

Komen Admin:
Admin sedang bangunkan sistem undian secara rasmi. InsyaaAllah esok akan dimuatnaik. Takut-takut menteri kata undian ini tidak rasmi...kan..kan.. 󾌲

Kepincangan Menteri ~ DS Idris Jusoh kata masyarakat yang mahu PBS. Mari kita lihat undian ini.

Mahu Mansuh: Lebih 16,000 undian

Mahu Teruskan: Kurang 1,000 undian

Komen Admin:
Admin sedang bangunkan sistem undian secara rasmi. InsyaaAllah esok akan dimuatnaik. Takut-takut menteri kata undian ini tidak rasmi...kan..kan.. 

PBS bentuk baharu diperkenal


KUALA TERENGGANU 1 Mac - Sistem baharu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang disifatkan mesra guru dan berfokuskan pengajaran akan diperkenalkan akhir bulan ini.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kajian berhubung perkara itu sedang dilaksanakan bagi memperkemas dan menambah baik PBS supaya tidak membebankan golongan pendidik.
"Beri ruang kepada kementerian, kerana ini yang dikehendaki majoriti rakyat. Mereka tidak mahu satu sistem yang berorientasikan peperiksaan sebaliknya mahukan sistem yang menyeluruh merangkumi perkembangan jasmani, emosi, rohani, sosial pelajar.

"Mungkin dalam pelaksanaan PBS, wujud kekangan seperti masalah capaian komputer, jalur lebar dan kekerapan guru memasukkan data berkaitan bukti tetapi apabila diumumkan nanti kita akan pastikan PBS bentuk baharu itu akan mengurangkan beban guru dan mereka diberi lebih masa untuk mengajar," katanya.


Kajian itu membabitkan rombakan terhadap perkara yang melibatkan kekerapan guru memasukkan data berkaitan bukti dan pencapaian murid termasuk pengisian borang rekod prestasi murid.
Sementara itu, Idris berkata, kementerian sentiasa terbuka dan telus terhadap rungutan, komen, pandangan, kritikan daripada guru dan masyarakat.

Dalam pada itu, katanya, kementerian mempunyai perancangan untuk menerapkan mata pelajaran Bahasa Mandarin dan Tamil di semua sekolah kebangsaan pada masa depan dalam usaha memartabat dan memperkukuhkan penguasaan pelajar dalam bahasa ketiga.

Bagaimanapun katanya, pelaksanaan itu perlu melihat pelbagai aspek kerana ketika ini, kementerian lebih menumpukan penekanan terhadap Bahasa Inggeris dan kemahiran berfikir aras tinggi.
"Perancangan itu sudah difikirkan kerana apabila ada sistem pendidikan yang menyeluruh, sekolah kebangsaan akan menjadi tumpuan dan pilihan ramai.

"Kita akan melihat dan mengkaji bila perkara ini boleh dilaksanakan kerana Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) turut menggariskan keperluan untuk mempelajari bukan hanya dua bahasa tetapi pelbagai bahasa," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140302/dn_21/PBS-bentuk-baharu-diperkenal#ixzz2uoOyAzJb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Read More

KM Sarawak ingat nak bersara, tapi rupanya naik 'setakuk' lagi - tapi yang baik UMNO TIADA DI SARAWAK.

Ahad, 2 Mac 2014
Di saat Tan Sri Taib jadi TYT yg baru...... 
Gambar: Di saat Tan Sri Taib jadi TYT yg baru......  dipelusuk pendalaman kaum Penan terus ditindas dan dimusnahkan hak mereka, tanah mereka dirampas, kehidupan mereka diganggu....ni lah nasib kaum pribumi Sarawak.. mereka bukan mahu wang berbiliion..hanya biarkan mereka hidup ditanah milik mereka sendiri..
admin dah kata sebelum ini memperkayakan suku sakat/kroni merupakan dasar utama perjuangan Umno/BN ... rakyat melarat apa peduli kalau tidak ada keuntungan politik..
Di saat Tan Sri Taib jadi TYT yg baru...... dipelusuk pendalaman kaum Penan terus ditindas dan dimusnahkan hak mereka, tanah mereka dirampas, kehidupan mereka diganggu....ni lah nasib kaum pribumi Sarawak.. mereka bukan mahu wang berbiliion..hanya biarkan mereka hidup ditanah milik mereka sendiri.. — bersama Lengloi Leng.

Ingat nak letak jawatan!
Gambar: ingatkan letak jawatan ketua menteri serawak sebab nak bersara tapi rupanya nak UP setakuk lagi.. kasihan org serawak.. negeri nombor 2 paling miskin di malaysia tetapi pemimpinnya memiliki BERBILION harta,,
Ingatkan letak jawatan ketua menteri serawak sebab nak bersara tapi rupanya nak UP setakuk lagi.. kasihan org serawak.. negeri nombor 2 paling miskin di malaysia tetapi pemimpinnya memiliki BERBILION harta,, — bersama Elham Malik dan 2 yang lain.
 · Komen · Kongsi
  • Steve Burnett Sy org sarawak. Nak kata yg ekonomi sarawak, memang mundur. Tiada kemajuan. Masalah nya sy xboleh salahkan sesiapa. Antara sebab mengapa eko sarawak mundur :
    1. Hasil kekayaan sarawak secara untung "bersih" , semuanya disalurkan kepada kerajaan perseku
    tuan..dan dibahagi secara dividen kesemua negeri di malaysia. Sarawak tidak pernah merasai keuntungan mutlak hasil kerja mereka.
    2. Projek pembangunan kerajaan yang amat tidak bermanfaat. Cth, empangan bakun. Apa kebaikannya ? Jana elektrik untuk beberapa ribu rumah di sekitar bakun dan berdekatan ? Tariff elektrik masih mahal walaupun ada empangan. Timbul persoalan.
    3. Taib dan kes penyelewengan duitnya yg masih berterusan.
  • Shahzrill Love Asyhley teruk2 yg ini..tapi yg baik UMNO TIADA DI SARAWAK.
Read More

Jambatan SAHMS amat tahan gegaran walau sehebat manapun keadaannya - kata consultant ... Satu kenyataan 'berani'!

Ahad, 2 Mac 2014






Mohd Shubhi  /  1.3.14  /   

Jambatan kedua Pulau Pinang
Malam ini Perdana Menteri kita baru saja merasmikan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Itulah nama yang baru saja diberikan oleh YAB Perdana Menteri kita setelah mendapat perkenan DYMM Agong.
Pulau Pinang nampaknya dah ada dua jambatan utama yang menghubungkan Tanah Besar Semenanjung Malaysia dengan Pulau Pinang.
Kita dah biasa sangat degan Jambatan Pertama Pulau Pinang dan kini kita ada satu lagi jambatan baru keluar kedai, yang sebelum ini disebut sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Memang tepat sekali menamakannya sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, lebih bagus daripada nama mendatar yang kita panggil sebelum ini. Takkan nak kekalkan sebagai Jambatan Kedua Pula Pinang, tak menarik rasanya.

Dengan siapnya dan dirasmikan penggunaannya bermula awal pagi nanti pada pukul 12.30 pagi, maka terpahatlah sudah sejarah Jambatan Paling Panjang Di Asia Tenggara sejauh 24 km. Ia juga antara jambatan yang terpanjang di dunia dan merupakan cetusan idea Tun Dr Mahathir pada tahun 1995. Entah sampai bila kedudukan nombor satu itu akan kekal, sama-samalah kita lihat nanti.

Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Percuma Sebulan

Satu lagi pengumuman baik yang dibuat oleh Perdana Menteri tadi adalah para pengguna boleh mula menggunakan jambatan tersebut secara percuma tanpa perlu membayar tol selama sebulan bermula daripada 12.30 pagi nanti.
Rasanya nak pergi rasmikan penggunaannya selepas pukul 12.30 pagi sat gi, bukan senang nak naik jambatan ta payah bayar tol. Harap-harap jalan di jambatan tersebut tak sesak nanti.

Dulu, pada tahun 1985, ketika jambatan pertama baru dibuka, orang ramai dibenarkan untuk singgah menikmati suasana jambatan di tengah laut. Harap-harap, perkara sama dapat dilakukan nanti untuk jambatan kedua ini. Bolehlah merakamkan beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan.

Kerisauan Terhadap Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Ada sedikit isu yang secara peribadi saya tak berapa sedap dengan Jambatan yang baru dirasmikan tadi. Ia berkenaan kenyataan consultant yang terlibat dalam pembinaan Jambatan tersebut yang saya dengar semalam ketika menonton berita TV3.

Apa yang didakwa dan nampaknya diyakini oleh consultant tersebut yang disampaikan oleh jurutera yang terlbat semalam adalah bahawa betapa selamatnya jambatan itu. Hasil daripada teknologi canggih terkini yang direkabentuk oleh para pakar, jambatan itu amat tahan gegeran walau sehebat manapun keadaannya.

Kata consultant, jika berlaku gempa bumi yang kuat di Pulau Pinang, maka ketika itu, lokasi yang paling selamat untuk diduduki adalah di atas jembatan tersebut!.

Wow!, satu kenyataan berani yang cukup meyakinkan cuba digambarkan oleh mereka betapa hebatnya reka bentuk dan teknologi ciptaan para pakar. Mungkin mereka terlalu teruja terhadap pencapaian teknologi dan pembinaan jambatan itu sehingga menggambarkan kekukuhannya sebegitu.

Kenyataan Yang Sepatutnya Untuk Jambatan Sultan Abdul Halim

Sebagai langkah merendah diri saya rasa kenyataan itu perlu ditambah dengan Insyaallah!. Mungkin lebih baik kita bersederhana sahaja dalam membuat gambaran kekukuhan binaan ciptaan manusia walau bagaimana hebat sekalipun kita rasakan pencapaian kita.

Teringat saya berkenaan Kapal Titanic yang karam dilautan dalam dulu. Betapa terujanya para jurutera pereka dan pembina kapal besar itu sehingga mereka gambarkan dengan kenyataan, "Tuhan sendiri tidak mampu karamkan kapal besar itu!!!"

Selepas itu lihatlah apa yang terjadi pada kapal yang amat dibanggakan tersebut. Semua orang tahu dan ia kekal sabagai satu sejarah trajedi yang terkenal sampai difilemkan dengan berbagai versi.

Betul! kenyataan yang kita buat untuk Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah tidaklah sebiadap dan sekufur kenyataan terhadap Kapal Titanic. Namun kita perlu belajar daripada sikap terlalu yakin dengan bersederhana dan berserah pada Tuhan...tambahlah dengan izin Tuhan.

Semoga kita dijauhkan daripada malapetaka yang tidak diingini dan moga selamatlah hendaknya perjalanan mereka yang menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Insyaallah, amin!.

Pendapatanda



PM isytihar jambatan kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

PM isytihar jambatan kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
GEORGETOWN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengisytiharkan jambatan kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Pengisytiharan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. 

Najib berkata demikian pada ucapan sempena merasmikan jambatan bekenaan yang dicatatkan sebagai jambatan terpanjang di Asia Tenggara, di sini. 


Sementara itu, Najib turut mengumumkan pengguna jambatan berkenaan tidak akan dikenakan tol dalam tempoh sebulan sebagai penghargaan kepada rakyat. BH



Read More

Sungai Mengalir Lesu! Nak tolong rakyat sendiri pun terpaksa bayar 9 billion... Sampai bila nak ditindas?

Ahad, 2 Mac 2014

Kerajaan Selangor Bayar RM9.65 Bilion Beli Syarikat Konsesi Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga, ABBAS, SPLASH

Berita Semasa

selangor beli syabas
Kerajaan Selangor Bayar Pampasan RM9.65 Bilion Beli Syarikat Konsesi Air Selangor (Syabas) : Masalah demi masalah yang dihadapi rakyat Selangor ketika ini termasuk pendedahan punca beberapa siri masalah air di Selangor (SEPERTI DI SINI), secara tiba-tiba….Berita yang baru diterima, apabila….
Berita yang baru diterima, apabila kerajaan Selangor dan kerajaan persekutuan telah mencapai kata sepakat dan persetujuan bersama untuk membenarkan kerajaan Selangor untuk beli bayar dengan pampasan sejumlah RM9,650,000,000 juta (RM9.65 bilion) sekaligus terus mengambilalih pengurusan syarikat air di Selangor seperti :

Pampasan Beli Syarikat Konsesi Air Selangor : Senarai Syarikat Terima Bayaran Lumayan RM9.65 Bilion!!

  1. Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)
  2. Puncak Niaga Sdn Bhd
  3. Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas)
  4. Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash).
 Gambar: Novel kedua Sasterawan Negara terkenal ini membawa kisah orang-orang kecil pada penghujung pendudukan Jepun di Singapura, dalam kegelisahan menunggu dentuman bom dalam shelter dan mencari sesuap makanan mengalas perut kontang kering. Lumpur dan sungai yang menemukan watak-wataknya turut berkata-kata, melesu dan menunggu mangsa seterusnya.  - KubuBuku http://fadliakiti.blogspot.com/2013/03/sungai-mengalir-lesu.html )

E-mel bawahpohonrendang@gmail.com untuk dapatkannya.
Novel kedua Sasterawan Negara terkenal ini membawa kisah orang-orang kecil pada penghujung pendudukan Jepun di Singapura, dalam kegelisahan menunggu dentuman bom dalam shelter dan mencari sesuap makanan mengalas perut kontang kering. Lumpur dan sungai yang menemukan watak-wataknya turut berkata-kata, melesu dan menunggu mangsa seterusnya. - KubuBuku http://fadliakiti.blogspot.com/2013/03/sungai-mengalir-lesu.html )

E-mel bawahpohonrendang@gmail.com untuk dapatkannya.

Sampai bila nak ditindas? 

Gambar: bestkan, berkhidmat utk rakyat,nak tolong rakyat sendiri pun terpaksa bayar 9 billion pd kroni puak tu,,moga2 penyokong umno sedarlah sikit,sampai bila nak ditindas ?
bestkan, berkhidmat utk rakyat,nak tolong rakyat sendiri pun terpaksa bayar 9 billion pd kroni puak tu,,moga2 penyokong umno sedarlah sikit,sampai bila nak ditindas ? — bersama Lang Ngindang.

Memperkayakan suku sakat/kroni 

Gambar: ‎Memperkayakan suku sakat/kroni merupakan dasar utama perjuangan pemimpin Umno selama ini... ada bantahan?

ṪןḰєlคtÑ”‎
Memperkayakan suku sakat/kroni merupakan dasar utama perjuangan pemimpin Umno selama ini... ada bantahan?
ṪןḰєlคtє
 · Komen · Kongsi
  • Hajjah Mardz Memang dari datuk nenek saya dulu. Sejak kecil saya dah faham. Org OMNO dtg jumpa nenek saya. Bagi duit, kain batik n beras sekampit. Rasuah umnongok memang terlalu parah skrg
  • Sikin IsaMelayu.yg.diperbodohkan.sekian.lama.tapi.knapa.masih.percaya.dengan.penyamun.dan.perompak.yg.berkuasa.kepalahotak.melayu.dah.karat.dan.tak.berfungsi.dibilang.bongo.marah.pula.cubalah.buka.mindatu.untuk.berubah.lain.parti.yg.printah.

Saham air selepas proses ambil alih selesai, kata MB


Mar 02, 2014 

SELANGORKINI 

SHAH ALAM: Rancangan pemberian saham air kepada rakyat yang diumumkan dalam Manifesto Pakatan Rakyat (PR) pada Mei 2013 akan diteruskan selepas penstrukturan semula industri air selesai sepenuhnya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata hasrat itu diyakini akan dapat dipenuhi kerajaan negeri, namun tiada sebarang jangka masa ditetapkan untuk pelaksanakannya.

“Sudah dapat baru kita umumkan kerana Kerajaan Negeri sudah berjanji pada Mei tahun lalu iaitu selepas selesai penstrukturan air, kami akan kenalkan saham air kepada rakyat.

“Tetapi tiada tempoh masa ditetapkan kerana kerajaan negeri perlu pastikan penstrukturan air ini selesai terlebih dahulu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Temasya Seni Silat, Senjata dan Warisan Melayu Selangor di Dataran Kemerdekaan, di sini.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut memaklumkan perjanjian untuk menyusun semula industri air di Selangor adalah terikat dan tidak boleh dibatalkan kerana kedua-dua kerajaan pusat dan negeri komited untuk melaksanakannya.

Katanya perjanjian itu dengan jelas menyatakan kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri dengan Selangor mesti melaksanakan apa yang dijanjikan dalam memorandum persefahaman (MoU) untuk meluluskan projek loji rawatan air Langat 2.

Pada masa yang sama, katanya kerajaan persekutuan memberi Kerajaan Selangor kuasa untuk mengambil alih pengurusan merawat dan membekalkan air kepada lebih tujuh juta penduduk di Lembah Klang dan Putrajaya.

“Kerajaan Negeri mewakili rakyat Selangor dan keputusan ini dilakukan untuk ‘value for money’.

“Kita ingn memastikan loji rawatan air itu dibina dengan sebaiknya kerana kita memerlukan itu tetapi ia perlu dilakukan dengan pemahaman bahawa kita mendapat harga, teknologi dan cara terbaik,” katanya lagi.
-HD
 — bersama Lee Bing Heyok dan 5 yang lain.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena