Friday 7 June 2013

P/MERBOK505 - Polis Nak Kelulusan DBKL, DBKL Nak Kebenaran Polis Dulu...Pulak Dak!

Jumaat, 7 Jun 2013

Situasi buntu untuk demo Padang Merbok
Koh Jun Lin
PKR selalu terperangkap dengan keadaan buntu apabila menganjurkan sesuatu perhimpunan ekoran pemilik tempat dan polis masing-masing mahukan izin sebelah lagi pihak sebelum memberikan lampu hijau.

Terbaru, polis Dang Wangi dilaporkan berkata, permohonan PKR untuk mengadakan perhimpunan ‘Black 505' di Padang Merbok Kuala Lumpur pada 15 Jun ini tidak lengkap kerana tiada kebenaran daripada pemilik tempat.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramlli berkata, berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini, polis mahukan kelulusan pemilik tempat sebelum kebenaran diberikan; manakala pemilik tempat pula mahukan kebenaran polis terlebih dahulu.

"Keadaan ini mencipta halangan yang tidak perlu dan bertentangan dengan semangat Akta Perhimpunan Aman, yang mana isu kebenaran polis tidak timbul," katanya ketika dihubungi semalam.
Malaysiakini.

Himpunan 15 Jun diteruskan, kata Rafizi

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Aman Black505 pada 15 Jun ini akan diteruskan seperti yang dirancang walaupun berdepan sikap double standard pihak berkuasa yang disifatkan cuba untuk melengah-lengahkannya.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa, polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cuba melengah-lengahkan himpunan tersebut apabila mula berdolak-dalik berhubung kebenaran penggunaan Padang Merbok.
Beliau berkata, tindakan polis dan DBKL itu bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman.
“Kita berpendapat kita memenuhi keperluan memberi notis 10 hari kepada polis dan mengemukakan permohonan penggunaan padang kepada DBKL.

“Sebelum ini polis juga mengambil pendirian serupa, kena dapatkan kebenaran pemilik tempat dahulu, tetapi pada masa sama bila kita cuba dapatkan kebenaran daripada pemilik tempat.

“Pemilik tempat pula memberi alasan perlu mendapatkan kebenaran polis dahulu dan ini jadi permainan oleh badan-badan kerajaan ini yang menjaga harta awam untuk melengah-lengahkan dan menyukarkan perhimpunan,” kata Rafizi kepada TV Selangor.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad ketika mengesahkan penerimaan notis tersebut memberitahu TV Selangor, penganjur Perhimpunan Aman Black505 gagal mematuhi syarat di bawah Seksyen 10C Akta Perhimpunan Aman kerana tidak mendapat kebenaran DBKL bagi menggunakan Padang Merbok.
Justeru, perhimpunan tersebut dianggap sebagai perhimpunan haram sekiranya diteruskan.
Harakahdaily.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena