Thursday 6 June 2013

Hadiah Najib buat rakyat P. Pinang dah runtuh.. (Gambar dan Video)

Jumaat, 7 Jun 2013
Penang Second Bridge Collapses

Dalam kunjungannya ke Pulau Pinang semasa kempen pilihanraya 13 sedang berlangsung Mei lalu, Presiden UMNO telah mengumumkan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang berharga RM4.5 bilion yang boleh digunakan pada September depan ini adalah hadiah dari kerajaan Barisan Nasional buat rakyat Pulau Pinang..

Bagaimanapun penghujung struktur  yang Najib umumkan sebagai hadiah buat rakyat Pulau Pinang ini telah  runtuh sekitar jam 7.00 malam tadi..
BATU MAUNG: Sebahagian dari struktur jambatan kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan telah runtuh kira-kira jam 7 malam tadi.
Kejadian berlaku di kawasan darat di sekitar Batu Maung. Menurut Penolong Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohamad Shoki Hamzah, sebatang konkrit seberat lebih 1,000 tan serta berukuran 30 meter telah jatuh terhempap ke tanah.

Akibat runtuhan, sekurang-kurangnya sebuah kereta iaitu Perodua Kelisa telah disahkan tertimbus, namun masih tidak diketahui samada terdapat mangsa yang terperangkap atau tidak.
Sebuah kren juga digunakan bagi mengangkat batang konkrit tersebut. Menurut Shoki, pihak bomba juga dikejarkan ke lokasi sebaik sahaja kejadian itu berlaku.

Difahamkan juga, kerja-kerja pembinaan juga dihentikan buat sementara namun pembinaan pada bahagian lainnya tidak terjejas.

Sehingga setakat ini, punca sebenar kejadian masih tidak dapat diketahui ~ Astro
Sementara itu menurut Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin, yang kini berada di lokasi kejadian berkata bahagian jambatan sepanjang 30 meter di kawasan daratan di Batu Maung itu runtuh dalam kejadian tersebut.
Menurutnya, beliau menerima panggilan mengenai kejadian itu sekitar jam 7.15 malam tadi dan sampai ke tempat kejadian pada kira-kira jam 7.30 malam.
"Ini adalah kemalangan yang paling buruk melibatkan binaan yang pernah berlaku di Pulau Pinang," kata Sim yang merupakan bekas jurutera awam.
Posted by Anak Sungai Derhaka/Sumber :http://plbgaimacam.blogspot.com

KENYATAAN MEDIA DPPN P.PINANG KESAL TRAGEDI RUNTUHAN JAMBATAN KEDUA P.PINANG




1. Merujuk tragedi runtuhan Jambatan Kedua P.Pinang yang berlaku lewat petang tadi, Dewan Pemuda PAS Negeri P.Pinang melahirkan kekesalan atas kejadian yang berlaku.

2. DPPN P.Pinang difahamkan runtuhan tersebut berlaku di susur keluar Batu Maung, melibatkan laluan jalan yang digunakan oleh orang awam. Runtuhan yang berlaku ketika kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan menyebabkan sebuah kenderaan jenis Kelisa terperangkap di bawah timbunan runtuhan tersebut. Usaha untuk mengesan pemandu kenderaan tersebut & pekerja-pekerja yang dikhuatiri terperangkap dilaporkan masih giat dijalankan.

Difahamkan juga ianya dikatakan berpunca dari kegagalan struktur sokongan ‘perancah’ yang berfungsi menyokong jambatan yang sedang dibina. Kos baik pulih semula bahagian yang runtuh tersebut dianggarkan bernilai lebih jutaan ringgit.

3. DPPN P.Pinang dengan ini mendesak supaya siasatan segera dilakukan oleh pihak berwajib bagi mengenal pasti punca kejadian runtuh jambatan kedua yang pernah diishtiharkan PM sebagai ‘hadiah’ BN kepada rakyat P.Pinang ini.

4. DPPN P.Pinang memandang serius akan siri-siri tragedi runtuh yang berlaku dalam negara setelah runtuhan sebuah masjid di Terengganu baru-baru ini. Kerajaan & pihak berwajib harus mengambil tanggungjawab sepenuhnya bagi mengelakkan tragedi buruk ini terus berulang & mencemarkan imej negara. Pampasan sewajarnya perlu diberikan kepada mangsa yang terlibat lebih-lebih lagi jika ia melibatkan nyawa & harta benda.

DPPN P.Pinang percaya bahawa rakyat P.Pinang tidak akan menerima ‘hadiah’ yang membahayakan nyawa mereka.

AFNAN HAMIMI BIN DATO’ TAIB AZAMUDDEN
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri P.Pinang
Second penang bridge Collapse M5

Jambatan runtuh: Rakyat tidak terima ‘hadiah’ bahaya


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Pulau Pinang melahirkan kekesalan atas tragedi runtuhan Jambatan Kedua yang berlaku lewat petang semalam. 

DPPN Pulau Pinang difahamkan runtuhan tersebut berlaku di susur keluar Batu Maung, melibatkan laluan jalan yang digunakan oleh orang awam.
“DPPN Pulau Pinang dengan ini mendesak supaya siasatan segera dilakukan oleh pihak berwajib bagi mengenal pasti punca kejadian runtuh jambatan kedua yang pernah diisytiharkan PM sebagai 'hadiah' BN kepada rakyat Pulau Pinang ini,“ ujar Setiausahanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden dalam satu kenyataan.

Katanya, DPPN Pulau Pinang memandang serius akan siri-siri tragedi runtuh yang berlaku dalam negara setelah runtuhan sebuah masjid di Terengganu baru-baru ini.

Beliau berkata, kerajaan dan pihak berwajib harus mengambil tanggungjawab sepenuhnya bagi mengelakkan tragedi buruk ini terus berulang dan mencemarkan imej negara.

“DPPN Pulau Pinang percaya bahawa rakyat Pulau Pinang tidak akan menerima 'hadiah' yang membahayakan nyawa mereka,” ujarnya lagi.
Harakahdaily.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena