Thursday 6 June 2013

Sekitar Pengkebumian PENDAKI GUNUNG EVEREST di Sungai Pinang, Klang

Jumaat, 7 Jun 2013
Sekitar Pengkebumian PENDAKI GUNUNG EVEREST

KLANG- Nenek kepada Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari, Fatimah Jalil (dua kanan) ditenangkan oleh ahli keluarga semasa jenazah Mohamad Sharulnizam tiba di Surau An Nur, Tanjung Syawal, Sungai Pinang di sini, malam tadi.
Bapa kepada Mohamad Shahrulnizam, Ahmad Nazari Mat Saidi bersama penduduk kampung membawa jenazah Mohamad Shahrulnizam ke Surau An Nur, Tanjung Syawal Sungai Pinang untuk disolatkan sebelum disemadikan.
Suasana pilu menyelubungi Surau An Nur, Tanjung Syawal, Sungai Pinang di sini malam ini semasa jenazah warga kerja Perbadanan Putrajaya, Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari tiba untuk disembahyangkan sebelum disemadikan. Kelihatan ibu kepada Allahyarham, Salmah Abdullah sebak tidak dapat menahan kesedihan dan cuba ditenangkan ahli keluarga.
Kelihatan nenek kepada Allahyarham, Fatimah Jalil (dua, kanan) begitu sebak tidak dapat menahan kesedihan manakala bapa Allahyarham, Ahmad Nazari (tiga, kiri) agak tenang.
Jenazah Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari, warga kerja Perbadanan Putrajaya (PPJ), disolatkan oleh sanak saudara dan penduduk setempat di Surau An Nur, Tanjung Syawal, Sungai Pinang. Allahyarham, warga kerja Perbadanan Putrajaya (PPJ), maut dalam ekpedisi mendaki gunung Kala Pathar dan Everest.
Bernama/Pulakdah.
everest

 Perbadanan Putrajaya (PPj) pada Khamis menyangkal laporan berita mengenai seorang daripada peserta ekspedisi mendaki Gunung Kala Pathar dan Everest Base Camp, Kathmandu, Nepal 2013 berada dalam keadaan kritikal
Timbalan Pengarah Kanan Perhubungan Awam PPj Zaharah Salamat berkata Mohd Yazrul Ekhzan Yahya bersama pendaki lain kini berada di Lukla dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan selamat
Sebelum ini, dilaporkan bahawa seorang lagi rakan mangsa yang belum dikenal pasti identitinya dikatakan koma dan mendapat rawatan di kem berhampiran selepas diserang penyakit sama
Sementara itu, dalam laporan terbaru media Zaharah berkata jenazah Allahyarham Mohamad Shahrulnizam dijangka sampai di MAS Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)pada 7.50 malam Khamis dan jenazah Allahyarham diiringi dua lagi pendaki iaitu Muhammad Fauzan Hassan dan Mohamad Sujairi Ishak
Jenazah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Belah di Klang kira-kira pukul 10.30 malam
My Sumber - http://www.mysumber.com/berita/pendaki-malaysia-shahrulnizam-maut-di-gunung-everest#ixzz2VWaWft7m

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena