Friday, 13 December 2013

Isu Syiah Ditimbulkan Untuk Tutup Kehebatan Unit Amal...Tu sebab depa kalut...Tsunami 'Budak-budak Baju Merah!'

Khamis, 13 Disember 2013
Photo: SESIBUK MACAM MANA SEKALIPUN.. TANGGUNGJAWAB KEPADA ALLAH TETAP DILAKSANAKAN WALAUPUN DALAM KEADAAN SESUKAR MANA SEKALIPUN
Photo: Tuan Guru Presiden turun membantu mangsa banjir.

Kehebatan Unit Amal waktu banjir punca isu Syiah dimain semula – Timmy Say 

Isu Syiah dan tuduhan Syiah terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bermula ketika Perhimpunan Agong Umno (PAU) tengah berlangsung dalam suasana riang gembira penuh makanan manakala rakyat dilanda banjir dibiarkan dalam keadaan lapar dan kesejukan. 

Ketika para pemimpin Umno sedang bersorak dan berbahas isu-isu retorik, PAS menggerakkan Unit Amal dan kempen mengutip derma seluruh negara bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

Kehebatan, keikhlasan dan keboleh-kebergantungan pada Unit Amal tersemat di hati rakyat. Kini, mereka merasa selamat dan lega apabila melihat sesiapa yang berbaju merah datang kerana mereka tahu bantuan telah datang.

Memberikan derma dan menghantar sumbangan adalah mudah, tetapi apa yang Unit Amal PAS bawa adalah lebih daripada itu.

Mereka yang berbaju merah bukan sekadar datang menghantar makanan untuk dimasukkan ke media mahupun TV, mereka datang membawa tangan-tangan yang sedia membantu tanpa mengenal warna dan ego – sanggup mengotorkan tangan dalam segala hal yang diperlukan termasuklah kerja-kerja yang paling tidak disukai iaitu membuang sampah, mengangkut barang berat, mencuci lumpur banjir, memasak – dengan hati sukarela tanpa upah kerana semuanya dibuat atas nama Allah.

Unit Amal PAS telah mendapat tempat di hati rakyat di musim banjir ini dan ini berlaku ketika PAU sedang berlangsung. Rakyat dapat melihat perbandingan secukupnya sikap yang ambil Umno dan PAS dalam “mendahulukan rakyat”, lebih-lebih lagi apabila rakyat di dalam keadaan darurat banjir.
Gambar-gambar pemimpin PAS yang turut meredah air banjir dan mengangkut barangan telah disebar dengan hangat dan dibandingkan dengan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melawat kawasan banjir menggunakan helikopter.

Sekeping gambar Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meredah banjir, sambil memikul barangan sumbangan di bahu, dikongsi dengan sebegitu hangat.

Malah ada satu artikel di The Malaysian Insider yang bertajuk “Budak-budak baju merah” yang bantu kami, kata mangsa banjir” yang menggunakan gambar Ustaz Tuan telah menjadi artikel terhangat di laman ini (Nota: Jarang-jarang sekali berita berbahasa Melayu menjadi artikel paling dibaca di laman yang didominasi berita berbahasa Inggeris).


Kehebatan Unit Amal menyebabkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa memohon maaf kerana kelewatan menghantar bekalan makanan.


Kini, Unit Amal PAS melancarkan Ops Bersih – untuk membersihkan kawasan yang terkena air banjir – kerja yang paling sukar dilakukan dalam musibah banjir ini.

Dan ini dilakukan secara amal tanpa upah berprinsipkan “Rahmat Untuk Semua” – sesuatu yang bakal tersemat di hati rakyat.

Kerja-kerja hebat Unit Amal telah secara tidak langsung menjadi senjata PAS untuk meraih undi rakyat. Sudah tentu Unit Amal tidak menyangka kerja mereka yang dilakukan dengan ikhlas dan penuh disiplin tetiba menjadi satu senjata politik yang digeruni Umno.

Disebabkan itu, rakyat perlu dialih perhatian daripada kehebatan Unit Amal.

Maka sebab itulah, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terpaksa mempertaruhkan isu Syiah untuk mengalihkan pandangan rakyat, terutamanya orang Melayu.

Kini, Umno mengharapkan media akan fokus semula pada isu Syiah, para pemimpin politik dan penganalisa akan terus berperang dalam isu Syiah sehingga tenggelamkan kehebatan Unit Amal PAS dan kelemahan Umno di musim banjir luar biasa ini.


Teruskan kerja! Dan jangan terperangkap!

Berapa orang atas pagar yang akan mengundi PAS kerana kehebatan Unit Amal, askar Negara Berkebajikan yang diwar-warkan PAS, di PRU14 nanti?

Dan itulah yang sangat membimbangkan Umno.-Timmy Say/TMI
Posted By Greenboc

banjir-di-kuantan-2013.jpg



Photo: 1.53 ptg : Petugas Amal WP hari ini meneruskan misi bantuan kemanusiaan membersihkan sebuah sekolah yang mengalami kerosakan teruk akibat banjir.

Zizan Raja Lawak bantu mangsa banjir melalui Unit Amal Gombak

Zizan_Banjir
Pelakon dan pelawak Zizan Raja Lawak turut memberi sumbangan untuk mangsa banjir di Pahang. Sumbangan beliau dihulurkan melalui Unit Amal Gombak untuk diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir. Bentuk dan jumlah sumbangan tak dinyatakan.
Gambar PAS Selangor, Zizan bersama Ustaz Syarhan Humaizi, Ketua Pemuda PAS Selangor selepas penyerahan sumbangan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena