Sunday 13 April 2014

GST: Cukai yang memiskinkan rakyat... BRIM pulak gagal hapus kemiskinan, (nak tarik BR1M pulak dah!)

Ahad, 13 April 2014

Gambar: Tolong sebarkan:
MAKLUMAT PENTING: acara #1mei kini ditukarkan dari klcc ke dataran merdeka. Mula berkumpul di klcc pada jam 2pm. Selepas semua kumpulan besar ngo, pelajar dan parti politik bersedia, dalam jam 3pm akan berarak dalam satu perarakan raksasa menuju ke dataran merdeka.
Utk makluman sblm ini adlh dr dtrn ke klcc, tapi ditukarkan atas sebab taktikal.
Kuasa Rakyat kuasa keramat!
Tolong sebarkan:
MAKLUMAT PENTING: acara #1mei kini ditukarkan dari klcc ke dataran merdeka. Mula berkumpul di klcc pada jam 2pm. Selepas semua kumpulan besar ngo, pelajar dan parti politik bersedia, dalam jam 3pm akan berarak dalam satu perarakan raksasa menuju ke dataran merdeka.
Utk makluman sblm ini adlh dr dtrn ke klcc, tapi ditukarkan atas sebab taktikal.
Kuasa Rakyat kuasa keramat!
 — bersama Fina Elinda.

Ahmad Maslan Akui BRIM Gagal Hapus Kemiskinan

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukanlah penyelesaian jangka panjang bagi menghapuskan masalah kemiskinan dalam kalangan rakyat, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (gambar).

Sebaliknya, dalam menangani isu itu, rakyat negara ini, terutamanya kaum Melayu diseru menceburi bidang perniagaan dan keusahawan sebagai langkah penyelesaian jangka panjang.


Beliau berkata kerajaan juga melaksanakan pelbagai inisiatif bagi melahirkan lebih ramai rakyat berpendapatan tinggi sejak zaman kemerdekaan lagi.

"Rakyat tidak boleh terus bergantung kepada bantuan kewangan yang disalurkan kerajaan seperti BR1M kerana ia hanyalah untuk meringankan sedikit beban mereka.

"Kita (orang Melayu) perlu mencontohi masyarakat Cina di negara ini yang rata-rata berniaga dan menjadi usahawan," katanya dalam sidang akhbar di Melaka semalam. 

Ahmad berkata kerajaan menyediakan pelbagai tabung dan bantuan keusahawanan kepada rakyat terutama kaum Bumiputera di negara untuk menceburi bidang perniagaan.

Beliau berkata kerajaan juga memberi peruntukan tambahan kepada beberapa tabung keusahawanan tabung Perusahaan Kecil dan Sederhana sebanyak RM10 juta, Tabung Tunas Usahawan Belia (RM10 juta), Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (RM100 juta), Amanah Ikhtiar Malaysia (RM300 juta), Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (RM700 juta), Tabung Usahawan Siswazah (RM50 juta) dan Dana Pasar Malam sebanyak RM100 juta. – Bernama.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena