Friday, 4 April 2014

JOHOR: Pertahankan Kedaulatan Pulau Pisang! Penggunaan jetinya juga dilarang Singapura...

Sabtu, 5 April 2014

Gambar: Setelah Pulau Batu Putih Mata Kini Pulau Pisang...

Setelah laporan polis dibuat berkenaan Pulau Batu Putih yang baru sahaja terlepas ketangan Singapura diatas kesilapan kita sendiri kini tumpuan beralih pula ke Pulau Pisang yang terletak 15 kilometer dari Pontian Kechil di perairan laut Selat Melaka iaitu antara laluan perkapalan yang tersibuk dan sesak didunia.

Untuk pengetahuan semua di Pulau Pisang terdapatnya Rumah Api yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Pelabuhan & Maritim Singapura diatas keputusan yang telah ditandatangani antara Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim dengan pihak Inggeris yang menjaga Singapura dibawah negeri-negeri Selat sejak tahun 1900 lagi dan rumah api itu dibina pada tahun 1914.

Pulau tersebut berkeluasan 178.4 hektar dan rumah api itu sahaja adalah kira-kira 0.4 hektar dan republik Singapura turut dibenarkan membina jeti serta laluan darat ke rumah api tersebut bagi kemudahan rakyatnya.

Persoalannya mengapa kita yang telah 50 tahun merdeka masih memerlukan bantuan Singapura untuk mengawal selia rumah api tersebut, adakah Jabatan Laut Malaysia tidak berupaya untuk mengawal selianya.

Mengikut maklumat yang kami terima tidak ada sesiapapun baik rakyat Malaysia mahupun pihak TLDM dan Polis Marin Malaysia dibenarkan masuk ke kawasan rumah api tersebut bahkan penggunaan jetinya juga dilarang oleh Singapura.

Sewajarnya kerajaan Malaysia mengambil pengajaran dan kebimbangan rakyat tetap ada asasnya memandangkan Singapura yang baru sahaja menang secara rasmi dalam tuntutan Batu Putih tidak mustahil ICJ juga mengambil pendekatan dan merujuk kes tuntutan yang dimenangi Malaysia iaitu Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan yang dibangunkan dan dikawal selia Malaysia di pulau tersebut.

Makanya tentunya Singapura berjaya dalam tuntutannya memandangkan penyelian rumah api dan radar tenteranya disamping faktor surat kerajaan Johor kepada Singapura pada tahun 1953 yang terus meranapkan harapan Malaysia.

pulau pisang 260508
Rakyat Malaysia mesti didedahkan isi kandungan dan perjanjian sekiranya ada antara Kerajaan Malaysia dan Singapura berhubung pengawalan seliaan Rumah Api di Pulau Pisang.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman semalam menegaskan kedaulatan dan hak milik Pulau Pisang tetap milik kerajaan Johor sambil menambah sejak 2001 kerajaan Malaysia mengenakan syarat mengkehendaki warga Singapura yang bertugas di rumah api Pulau Pisang supaya mendaftarkan diri di Pejabat Laut dan Pejabat Imigresen di Kukup, Pontian.

Biarpun nelayan-nelayan negara ini dibenarkan menangkap ikan di Pulau Pisang, selain kebenaran terhadap penduduk tempatan Kukup untuk memungut hasil buah-buahan dari pulau itu tidak cukup buat rakyat risau dan bimbang dengan keselamatan mereka bilamana marin Singapura berulang-alik ke Pulau Pisang secara kerap seolahnya Pulau itu milik mereka.

Apakah para penasihat Kementerian Pertahanan atau Panglima Angkatan Tentera tidak sedar akan perkara ini. Tidakkah kerajaan Malaysia terfikir, sekiranya berlaku konflik antara Malaysia dan Singapura, dengan mudah mereka boleh menempatkan pasukan elitnya di pulau ini. Mahukah kita buah pisang berbuah dua kali? kehilangan kedaulatan wilayah kepada pihak yang berada jauh dua kali ganda jaraknya daripada kita.

Kedaulatan Pulau Pisang!!!

Rakyat Pontian Harus Peka!!!

Pertahankan Pulau Pisang!!!

Jangan Jadi Macam Pulau Batu Puteh!!!
Setelah Pulau Batu Putih Mata Kini Pulau Pisang...

 — bersama Mohd Wahab dan 38 yang lain.

KENYATAAN MEDIA
(26 Mei 2008, 20 Jamadil Awal 1429)
No Rujukan : PAS/DPP.12/2.07(05/08)

TAJUK :

PULAU PISANG BAKAL TERLEPAS KE TANGAN SINGAPURA JIKA MALAYSIA TIDAK BERTINDAK SEGERA

Saya telah membaca satu kenyataan daripada Utusan Online yang bertajuk“Bangunkan P. Pisang - Bagi menjamin status kedaulatan pulau milik Malaysia” yang disiarkan pada hari ini (26 Mei 2008).

Laporan berita ini telah menyentuh cadangan daripada Ahli Parlimen Pontian, YB Ahmad Maslan supaya kerajaan Malaysia supaya segera merangka program untuk membangunkan Pulau Pisang bagi menjamin status kedaulatan negara ke atas pulau tersebut berkekalan, selain memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Ahmad Maslan juga mencadangkan Kerajaan Malaysia mengkaji untuk mengambil alih pengurusan rumah api di pulau itu daripada Singapura kerana pulau tersebut mempunyai persamaan dari segi sejarah dengan Pulau Batu Putih.

Ahmad Maslan bimbang Pulau Pisang akan mengalami nasib yang sama seperti Pulau Batu Putih yang membawa kepada satu lagi tuntutan bertindih kerana Pulau Pisang kini menempatkan rumah api yang diuruskan oleh pemerintah Singapura seperti mana yang mereka jalankan ke atas Pulau Batu Putih sejak sekian lama.

Pulau Pisang yang terletak kira-kira 15 kilometer daripada Pontian Kechil, Johor di Selat Melaka telah diserahkan kepada kerajaan British di Singapura pada tahun 1900 oleh Sultan Ibrahim. Di atas pulau ini telah dibina sebuah rumah api (lighthouse) di atas puncak tertinggi pulau tersebut setinggi 16 meter yang menjadi navigasi kepada laluan laut. Rumah api ini telah ditadbir oleh Jabatan Perlabuhan dan Maritim Singapura di atas perjanjian pada tahun 1900 tersebut.

Saya melihat bahawa persoalan yang perlu diberikan perhatian dalam mempertahankan Pulau Pisang menjadi hak milik kedaulatan Malaysia, kerajaan perlu segera mengadakan pertemuan dengan kerajaan Singapura kerana maklumat yang diperolehi oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) menunjukkan bahawa masa depan Pulau Pisang lebih berpihak kepada Singapura :-

1. 
Jabatan Laut Semenanjung Malaysia tidak menyenaraikan Rumah Api di Pulau Pisang sebagai salah satu daripada 14 Rumah Api yang dikawal selia oleh Malaysia
.

2. Laman web yang dikendalikan oleh University of North Carolina di Chapel Hill menyatakan bahawa Rumah Api Pulau dipunyai dan dikendalikan oleh kerajaan Singapura
.

3. Laman web Lighthouse Depot mengesahkan bahawa Pulau Pisang terletak di bawah kawasan persempadanan Malaysia namun Singapura berhak untuk mengurus selia kawasan tersebut selagi mana rumah api tersebut masih berada di sana.
.
4. Laman web Maritim and Prot Authority of Singapore (MPA) menunjukkan bahawa Singapura masih berterusan mengawal selia Rumah Api di Pulau Pisang.

DPPNJ mendesak kerajaan Malaysia bertindak segera terhadap perkara ini agar Pulau Pisang tidak akan terlepas ke tangan Singapura.

Kerajaan Malaysia perlu segera :-

1. Mengadakan perbincangan dua hala dengan kerajaan Singapura seterusnya mengambil alih kawalan rumah api di Pulau Pisang,
.
2. Memastikan bahawa tidak pernah berlaku perjanjian menyerahkan Pulau Pisang kepada Singapura seperti surat yang bertarikh 21 September 1953 yang menyebut bahawa Johor tidak mengesahkan bahawa Pulau Batu Putih menjadi milik Johor,
.
3. Menyegerakan aktiviti pembangunan dan kawal selia Pulau Pisang secara keseluruhannya memandangkan ketika ini Singapura hanya mempunyai hak untuk

Kerajaan Malaysia perlu segera menyelesaikan perkara ini kerana rakyat Malaysia sudah tentunya tidak mahu peristiwa yang menimpa Pulau Batu Putih terjadi lagi.

Sekian.

1 comments:

Militer Indonesia said...

itu lah hukum karma telah berlaku pada malaysia, bagaimana perasaan sakit kalian bila kedaulatan kalian di ganggu? bagaimana perasaan kalian bila negara lain mengklaim sepihak atas pulau kalian? itu lah hukum karma bagi bangsa yg serakah, itu lah hukum karma atas pulau sipadan dan ligitan milik indonesia yang malaysia klaim.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena