Thursday 17 April 2014

[Video] SMS Fitnah...Pemuda Pas anjur Majlis ‘Langkah Mayat Karpal Singh’... Suhaizan Kayat kini di Madinah

Khamis, 17 April 2014





SMS Fitnah Langkah Mayat...
Gambar: Fitnah sana sini, terkini Sdra Suhaizan Kayat, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Beliau telah menafikan apa yang telah disebarkan itu merupakan arahannya.
Fitnah sana sini, terkini Sdra Suhaizan Kayat, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Beliau telah menafikan apa yang telah disebarkan itu merupakan arahannya.



Pemuda PAS nafi anjur majlis ‘Langkah Mayat Karpal Singh’ 

Pemuda PAS menafikan akan menganjurkan satu upacara "melangkah mayat Karpal Singh" sebagaimana yang disebarkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS). 

Di saat kesedihan ramai pihak atas kematian Karpal dalam kemalangan jalan raya awal pagi tadi, SMS berhubung upacara yang dikatakan bakal dianjurkan sayap pemuda PAS itu tersebar.

Majlis ini dikatakan akan diadakan di rumah mayat Hospital Ipoh jam 1 tengahari tadi.

Upacara itu kononnya akan diketuai Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dan beliau menjemput pemuda dan ahli parti Islam yang berkelapangan menyertai majlis ini.

"Pihak media juga dijemput hadir untuk membuat liputan," tulis SMS itu.

Ia dikatakan ditulis oleh Suhaizan sedangkan Suhaizan kini berada di tanah suci Madinah untuk menunaikan umrah.


Ekoran itu, Setiausaha Pemuda PAS, Mohd Nasaie Ismail dalam satu kenyataannya menafikan SMS itu daripada Suhaizan.

"Ia fitnah dan satu laporan polis akan diadakan dalam masa terdekat,"
kata Nasaie dalam kenyataannya hari ini.

Karpal, 73, meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Ipoh dalam perjalanannya ke Pulau Pinang.

Sebelum ini, media melaporkan Karpal pernah berkata, "over my dead body" atau "langkah mayat saya dulu" sebelum wujudkan negara Islam.

Namun, Karpal pernah menjelaskan, kenyataan beliau itu diambil di luar konteks dan beliau hanya berkata, pelaksanaan undang-undang Islam khasnya hudud bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang sekular.

Kematian Karpal menyebabkan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad dari Barisan Nasional (BN) menghina mayat pemimpin veteran pembangkang itu di laman Facebooknya.

Sambil memuatkan gambar mayat Karpal dan menyiarkan keratan akhbar penentangan pemimpin itu terhadap hukum hudud, Nawawi mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan pemimpin itu.

"Siapa nak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama he he," tulis Nawawi di akaun Facebook ‘Dato Ir Nawawi Ahmad’ merujuk kepada keratan akhbar bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat saya dulu – Karpal Singh".

Posted By Greenboc
Laporan polis SMS Fitnah DPPP
Gambar: [Admin] Setiausaha Pemuda PAS Malaysia Sdra Nasaie Ismail sedang membuat laporan polis di IPD Shah Alam berhubung SMS jahat yang disebar atas nama Ketua Pemuda PAS Malaysia berhubung kematian YB Karpal Singh. Untuk makluman KP masih berada di Madinah setelah selesai menunaikan Umrah bersama rombongannya...
Tersebar kononnya DPPP nak langkah mayat Karpal, diketuai oleh Ketua Pemudanya ..

Ini penafian, KP Suhaizan Kayat

[Admin] Setiausaha Pemuda PAS Malaysia Sdra Nasaie Ismail sedang membuat laporan polis di IPD Shah Alam berhubung SMS jahat yang disebar atas nama Ketua Pemuda PAS Malaysia berhubung kematian YB Karpal Singh. Untuk makluman KP masih berada di Madinah setelah selesai menunaikan Umrah bersama rombongannya...

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena