Saturday, 12 April 2014

Umno terus mengkayakan kroni... Bekas hakim 'Rampas Kuasa Perak' dapat projek RM2.2 billion

Ahad, 13 April 2014
Screen Shot 2014-03-06 at 10.43.56 PM copy.jpg
Map-01.jpg
KIDEX Skyway

Dua tokoh terlibat dalam rampasan kuasa Perak 2009 dapat projek 2.2 bilion

PAROI 12 APRIL: Adalah perkara biasa di Malaysia apabila bekas ketua hakim dianugerahkan projek besar meskipun wujud konflik kepentingan, kata pemangku Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengaitkan bekas ketua hakim negara, Tun Zaki Azmi yang dianugerahkan projek Lebuh Ekspres Kinrara- Damansara (KIDEX Skyway) bernilai RM2.2 bilion beberapa tahun lalu.

Menurut Izzah, Zaki yang merupakan kroni Umno BN menjadi pemegang saham terbesar dalam projek berkenaan, selepas bersara sebagai ketua hakim negara.

“Sejarah Tun Zaki Azmi sendiri, iaitu bekas ketua hakim di mana beliau terlibat dengan isteri beliau dalam projek Kidex bernilai 2.2 billion.

“Ini makanan mereka (Umno) terus mengkayakan kroni, mengaburi mata rakyat kononnya membuat sesuatu projek untuk kemudahan rakyat, tapi dalam masa yang sama poket sendiri juga perlu (dipenuhkan),

“Habis rakyat ini macam mana? Terus susah dan dihimpit bebanan?,” Soalnya ketika ditemui pemberita dalam Program Jelajah Reformasi 2.0 fasa 2 di Paroi, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Projek yang menelan belanja RM2.2 billion itu sebelum ini dikritik Pakatan Rakyat (PR) kerana dinugerahkan kepada dua konsesi iaitu Tun Zaki dan Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.

Kedua-dua tokoh berkenaan terlibat dengan rampasan kuasa oleh Umno di Perak pada 2009.
Izzah berkata, rakyat perlu sedar dan bangkit menentang kezaliman Umno BN yang hanya mencari jalan untuk terus mengkayakan kroni tanpa memikirkan kesusahan rakyat.

“Sampai bila kita nak terus diam dengan apa yang mereka lakukan? Bukan baru sekali dua, sebelum ini dengan skandal PKFZ, kali ini projek bernilai RM2.2 melibatkan orang-orang mereka juga, yang kaya itu mereka, kita dapat apa?,” katanya. - sumber
Posted by 
4 hrs 

buat teman2 BN aku.. 

Rumah Panda ada Aircond...Kamu ade?

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena