Friday 7 November 2014

“Nauzubillah” Pondan bergumbira menang kes di mahkamah sivil...Mahkamah Syariah kalah!

Jumaat, 7 November 2014


Photo: Malaysia hanya sekadar meletakkan islam sebagai agama persekutuan... Tetapi tidak pula meletakkan islam sbg dasar perundangan.....

Enekmen islam negeri akan terbatal sekiranya bercanggah dengan perlembagaan persekutuan...
Malaysia hanya sekadar meletakkan islam sebagai agama persekutuan... Tetapi tidak pula meletakkan islam sbg dasar perundangan.....

Enekmen islam negeri akan terbatal sekiranya bercanggah dengan perlembagaan persekutuan...
Menyedihkan sungguh, Hakim yang mengiktiraf golongan ini pula Islam. Bukannya nak menafikan naluri golongan transgender nih, Allah tetap melaknat lelaki yang berpakaian seperti wanita tidak kiralah apa pun alasannya. Jika pengiktirafan seperti ini mereka dapat tidak mustahil golongan ini akan terus berkembang di negara kita.

Elok dah perkara yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah Negeri Sembilan. Inilah akibatnya bila mahkamah Syariah duduk di bahagian bawah, sedangkan mahkamah Syariah ini bertunjang peraturan atau hukum yang terkandung dalam Al-Quran. Akhirnya hukum dunia mengatasi hukum Islam. Korang bacalah bawah ni ;




Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyampaikan keputusan yang mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai terbatal.

Keputusan berkenaan secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.

Keputusan berkenaan disambut dengan gembira oleh para penyokong dan kumpulan transgender yang hadir di mahkamah hari ini.

Kes berkenaan difailkan oleh Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani,  28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, pada 2 Februari 2012, untuk mencabar kesahakan peruntukan terbabit.

Mengikut Seksyen 66, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam bulan penjara dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Syariah.

Mereka menamakan kerajaan negeri Negeri Sembilan, pengarah jabatan agama Islam negeri, pengarah penguatkuasa syariah dan ketua pendakwaan sebagai responden.

Mereka turut memohon perintah mahkamah untuk menghalang penahan dan pendakwaan ke atas mereka.

Makhamah Tinggi Seremban yang menolak permohonan tiga individu berkenaan memutuskan bahawa agar hak tersebut diketepikan kerana mereka dilahirkan sebagai lelaki Islam dan perlu mengikut undang-undang dan ajaran agama.



Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan hari ini turut dianggotai Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Lim Yee Lan. Sumber

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena