TAIKO BULI KENA DAKWA
Lima pelajar mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar pada Khamis atas tuduhan merusuh sehingga menyebabkan seorang rakan mereka tercedera.
Kesemua tertuduh yang berumur 13 hingga 15 tahun itu didakwa dalam satu kumpulan mendatangkan kecederaan kepada Noor Azhar Saad, 11 tahun, antara 1 tengah hari pada 31 Mei dan 2 petang, 1 Jun di asrama anak yatim, Kompleks Penyayang Tun Dr Siti Hasmah, Jejawi, dekat sini.
Bercakap kepada pemberita Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Mohamad Sabri berkata Majistret Norhayati Ibrahim menetapkan masing-masing diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Disember untuk menjatuhkan hukuman.
Syazwani berkata seorang lagi tertuduh yang tidak hadir akan didakwa kemudian.
Kesemua remaja itu tidak diwakili peguam manakala peguam Razairul Hafiz Md Razib bertindak sebagai peguam pemerhati.
Kejadian buli terhadap Noor Azhar dirakam dan dimuat naik dalam Facebook serta media sosial baru-baru ini sehingga mendapat simpati orang ramai terhadap mangsa.
Sumber Lantak Hangpa
0 comments:
Post a Comment