Tuesday 5 May 2015

Hah! Keputusan PRK Rompin 11 malam? Pasti satu 'MALAPETAKA' sudah berlaku...Tak Rasmi BN MENANG! Tahniah Rompin memilih GST.

Selasa, 5 Mei 2015

ROMPIN.
tak tahan bau busuk terhadap seorang warga emas puteri umno sanggup tutup hidung asalkan dapat meraih undi di rompin. kerana warga rompin sokong GST kata mereka.
ish! ish! ish....


Kalau ikut pengamatan aku laa..
Kalau PRK yang kecil mcm nii..
Tempat UMNgOk pulak tuu..keputusan diumumkan lambat..
Pasti satu MALAPETAKA sudah berlaku buat parti ketuanan melayu nii..
Dan SPeeR sedang bertungkus lumus jalankan ops TIPU mereka untuk menyelamatkan Parti Penyamon nii dari MALAPETAKA yang lebih besar.!!
UMNgOkCILAKAA...



Wooit Orang Rompin Nih Kaya Raya Ka!
Betui ka Kamoo Boleh Terima GST?
Atau Ahsan Balek Fitnah???
Kalo Kamoo Tolak GST Buktikan Dgn PRK Nih....Jgn Terus diperbodohkan Oleh Mereka!

Keputusan PRK Rompin diumumkan selewatnya 11 malam ini - SPR

ABDUL AZIZ: Keputusan PRK Rompin diumumkan selewatnya 11 malam ini. -Gambar fail


ROMPIN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin akan diketahui selewat-lewatnya jam 11 malam ini.

Perkara itu dimaklumkan pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang media bagi PRK Rompin di Kolej Komuniti Rompin, hari ini.

Empat buah pusat pembuangan undi iaitu Sekolah Kebangsaan Juara, Balai Raya Kampung Genting, Sekolah Kebangsaan Mukut dan Sekolah Kebangsaan Denai juga ditutup lebih awal pada jam 2 petang.

Katanya secara keseluruhan proses undian berjalan dengan lancar dan tidak berlaku sebarang kesasakan di jalan raya mahupun saluran-saluran tertentu.

“Mengikut cuaca dan kesesakan jalan raya yang tidak berlaku serta tahap keselamatan yang baik, saya yakin pengundi Rompin akan keluar beramai-ramai dan menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya.

Meskipun begitu, katanya akan terdapat kelewatan beberapa peti undi di kawasan tertentu terutama sekali di kawasan seperti Felda Selancar yang terletak kira-kira tiga jam perjalanan dari pusat penjumlahan undi.

Katanya, ini kerana kawasan Parlimen Rompin merupakan kawasan yang amat luas merangkumi tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tioman, Bukit Ibam dan Muadzam Shah.

Menurut SPR, setakat jam 12 tengah hari tadi, jumlah pengundi yang keluar membuang undi bagi PRK Rompin ialah 29,935 atau 56.2 peratus.

Abdul Aziz berkata, angka itu dijangka naik hingga ke 80 peratus tetapi menurun berbanding pilihan raya umum ke-13 lalu yang mana peratusannya adalah 86 peratus.

Bagaimanapun, katanya, purata peratusan yang keluar mengundi dalam sejam adalah sangat tinggi iaitu sebanyak 12 peratus.

Beliau juga memaklumkan bahawa pengundi warga emas merupakan yang terawal tiba untuk mengundi.

“Hasil daripada pemerhatian saya, saya dapati saluran 1 dan saluran 2, bilangan peratusannya tinggi iaitu pengundi berumur bangun awal dan datang ke tempat undi awal,” katanya pada sidang media PRK Rompin hari ini.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang terkorban dalam kejadian nahas helikopter pada 4 April lalu.

Ia menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Hasan Arifin dengan calon PAS, Nazri Ahmad.

Pada PRU13 lalu, Jamaluddin menewaskan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Astro Awani

Untuk perkembangan terkini di jari anda, muat turun aplikasi Astro Awani di App Storeatau Google Playstore.

UPDATE KEPUTUSAN TERKINI PRK ROMPIN - BN MENANG

KEPUTUSAN TIDAK RASMI #PRKROMPIN :

[TERKINI] KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRK ROMPIN: BN 23,627 undi, PAS 14,871 undi (Majoriti: 8,756 undi)

TAK RASMI: BN memenangi pilihan raya kecil #Rompin dengan memperoleh undi majoriti lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2013.

KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRK ROMPIN: BN mendahului di 19 pusat mengundi, PAS di tiga pusat mengundi setakat 8.15 malam ini

KEPUTUSAN TIDAK RASMI #PRKRompin : BN 22,679 undi, PAS 14,445 undi (Majoriti: 8,234 undi)

BN 15,144 undi PAS 9,313 undi (Majoriti: 5,831 undi)
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena