Tuesday, 5 May 2015

[Video & Grafik Nahas DUKE ] Dato' Siti Nurhaliza - Meluangkan masa bertemu adik Nur Firuza Amira dan keluarganya

Selasa, 5 Mei 2015

Mulianya HatiMu: (Gambar2) Datuk Siti Nurhaliza & Datuk K Tunaikan Impian Adik Nur Firuza Untuk Bertemu.. Jom Terjah!!!


Kuala Lumpur, 5 Mei - Datuk Siti Nurhaliza hari ini menunaikan permintaan adik Nur Firuza, salah seorang anak kepada mangsa kemalangan tragis di Lebuhraya DUKE baru-baru ini untuk bertemu dengannya.

Datuk Siti tiba di kediaman nenek Nur Firuza pada jam 3.15 petang di Taman Batu Muda, Gombak. Turut kelihatan bersama beliau adalah suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Sebelum ini, satu video yang memaparkan adik Nur Firuza menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Siti viral di media sosial. Semalam, Datuk Siti memberikan respon terhadap perkara tersebut dengan satu tweet di Twitternya. 

"InshaaAllah...pasti bertemu" - Siti Nurhaliza Kepada Anak Mangsa Tragedi Duke




 


Paparan Grafik Bagaimana Nahas DUKE Berlaku

KEMALANGAN di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pada awal pagi Sabtu lalu meninggalkan dua kanak-kanak perempuan menjadi anak yatim piatu berikutan kehilangan kedua ibu bapa dan adik bongsu mereka dalam nahas tersebut.
Kejadian dipercayai berlaku akibat tindakan pemandu Perodua Myvi yang dikatakan memandu secara merbahaya dan berlumba sesama mereka.
Paparan grafik yang disiarkan sebuah akhbar tempatan ini menunjukkan bagaimana detik-detik kejadian itu berlaku.
Sebuah Perodua Myvi berwarna kuning dikatakan dipandu secara laju dari arah Hulu Kelang dan kemudiannya kenderaan itu bergesel dengan Pajero Sport yang dinaiki mangsa sekeluarga.
Pajero yang dipandu Fairuz Nizam Husain, 35, dikatakan terbabas ke lorong kiri sebelum dirempuh pula sebuah Myvi lain berwarna putih.
Rempuhan tersebut telah mengakibatkan kereta mangsa berpusing sebanyak empat kali sehingga menyebabkan ketiga-tiga mangsa tercampak keluar dan maut.
Fairuz Nizam maut serta merta di tempat kejadian manakala isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa, enam bulan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena