Nahas Duke: Laporan Polis Pemandu Myvi & Saksi Kontra!
Susulan kemalangan maut yang menimpa tiga beranak, tiga salinan laporan polis telah tersebar di laman sosial Facebook dan menjadi perbualan panas ramai pengguna.
Dua salinan laporan telah dibuat oleh ahli Familia MyVi Club (FMC) manakala satu lagi dibuat oleh saksi kejadian.
[BACA: Ahli Kelab MyVi Pertahan Rakan, Nafi Mereka Berlumba]
Dalam salinan laporan yang dibuat pemandu MyVi, ia memaparkan kenyataan yang menunjukkan empunya diri adalah mangsa setelah kenderaan Pajero yang dinaiki tiga beranak itu masuk ke laluan paling kanan lalu menyebabkan kemalangan berlaku.
Senang cakap, si ‘mangsa’ ini menuding jari dan menafikan bahawa mereka sedang berlumba sebelum insiden berlaku. Nah, anda bacalah sendiri laporan yang dibuat…
Memetik laporan tersebut, “Saya merasakan sebuah m/kar jenis Pajero berada di sebelah kiri seakan mahu masuk ke kanan, akibat dari itu, kenderaan saya telah terbabas dan kenderaan saya hilang kawalan.
“Selepas itu saya sedar saya berada di atas jalan, saya mengalami kecederaan mulut koyak, peha kanan, tangan kiri saya dihantar je hospital Kuala Lumpur…”
Selain itu, satu lagi laporan dibuat oleh seorang lagi ahli FMC yang turut berada di tempat kejadian pada masa itu.
Ujarnya seperti tertera dalam laporan, “Semasa m/kar nombor WYU4430 berlanggar dengan m/kar nombor W5192F dan m/kar WYU4430 terbabas ke kiri melanggar dan naik atas divider kiri.
“Saya tidak sempat brek lalu terlanggar di bahagian bawah m/kar nombor WYU 4430 lalu m/kar tersebut terbalik beberapa kali.”
[BACA: Wakil Kelab MyVi Ada Banyak Saman, Dakwa Kenal ‘Orang Dalam’]
Walau bagaimanapun, melalui laporan saksi kejadian, ia menunjukkan perbezaan jelas dan langsung tidak sama dengan kenyataan yang dibuat dalam dua laporan oleh pemilik MyVi. Haa…apa cerita?
Menurut individu tersebut yang turut menggunakan lebuh raya yang sama ketika kejadian, dia melihat beberapa biji kenderaan jenis Perodua MyVi sedang berlumba dan melintasinya sebelum tiba di tempat kejadian
“…Sebelum sampai di tempat kejadian kemalangan lagi, dari awal lagi ada beberapa m’kar no tak pasti jenis Perodua MyVi pelbagai warga terdiri dari MyVi Familia Club dpercayai berlumba antara satu sama lain ada di antara m/kar tersebut cuba mencucuk cucuk bahagian belakang m/kar saya untuk melepaskan diri untuk berlumba dan saya takut dan tetap memandu di lane tengah dan m/kar tersebut berjaya melepasi m/kar saya terus ke hadapan.
“Dalam jarak masa beberapa saat sahaja saya lihat m/4×4 nombor WHY 4430 berada di hadapan m/kar saya telah terlibat dalam kemalangan sebuah m/kar no tak pasti jenis Perodua MyVi warna kuning yang berlumba tadi berada di fast lane dan hilang kawalan terbabas lalu melanggar bahagian kanan depan m/4×4 yang berada di kiri m/karnya.
“M/4X4 tersebut mula hilang kawalan dan masuk ke lane kiri disebabkan hentakkan kuat, lalu dilanggar di bahagian sisi kiri pula oleh sebuah m/kar no tak pasti jenis perodua MyVi warna putih yang berada di lane kiri waktu itu berlumba juga.”
Sudah terang lagi bersuluh, laporan dari kedua-dua pihak amatlah bertentangan. Tapi kenyataan manakah yang benar, dan yang mana pula palsu?
Bagai nasib telur di hujung tanduk, ramai pihak kini menuding jari kepada pemandu MyVi yang dikatakan menjadi punca kemalangan, sementelah banyak bukti menunjukkan sememangnya mereka sedang berlumba sebelum insiden kecelakaan tersebut terjadi.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
0 comments:
Post a Comment