Friday, 8 May 2015

Najib Sudah Dipenghujung Jalan...'rakyat bertambah marah'

Jumaat, 8 Mei 2015

Najib Sudah Dipenghujung Jalan

1. Nampaknya kedudukan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri sudah dipenghujung jalan. Sokongan yang diterima sebelumnya, sepertimana kata mantan Perdana Menteri hanya sokongan dummy.

2. Belumpun sebulan sokongan Pemuda Umno, hari ini sahaja sudah tiga pemimpin sayap kanan itu, sudah meragui kepimpian Perdana Menteri. Dimulai oleh Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, diikuti Ketua Pemuda Johor dan terkini Ketua Pemuda Perak.

3. Sebentar tadi, Timbalan Perdana Menteri yang sedang melawat Itali, ada menzahirkan, bahawa beliau juga buntu untuk menjawab berkaitan 1MDB, malah menurut TPM itu, salah satu penyumbang kekalahan Bn di PRK Permatang Pauh kerana isu syarikat gergasi itu.

4. Sementara kemelut 1MDB belum terjawab, pengelibatan Lembaga Tabung Haji (LTH) membeli sebidang tanah kepunyaan syarikat itu yang terletak TRX, ibarat menambah minyak pada api yang sedang marak.

5. Lupakan kemerosotan undi yang diperolehi Bn di PRK Rompin, kerana ianya sudah berlabuh, dan Bn pun sudah mempertahankan kubu kuat Umno itu.

6. Apa yang paling pedas, adalah Titah Sultan Johor berkaitan GST, baginda bertitah agar semua agensi di bahawa kerajaan Johor tidak mengunapakai sistem percukaian baru itu.

7. Para Menteri yang dilantik Perdana Menteri, kini dalam kedudukan serba salah, atas sebab, apa sahaja kenyataan mereka, bukan memperjelas atau mereda keadaan, akan tetapi memperuncing, malah menyebabkan rakyat tambah marah.

8. Isu Top-Up sahaja, hingga kini belum selesai, apatah lagi isu lain yang lebih besar.

The Unspinners'

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena