Sunday 2 August 2015

[Video] Misteri yang tak terungkap...Terjerit-jerit menyanyi 'Barisan Nasional Baik...UMNO Baik'

Ahad, 2 Ogos 2015


Misteri Volkswagen Kuning di Lebuhraya Karak


Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Menurut pengalaman seorang pelajar UIA (tidak perlu disertakan nama) yang datang dari Gombak menuju ke Temerloh dengan motosikal pernah melalui dan tersermpak dengan kereta kuning di lebuhraya itu pada tahun 2009 pada waktu senja kira-kira jam 7.30. Disebabkan beliau mengetahui akan misteri tersebut, beliau hanya ambil langkah bertenang dan tidak memotong kereta tersebut. Kereta tersebut bergerak tanpa pemandu…
Posted by info.warung kopi




Astaghfirullah... Anda kenal tak menteri yg terjerit2 menyanyi 'Barisan Nasional Baik.. UMNO Baik..'
Lelaki ka pompuan tu..?? Konfius Admin..
Inikah yg dikatakan oleh Ostajah Mashitah.."contohilah pimpinan Najib yg ikut Sunnah Rasulullah..??!!"
Camanerlah pengundi2 BN Pengerang, Johor boleh 'buta mata' pilih 'pompuan melayu terakhir' ni...

Lps tu kata Anwar liberal.... Sapa liberal ni...?

You all mesti happy mesti Hassan MAlek gugur sebagai Menteri kan? Hakikatnya you all kena tahu, dia ada pengganti baru dalam kabinet AZALINA OTHMAN SAID.



Patultla spesis ini diangkat jd Pengerusi FINAS baru2 ini.. Sendiri faham yer.. Lps ni jgn terkejut jika adegan2 maksiat dlm tv sebenarnya tak mengundang kpd MAKSIAT !!

Menteri dah kata adegan tersebut hanya sebuah lakonan..


JANGAN BANGKANG.. Ostajah Mashitah kan dh ckp.. "Contohi kepimpinan Najib kerana beliau memimpin ikut Sunnah Rasulullah"

APA GUNA Menteri Agama, Mufti, Ulamak & para cendekiawan UMNO yg dibayar gaji 'taxpayer' rakyat dlm isu ini !!!

Makan gaji buta atau SUDAH MATI KA... KAMU berkerja utk cari redha Allah atau cari REDHA UMNO !!!

Foto Otai Reformasi.

Misteri yg tak terungkap..
1.Highland Tower – Kuala Lumpur
Suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat.Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana
2. Banglo Mona Fandey
Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh, Pahang yang telah menggemparkan dunia.
3. Kemayan City – Johor Bahru
Sebuah komplek membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama.Adalah dipercayai komplek tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus.
4. Lebuhraya Karak
Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.
5. Villa Nabila – Johor Bahru
Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan-penemuan mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut. Banyak juga kisah versi lain berkaitan villa ini, boleh tengok –>
Misteri Villa Nabila Di Johor Bahru
6. Amber Apartment – Genting Highland
Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.
7. Simpang – T Georgetown – Pulau Pinang
Lebih dikenali sebagai Junction The Deadly terletak bersebelahan dengan Union High School.Mungkin kerana terlalu banyak kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu secara bersendirian pada waktu malam. Dikatakan juga terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.
8.Institusi St Michael – Ipoh
Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti penyiksaan terhadap tawanan perang. Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi. Kebanyakan orang yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.
9. Malay College Kuala Kangsar(MCKK) , Kuala Kangsar – Perak
Seperti Institusi St Michael, MCKK juga pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan Jepun dahulu. Pelajar-pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian seperti sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengan bunyi rantai yang diheret sepanjang koridor.Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu dimana pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok berkenaan.
10. Victoria Intitution – Kuala Lumpur
Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah bagi kanak-kanak lelaki. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British disiksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh yang berkeliaran dikawasan tersebut.
11. Bukit Tungku – Kuala Lumpur
Satu kawasan menyeramkan walaupun ia merupakan kawasan perumahan paling elit di KL. Cerita misteri kawasan ini bermula apabila terdapat seorang pemuda meninggal dunia akibat kemalangan ketika sedang menunggang motosikal dengan laju di satu selekoh tajam.Terdapat juga vesi lain dalam cerita ini iaitu pemuda tersebut ghaib ketika menunggang motosikal dalam kawasan gelap. Mungkin sebab terdapat banyak pokok besar di kawasan ini yang menyebabkan timbul perasaan seram walaupun pada waktu siang.
12. Rumah ADO Menumbok – Sabah
Kawasan rumah ini dikatakan paling berhantu kerana tidak pernah ada satu orang pun ADO yang tinggal lebih dari seminggu dalam rumah tersebut.Sehinggakan rumah tersebut terbiar begitu sahaja.Bermacam-macam gangguan berlaku di rumah tersebut seperti penghuni di pindahkan ketika tidur selain bunyi yang menyeramkan.
13. Penjara Pudu
Tidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas. Namun kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan.
14. Seri Perdana, Putrajaya?
Kisah kelibat perempuan puaka yang menabung sejak kecil untuk membeli sebentuk cincin bernilai jutaan ringgit. Puaka itu juga menghantui rakyat dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi dan bebanan hutang isi rumah akibat dari keborosan puaka itu berbelanja. Ramai rakyat telah hilang tanpa dapat dikesan kerana cuba menghapuskan puaka tersebut.
🐊

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena