Saturday, 15 August 2015

Zahid perlu disiasat? Terlibat dalam kegiatan jenayah ketenteraan Amerika, kata MP Bkt Mertajam

Ahad, 16 Ogos 2015

Didakwa terlibat jenayah profil tinggi, Zahid Hamidi perlu digantung dan disiasat !! - suarakami



Datuk Seri Zahid Hamidi harus digantung dari kabinet dan disiasat kerana didakwa terlibat dengan rasuah kontraktor antarabangsa dan jenayah kongsi gelap ‘14K’.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim dalam satu kenyataannya menggesa Perdana Menteri Najib Tun Razak mengambil tindakan terhadap Zahid kerana terlibat dalam kegiatan jenayah ketenteraan Amerika.

Steven merujuk TIME.com 6 Januari lalu yang melaporkan beberapa pegawai tentera laut Amerika termasuk komandernya Jose Luis Sanchez yang mengaku bersalah terlibat pelbagai jenayah berprofil tinggi termasuk rasuah, sewaan bilik hotel mewah dan perkhidmatan pelacuran.

Jenayah itu melibatkan rasuah diterima dari kontraktor ketenteraan ‘Fat Leonard’ atau nama sebenarnya Glenn Francis, Ketua Eksekutif syarikat Glenn Defense Marine Asia.

Menurut Sim, Zahid seolah-olah cuba menyembunyikan fakta apabila menyatakan kapal USS George Washington yang berlabuh di Pelabuhan Kelang pada 2012 bertujuan mengeratkan hubungan diplomatik dan kerjasama ketenteraan antara dua negara.

“Namun, jelas dalam dokumen mahkamah Amerika Syarikat menyatakan pelabuhan kepal itu di Pelabuhan Klang adalah satu dari rancangan ‘Fat Leonard’.

“Pada asalnya ia dijadual berlabuh di Singapura, sebaliknya diarah menukar arah ke Pelabuhan Klang, salah satu pelabuhan dicadangkan Fat Leonard dimana syarikatnya menawarkan kontrak palsu.

“Saya telah bangkitkan perkara ini dalam sidang Parlimen pada 25 November 2013, tapi kerajaan tak pernah respon langsung terhadap perkara serius ini,” jelas Steven.

Syarikat Glenn Francis itu turut menyenaraikan Tentera Laut Diraja Malaysia antara klien mereka.

Tambah Steven aktiviti jenayah Fat Leonard pernah dilaporkan Associated Press Big Story (AP.org) pada 2013.

Syarikat yang berpengkalan di Singapura itu dilaporkan memberi rasuah kepada pegawai tentera Amerika berupa imbuhan pelacur, wang tunai, tiket konsert Lady Gaga,dan tiket penerbangan.
Malah menurut Steven, Timbalan Menteri Pertahanan Abdul Latiff Ahmad turut menyatakan bahawa kehadiran kapal USS George Washington itu menawarkan peluang ekonomi untuk Malaysia.

“Sekarang sudah jelas, ia memang ‘peluang ekonomi’ untuk Fat Leonard,” sindir Steven.

Justeru itu, Zahid dan Abdul Latiff wajib disiasat untuk mereka tidak terlibat dengan apa juga skandal jenayah melibatkan Fat Leonard.

“Sekarang ini pun, Zahid Hamidi yang sudah jadi Menteri Dalam Negeri juga dikaitkan dengan jenayah berkait seorang ‘Raja Judi’ kongsi gelap, Paul Phua Wei Seng.

“Ini hal serius. Kerana dakwaan itu melibatkan pemimpin senior UMNO dan juga seorang menteri. Demi keselamatan negara, selagi siasatan tidak selesai mereka harus digantung,” tegas Steven.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena