Friday 4 September 2015

'Isu Bai'ah Talak Tiga' - Orang Melayu & Muslimah mula menolak Pas? Adoyai "CIA pun pening kapla nak baca politik kat Malaysia"

Sabtu, 5 September 2015

Penganalisis: Hala tuju politik Pas kian kabur

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan berdasarkan penilian masa hadapan parti politik di Malaysia, parti Pas lah yang dilihat kian 'hilang arah' kerana hala tuju politik parti itu dilihat kian kabur.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM) , Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, ini berdasarkan tiga analisis komprehensif yang 'ditinjau' oleh beliau.

"Pas tidak jelas dari segi hala tuju politik. Dilihat semakin rapat dengan Umno.

"Dalam pada itu Pas dilihat terlalu kolot. Meminggirkan fahaman progresif. Hanya ada dominasi golongan konservatif agama. Tidak galakkan perdebatan dan kepelbagaian pandangan," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Sementara itu, Mohd Azizuddin berkata isu bai'ah dan hudud turut menjadi faktor.
"Obsesi ke atas isu hudud. Menolak DAP menyebabkan dipinggir bukan Islam.

"Dan isu bai'ah talak tiga menjejaskan Pas menyebabkan orang Islam mula semakin menolak Pas," katanya.

Sementara itu menurut Pensyarah Sains Politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohamad Agus Yusof ketika ditanya perihal ini, Agus mengakui prestasi Pas kian merosot.

"Pas merosot teruk," katanya ringkas kepada Sinar Online.

KedahLanie

PAS Makin Bercelaru

Ketaksuban yang sungguh-sungguh hebat.. Semacam sudah dijampi mantera... Sampaikan seperti tidak boleh berfikir sendiri.... Kalau dalam UMNO kita biasa nampak ketaksuban adalah diaebabkan oleh jawatan, pangkat dan wang ringgit... Tapi dalam PAS ketaksuban ini jauh lagi kritikal... Sebab tiada asas dalam ketaksuban itu... Semacam sudah disihir...

Yang lagi best tue dijaja sana sini akan kehebatan pimpinan Hadi Awang... Kononnya berjaya mendamaikan puak-puak bertelagah di Yaman... Walhal Hadi Awang pergi ke Yaman sekadar bertemu pelajar-pelajar Malaysia di sana sahaja.... Puak bertelagah di Yaman pun tak kenal siapa Hadi Awang... Lagi mau pentaksub Hadi Awang nak sembangkan kehebatan Hadi Awang dalam mendamaikan pertelagahan kaum dan puak di Yaman.... Hahaha... Langsung tak relevan...

Memang SB (cawangan khas) ada yang pantau Hadi Awang... Malah Agensi pon pantau Hadi Awang.. Jadi kalo nak kata hebat sangat Hadi Awang nih agak-agak lar yer....  Tolong jangan buat lawak seram macam nih... Hahaha... Kalu nak nampakkan lagi hebat... Baik sembangkan bahawa Hadi Awang la yang mula-mula telefon kat pemberontak di Ukraine bagi mendapatkan akses kepada kotak hitam pesawat malang MH17.... Baru la gempaq.... Hahaha

Yang lagi best tue... Biler ader pentaksub yang kata CIA pun pening kapla nak baca politik kat Malaysia.... Hahaha... Memang la CIA pening... Sebab ramai bijak pandai pon boleh kena perdaya dek kehebatan Hadi Awang nih... Hahaha... Malah CIA lagi pening biler kebejatan Najib Razak dibekap oleh Hadi Awang... Sambil dibantu oleh Mursyidul AM PAS ... Hahaha.. Yang lagi best tue ..,semua main percaya borong apa sajer yang Hadi Awang cakap..., hancusss lar.... Taksub melampau.... Hahaha

Adoyai lar..
Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2015/09/pas-makin-bercelaru.html#ixzz3kqEnnSp3

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena