Saturday, 12 September 2015

Pakatan 2 - Ketegangan kisah silam dan persaingan masa depan antara PAS dan Amanah.

Ahad, 13 September 2015
JOM

Perkembangan terkini parti pembangkang, sebahagian rancangan tewaskan BN

Perkembangan terkini di kalangan parti serpihan pembangkang dalam negara banyak mengelirikan dan mengecewakan ramai pihak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 September, 2015.
Rasa tidak percaya dan kecewa ialah terhadap pengumuman PAS akan dijemput menyertai gabungan baharu itu.
DAP dan parti Islam baharu, Amanah menyalahkan pemimpin konservatif PAS kerana memecahkan Pakatan Rakyat dan 2 parti itu sebelum ini ada berkata, tidak terfikir untuk mengajak mereka menyertai gabungan baharu.
Kurang kontroversi tetapi cukup menarik ialah kemasukan bekas pemimpin PAS Datuk Kamaruddin Jaafar dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam PKR.
Walaupun 2 ahli politik veteran itu akan menaikkan PKR, pemimpin PKR dan Amanah berkata mereka akhirnya akan membantu mengekalkan gabungan baharu asalkan ia mempunyai parti berbeza ideologi (PAS dan DAP) dan kumpulan di mana pemimpin bertelingkah pada masa dulu (PAS dan Amanah).
Bagaimanapun, penganalisis politik Dr Wong Chin Huat agak skeptikal mengenai sama ada PKR, DAP dan Amanah boleh benar-benar bekerjasama dengan PAS, memandangkan kisah silam dan persaingan masa depan antara PAS dan Amanah.
Wong yang juga ketua penganalisis sosial dan politik Institut Pulau Pinang berkata, kanun acara jenayah syariah PAS atau hudud juga menjadi penghalang besar. Jika gabungan baharu tidak dapat menyelesaikan masalah itu, maka gabungan baharu akan berdepan masalah sama seperti pakatan lama.
Ketegangan masa silam, persaingan masa depan
Sentimen Wong dikongsi beberapa pemimpin dalam PKR yang masih cuba mencari alasan wajar mengapa pemimpin tertinggi parti menjemput PAS.
Ini kerana dengan berbuat demikian akan menyebabkan kemarahan bagi Amanah, yang ditubuhkan bekas ahli Parlimen PAS dan DAP, serta DAP yang menjadi tempat pergantungan PKR untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu.
“Semua kerusi di Selangor misalnya akan terancam kerana mereka mempunyai populasi besar bukan Islam yang marah dengan PAS. Agak tidak logik untuk menyokong PAS walaupun DAP dan Amanah membantah,” kata pemimpin PKR yang enggan namanya disiarkan.
Malah, jika diletakkan ke tepi perbezaan pendapat mengenai hudud PAS, Wong berkata tidak realistik untuk melihat Amanah dan PAS bekerjasama dengan ikhlas kerana mereka mungkin akan bertelingkah mengenai kerusi yang dipertandingkan.
“Siapa dapat kekalkan kerusi yang sebelum ini ditandingi PAS (dan kini dipegang ahli Parlimen Amanah) di Selangor, Kelantan, Kedah dan Perak?
“Jika PAS mengalah melepaskan kerusi berkenaan, ia akan meletakkan parti di kedudukan lebih lemah dan terasing,” katanya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perkembangan-terkini-parti-pembangkang-sebahagian-rancangan-tewaskan-bn#sthash.GExUqws3.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena