Sunday, 13 September 2015

Perniagaan di Petaling Street ditutup 16 September kerana himpunan ‘baju merah’... "500 pekedai setuju tutup kedai"

Ahad, 13 September 2015
Peniaga di Jalan Petaling, Kuala Lumpur akan menutup perniagaan masing-masing pada 16 September susulan Himpunan Rakyat Bersatu yang dikatakan akan diadakan di situ. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 September, 2015.
Peniaga di Jalan Petaling, Kuala Lumpur akan menutup perniagaan masing-masing pada 16 September susulan Himpunan Rakyat Bersatu yang dikatakan akan diadakan di situ. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 September, 2015.

Perniagaan di Petaling Street ditutup 16 September kerana himpunan ‘baju merah’ 
Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur Datuk Ang Say Tee Jp berkata keputusan itu dilakukan selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pada 5 September lepas.
"Sebanyak 90% peniaga di sini mengambil keputusan menutup perniagaan pada hari berkenaan bagi memastikan keselamatan mereka terjamin selain mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada pemberita pada program 'walkabout' anjuran NGO bersama ketua komuniti dan peniaga di Jalan Petaling, hari ini.
Beliau juga berharap pihak penganjur membatalkan perhimpunan berkenaan kerana banyak perniagaan di kawasan terlibat akan terjejas kerana terpaksa ditutup sepanjang hari.
Katanya, perhimpunan yang bercorak perkauman itu tidak bersesuaian dengan Hari Malaysia yang sepatutnya disambut dengan penuh semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk.
Lebih 50 wakil daripada 20 NGO menyertai program berkenaan untuk beramah mesra dengan peniaga serta penduduk di kawasan terbabit.
Program tersebut turut dihadiri Presiden Pro-Rakyat Khairul Anwar Othman, Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun dan beberapa NGO seperti Otai Reformis, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), Jingga 13, dan Pertubuhan Prihatin Selangor.
Khairul berkata, 2,000 ahlinya bersama-sama 500 ahli Otai Reformis akan 'berkampung' di sekitar kawasan antara lain Petaling Street dan Bukit Bintang dari pagi sehingga 12 tengah malam pada hari berkenaan.
"Kami sebagai orang Islam, juga orang Melayu dan rakyat Malaysia, ingin beri jaminan kami takkan biarkan rakyat Malaysia tidak kira bangsa diapa-apakan," katanya.
Perhimpunan Rakyat Bersatu atau lebih dikenali sebagai Perhimpunan Baju Merah dirancang diadakan pada 16 September ini di ibu negara.
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Tan Sri Mohd Ali Rustam selaku penganjur perhimpunan, pada sidang medianya semalam menegaskan pihaknya akan mengadakan perhimpunan di Padang Merbok sekiranya dibenarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan bukan di Bukit Bintang atau di Jalan Petaling. – Bernama, 13 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perniagaan-di-petaling-street-ditutup-pada-16-september#sthash.OMKtOUWd.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena