Tuesday, 1 September 2015

[Video] Baru aje BANGSAT kelmarin Najib panggil rakyat 'sekor-sekor' pulak dah!

Selasa, 1 September 2015
Najib gelar peserta BERSIH 4 'sekor-sekor'




Rakaman video petikan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis di Kuala Terengganu menjadi popular kerana perkataan ‘sekor-sekor’ yang
diguna Perdana Menteri untuk merujuk kepada peserta Bersih 4.0.

Menerusi video yang dimuatnaik The Star TV, Najib berkata, peserta Bersih 4.0 yang dipanggil ‘sekor-sekor’ itu tidak mampu untuk membantu membangunkan
Felda dan kawasan luar bandar kecuali kerajaan pemerintah.

“Tuan-tuan ingat puak-puak yang terlibat dalam Bersih 4.0 semalam tu nak buat Felda tak? Cuba tengok muka sekor-sekor tu. Sekor-sekor dalam surat khabar
tv tu. Ada hati perut nak bangunkan Felda?Ada hati perut nak bangunkan kawasan luar bandar?

“Siapa berbudi pada masyarakat luar bandar melainkan kerajaan yang ada pada hari ini,” katanya.

Tambah Najib lagi, mereka yang terlibat dalam demonstrasi itu tidak mungkin mampu membantu bila diminta pertolongan.

Beliau mengaitkan perkara itu dengan isu pengambilalihan tanah oleh kerajaan Pulau Pinang terhadap masyarakat di Kampung Mutiara di Pulau Pinang.

“Sekali lagi saya nak tanya puak-puak Bersih ni boleh kita harap? Boleh kita mintak pertolongan?

“Jangan cakap nak mintak pertolongan, tanah perkampungan di Pulau Pinang pun dia orang nak ambil alih. Orang sana pun terdesak…kampung-kampung lama pun
nak hilang. takde lagi pupus segalanya.

“Tapi kalau kerajaan yang ada hari ini pimpinan kita…Insyallah masyarakat luar bandar akan terus mendapat pembelaan,” katanya ketika berucap pada Sambutan
Hari Peneroka 2015 peringkat Kebangsaan di Kuala Terengganu pada Ahad.

pen buruk online

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena