Tuesday, 6 October 2015

Aik! Bekas pemimpin dan aktivis PKR daftar parti baharu! Parti "Harapan Rakyat" Dibentuk Untuk Gagalkan "Pakatan Harapan"?

Selasa, 6 Oktober 2015

Sebuah Parti "Harapan Rakyat" Dibentuk Untuk Gagalkan "Pakatan Harapan"?


Bekas pemimpin dan aktivis PKR daftar parti baharu?

Ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mendakwa ada gerakan dalam kalangan pemimpin dan aktivis parti itu untuk menubuhkan parti baharu. 

Dia mendakwa telah mendapat maklumat daripada seseorang dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya bahawa kumpulan berkenaan telah hadir untuk mendaftarkan parti itu pada minggu lalu. 

Katanya, seramai 13 orang telah hadir untuk mendaftarkan parti baharu itu.


“Saya cuba mendapatkan butiran lanjut dan dikenal pasti antaranya ialah individu yang mengaku sebagai Presiden Akar Umbi Keadilan yang kini memegang jawatan sebagai Naib Ketua Cabang, Pengarah Pilihanraya DUN Bukit Antarabangsa, bekas Setiausaha Kerja Pemuda Pusat, bekas Setiausaha Kerja PKR Pusat dan beberapa orang lain yang turut masih memegang jawatan di peringkat Pusat.

“Cuma pelik kerana apa relevannya tindakan ini ? Ramai mungkin menuduh mereka ejen UMNO tetapi jika ia usaha musuh kenapa dibuat secara senyap?” katanya.

Dakwaan terbaharu Chegubard itu turut disebarkan menerusi aplikasi WhatsApps.

Dia mendakwa, selepas siasatan lanjut dilakukan kemungkinan ia usaha terancang dan kemungkinan turut melibatkan sekutu lain parti pembangkang.

“Adakah Pas terlibat ? Adakah ia kena mengena dengan proses rampasan kuasa kartel Azmin (Mohamed Azmin Ali) yang mengasak Mesyuarat MPP Khas mempertikaikan tindakan Presiden dan kemungkinan wujud undi tidak percaya?

“Saya mengingatkan diri sendiri dan semuanya, UMNO dan Barisan Nasional tidak kuat namun dalam sejarah membuktikan lawan berpecah dan lemah menjadi kekuatan regim. Hati – hati dengan “trojan Hourse”….” katanya.

Sebelum ini Chegubard mendakwa kumpulan penyokong Azmin cuba menggulingkan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan mendesak diadakan mesyuarat MPP khas bagi membincangkan semula sokongan dan penyertaan PKR dalam Pakatan Harapan.

Dia mendakwa sekiranya Wan Azizah membuat u-turn terhadap keputusan itu, ia sudah tentu memalukan Presiden kerana tidak sokongan penuh Ahli Majlis MPP. -FMT

ULASAN GB

Jika laporan di atas adalah benar, maka ternyata ia adalah satu usaha pihak tertentu yang cuba untuk menggagalkan pendaftaran Pakatan Harapan yang terbentuk hasil dari rundingan meja bulat yang diumumkan oleh DS Wan Azizah. Apatah lagi nama parti baru itu ialah "Harapan Rakyat", mirip dengan nama "Pakatan Harapan". Ia seolah-olah cuba mengelirukan rakyat dengan nama itu dan cuba menghalang RoS untuk menafikan pendaftaran Pakatan Harapan.

Seterusnya kita berteka-teki pula ia kerja siapa.

Sebelum ini sudah ada laporan mengenai satu petisyen yang dikatakan ditandatangani oleh 22 Ahli Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR supaya mesyuarat tergempar diadakan susulan penubuhan Pakatan Harapan selepas sesi sidang meja bulat, 21 September lalu.

Mereka menyifatkan keputusan yang dibuat itu sebagai tergesa-gesa.

Walau bagaimanapun seorang pimpinan PKR menyatakan penandatangan petisyen itu silap apabila mereka berkata presiden bertindak bertentangan dengan kehendak MPP.

"Selepas kami berbincang dengan panjang lebar dalam mesyuarat pada 20 September, presiden akhirnya memberitahu MPP: 'Beri saya mandat untuk membuat keputusan apa yang perlu dilakukan semasa perbincangan meja bulat'.

"Dan mereka bersetuju dengan itu. Jadi ia tidak sepatutnya menjadi isu sama sekali," kata sumber itu dengan syarat tidak dinamakan.

Beliau mendakwa tidak semua penandatangan sebahagian daripada "puak Azmin"; beberapa penandatangan kemudian menyesal menandatangani petisyen itu apabila keadaan situasi dijelaskan kepada mereka, katanya.

Sumber itu berkata, beliau berpandangan tiada gunanya melambatkan pelancaran Pakatan Harapan kerana PAS tidak akan mahu menyertainya. 

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Biarakn apa usaha apa tindakan oleh pihak yang dendan dan dengki untuk mnegada apa juga pakatan,kalau bolih tubuhkan lagi Pakatan haramjadah yang mneggabungkan Pas ,Pkr dan Umno,silakan biar Malaysia hancur sehancur2nya,DAN kalau diteliti puncanya terjadi demikan adalah dar sikap peminpin ulamak Pas sendiri.
Tanpa Nama berkata...
Betul tu. Penyamun yang uzur tapi ada duit berkapal2. Pembelot yang lama berdendam tapi tak tertunai hajat dan macam2 jenis manusia munafik akan buat kerja memporak porandakan mana2 organisasi yang nak buat baik.

Bagi sahaja rm50 dan janji jawatan bakal kaya bergaya maka bergegaslah dia bangun. Orang2 macam ini sudah ada bersepah2 semenjak umur dunia lagi. Tak tahulah apa nasib mereka dalam kubur tu. Nak tunggu kiamat entah bila pun kita tak tahu lagi.

Tubuhlah apa parti mereka hendak tubuh pun. Rakyat yang siang malam ngadap tenet dah tahu awal2 lagi siapa pilihan mereka. Nanti anak cucu kita pun nak tengok muka siapa orang baik dan muka siapa tak boleh pakai dalam cacatan sejarah nanti. Kasihanlah jadi anak yang bapanya adalah pemimpin dibenci rakyat.
asri adnan berkata...
Biarkan mereka nak tubuh parti baru, mereka lupa apa pun parti rakyat sudah bijak dan bermaklumat, tubuhlah seratus parti pun kalau tiada penyokong jadi macam parti KITA lah.

1 comments:

Unknown said...

Jgn letak word ISLAM kat nama parti dah, confirm x lulus sebab nama ISLAM khusus untuk PAS. Parti Ajiadi Sekeluarga..... wekkk.....

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena