Tuesday 6 October 2015

20 juta tan! Eksport BAUKSIT (aluminium) M'sia ke China...Apakah harga yang perlu dibayar rakyat?

Rabu, 7 Oktober 2915


MEMBEDAH ISU BAUKSIT - SIRI 1
Laporan oleh Asian Metal (sebuah firma yg menyediakan khidmat rundingcara berkaitan perlombongan) memberikan pendedahan yg menarik berkaitan eksport bauksit dari Malaysia ke China.

Jumlah eksport oleh 3 syarikat sahaja - Good Man Venture, Seng Hiap Metal & Golden Prosperous Resources - mencecah 1 juta tan sebulan. Manakala jumlah eksport oleh sebuah lagi syarikat - Top International Holding - boleh mencecah sehingga 1.5 juta tan sebulan. Jumlah keempat-empat syarikat ini sahaja sudah mencecah 2 juta tan sebulan.

Tidak diketahui jumlah sebenar eksport khususnya bbrp bulan kebelakangan ini apatah lagi jika diambilkira eksport oleh syarikat-syarikat lain. Namun berdasarkan laporan tersebut, tidak mustahil eksport bauksit Malaysia boleh mencecah 20 juta tan bagi tahun 2015. Ia merupakan kenaikan yg sangat drastik berbanding hanya sekitar 960 ribu tan dalam tahun 2014, dan sekitar 200 ribu tan dalam tahun 2013.

Melihat kpd angka-angka ini, tidak terbayang keluasan kawasan yg telah diteroka, pencemaran yg terhasil serta risiko bencana alam sekitar yg bakal terhidang. Malah isu bauksit yg pd mulanya berkisar kpd pencemaran debu & penguatkuasaan kini merebak kpd isu-isu lain seperti kesihatan, keselamatan jalanraya serta kerosakan infrastruktur.

Kita tertanya-tanya, berapa agaknya kutipan hasil oleh kerajaan negeri atau pusat dpd kenaikan jumlah eksport bauksit yg mendadak ini. Berapa pula jumlah serta nilai kompaun, denda, saman akibat salah kelola dlm operasi bauksit ini. Dan kita juga tertanya-tanya, tiada langsungkah bentuk penguatkuasaan yg berkesan utk mengawal kesan operasi bauksit demi kepentingan penduduk. Atau kerajaan negeri sudah kering idea membiarkan sesetengah pihak berada di atas undang-undang.

Penguatkuasaan yg kelihatan byk memberi fokus hanya kpd operasi lori shj tidak mencukupi. Sepertimana yg dituntut oleh YB wakil-wakil rakyat Parlimen Indera Mahkota & Kuantan serta ADUN-ADUN Beserah, Semambu, Teruntum & Tg Lumpur - operasi bauksit perlu dihentikan sementara serta-merta bagi penyediaan satu bentuk Prosedur Operasi Standard (SOP) yg menyeluruh bermula dari proses pemberian lesen / permit sehinggalah kpd pengangkutan & operasi di pelabuhan. Ia amat penting bg menjamin kesejahteraan bandar serta memelihara kepentingan penduduk khususnya apabila dijangka operasi bauksit akan berpanjangan sehingga bbrp tahun lagi.

Peneroka Bukit Goh Bakal Jutawan Bawah Tanah Ada Galian Bauksit

10-14-2014, 09:53 AM

[Image: 14ntpg5.transformed.jpg]
Quote:-perbincangan dgn syarikat cari gali sudah bermula
-setiap peneroka bakal menerima RM1.8juta
-sign agreement bayar RM20k, projek start bayar RM200k
-dibayar RM10-12 setiap tan, 1 plot tanah boleh dapat 180,000 tan x rm10 =rm1.8juta





Kesan Perlombongan Bauksit


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena