Sunday, 4 October 2015

Fitnah! Dakwaan PAN 'Rampas' Bangunan Tak Benar - Faiz Fadzil

Isnin, 5 Oktober 2015

Dakwaan PAN 'Rampas' Bangunan Tak Benar - Faiz Fadzil

Admin | 12:51 PM |
SHAH ALAM: Keputusan pihak tertentu mengambil semula kemudahan yang sebelum ini diberikan kepada PAS tiada kaitan dengan Parti Amanah Negara (Amanah), kata Timbalan Ketua Pemudanya, Faiz Fadzil.

Sebaliknya, beliau berkata, tindakan itu dilakukan atas kapasiti peribadi pemilik kemudahan itu.

"Jangan salahkan Amanah kerana ia hak individu untuk bertindak sedemikian.
"Bagi Amanah, tiada sebarang arahan dikeluarkan kepada ahli atau mana-mana pihak untuk mengambil alih kemudahan atau markas yang sebelum ini digunakan PAS," katanya ketika ditemui di sini, Ahad.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa PAN kini sedang menarik ahli dan merampas bangunan Pasti serta markas PAS.
Sehubungan itu, kata Faiz,  dakwaan mengatakan Amanah merampas bangunan berkenaan adalah tidak benar.

Mengenai dakwaan Amanah menarik ahli parti Islam itu, beliau berkata, perkara itu tidak timbul kerana matlamat utama penubuhan Amanah adalah untuk mengurangkan pergeseran politik.
"Sebab itu kita bawa haluan sendiri, manakala pembentukan Pakatan Harapan adalah untuk tumbangkan Barisan Nasional.

"Jadi seharusnya PAS bekerjasama dengan pakatan baharu ini, " katanya sambil menambah perbincangan terperinci akan diadakan dengan kepimpinan Pakata Harapan berkaitan agihan kerusi untuk Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Katanya lagi, saingan tiga penjuru seharusnya dielakkan, sebaliknya  parti yang boleh menang di kawasan tertentu perlu diberi ruang untuk bertanding. - Mstar
Lagi Berita.

1 comments:

Master Jaguh said...


WOW !!
You Will Not Believe It !!
>>> CLICK HERE !!<<<

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena