Tuesday 13 October 2015

Ibu bapa Orang Asli TIDAK DIMAKLUMKAN kehilangan anak...Aduhai, sedihnya!

Selasa, 13 Oktober 2015
Dua wakil rakyat DAP yang mengunjungi Gua Musang di Kelantan baru-baru ini mendakwa mereka terkejut apabila mendapati bahawa pihak sekolah tidak memaklumkan kepada ibu bapa Orang Asli mengenai kehilangan anak mereka.
Ahli Parlimen Kawan Kasthuri Patto dan ADUN Damasansara Utama Yeo Bee Yin berkata ibu bapa berkenaan hanya mengetahui bahawa anak-anak mereka hilang dari asrama SK Tohoi dari seorang pengawal keselamatan dan juga menerusi berita mulut ke mulut dari penduduk Orang Asli.
Dan hanya selelepas menyemak dengan pihak asrama, mereka mengetahui bahawa anak-anak mereka hilang sejak 23 Ogos.
Kasthuri dan Yeo berkata pihak berkuasa SK Tohoi membuat laporan polis pada 25 Ogos, dua hari selepas kanak-kanak itu dilaporkan hilang.
Adalah difahamkan kanak-kanak berkenaan hilang selepas adik-beradik mereka didenda oleh pihak sekolah kerana berenang di sungai berhampiran.
Empat hari selepas kehilang itu, iaitu pada 27 Ogos, pihak berkuasa mula tiba di Pos Tohoi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Persoalannya, mengapa pihak berkuasa mengambil masa empat hari untuk melancarkan operasi mencari dan menyelamat sedangkan mereka faham dengan jelas, situasi muka bumi di kawasan itu yang menjadi hampir mustahil untuk kanak-kanak untuk terus hidup tanpa kemahiran asas dan peralatan?
"Malah, tiada kenyataan rasmi bahawa kanak-kanak yang disenaraikan oleh sekolah itu dianggap hilang sehingga pada peringkat akhir perkembangan kes itu," kata Kasthuri dan Yeo dalam satu kenyataan hari ini.
"Mengapa ibu bapa Orang Asli itu tidak dimaklumkan secara rasmi oleh pihak sekolah sedangkan murid-murid itu berada di bawah penjagaan dan bidang kuasa SK Tohoi dan warden apabila mereka tidak dapat dikesan?" soal mereka.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena