Monday 5 October 2015

[Video] Mahasiswa, aktivis penuhi mahkamah dengar kes hasutan Azmi Sharom (Pensyarah UM)

Selasa, 6 Oktober 2015
Mahasiswa, aktivis penuhi mahkamah dengar kes hasutan Azmi Sharom 
OLEH KC NAZARI
Pensyarah undang-undang Dr Azmi Sharom (tengah) bergambar bersama penyokongnya di depan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 6 Oktober, 2015.
Pensyarah undang-undang Dr Azmi Sharom (tengah) bergambar bersama penyokongnya di depan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 6 Oktober, 2015. 

Sebahagian daripada mereka berjaya mendapat tempat duduk dalam galeri awam yang turut diisi pemberita bertugas serta penyokong Azmi.
Di antara yang berjaya mendapat tempat dalam mahkamah ialah aktivis politik Adam Adli Abdul Halim, Mandeep Singh dan bekas setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan.
Selain mereka, turut memenuhi galeri awam ialah kumpulan yang kelihatan seperti pelajar universiti, dipercayai mahasiswa progresif Universiti Malaya yang berikrar turun ke mahkamah hari ini bagi menyokong Azmi, seorang pensyarah UM.
Sementara itu, kelihatan berlegar di perkarangan mahkamah menunggu keputusan pagi ini ialah aktivis Dapur Jalanan Abdul Hadi Khalid, ahli DAP Young Syefura Othman dan aktivis Pusat Komas Lena Hendry.
Sebilangan pemberita terpaksa menunggu di luar kerana tempat tidak mencukupi di dalam mahkamah.
Kes Azmi hari ini menjadi tumpuan ramai kerana ia akan menjadi pendulu kepada rentetan siri pendakwaan terhadap ahli politik pembangkang serta aktivis di bawah akta sama sebelum ini.
Beliau mencabar kes itu kerana berpendapat ia mencabuli Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kebebasan bersuara serta tidak digubal di Parlimen.
Azmi pada 2 September tahun lalu didakwa ekoran kenyataannya mengenai krisis Perak 2009 dan kaitannya dengan krisis menteri besar Selangor yang disiarkan sebuah portal.
Pensyarah undang-undang itu didakwa berhubung artikel bertajuk "Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told" (Ambil jalan krisis Perak selesaikan segera kebuntuan Selangor, Pakatan diberitahu) seperti dilaporkan The Malay Mail Online pada 14 Ogos tahun lalu.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b), yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun. – 6 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahasiswa-aktivis-penuhi-mahkamah-dengar-kes-hasutan-azmi-sharom#sthash.hUzXwr6c.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena