Monday 5 October 2015

Tiada komplot guling Wan Azizah

Selasa, 6 Oktober 2015

Tiada komplot guling Wan Azizah

SHAH ALAM - Tuduhan wujudnya komplot untuk menggulingkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail jelas berniat jahat, kata timbalan presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, dakwaan tersebut juga merupakan fitnah semata-mata yang cuba disebarkan oleh individu yang telah bankrap.

"Apa sahaja perkara yang kita bincang dalam parti tidak perlu kita dedahkan pada media dan tuduhan ini adalah berniat jahat serta merupakan fitnah oleh individu yang telah bankrap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Kreatif Digital Selangor di I-City di sini hari ini.

Menteri Besar Selangor itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai Chegubard, yang mendakwa wujud kumpulan pemimpin kanan PKR bertujuan menggulingkan Dr Wan Azizah.

Badrul Hisham, menerusi laman blognya (http://chegubard.blogspot.my), semalam turut mendakwa kumpulan terbabit dipercayai didalangi beberapa pemimpin kanan parti yang kurang senang dengan tindakan Dr Wan Azizah mengumumkan penyertaan PKR dalam pakatan baharu pembangkang pada 22 September lepas. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena