Mahathir jadikan "Majlis Bicara Negarawan" di Sabah sebagai "Majlis Mengutuk Najib" (Video Inside)
Berucap dalam satu majlis di Tawau, Sabah petang ini, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno itu terus menerus menyerang Najib.Beliau mendakwa Najib tidak boleh meyakinkan rakyat supaya menyertai perhimpunan menyokong beliau jika tidak melibatkan wang.
"Di Tawau ni pun berlaku. 50,000 rakyat Tawau datang katanya. Tapi ini angka ciptaan, mereka datang kerana diupah untuk datang," katanya.
Dr Mahathir dipercayai merujuk kepada 'Perhimpunan Solidariti Rakyat Sabah Bersama Perdana Menteri', di Tawau pada 10 Mei, di mana Najib membaca falsafah Bugis dan berkata beliau tidak akan tunduk dengan tuntutan supaya melepas jawatannya.
Laporan menyebut kononnya seramai 40,000 hadirin hadir dalam perhimpunan itu.
Mengulas mengenai 'Derma RM2.6 Billion' yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib pula..
Tun berkata "Penyumbang derma Arab akan mahu publisiti jika mereka menderma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dakwa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas presiden Umno itu juga berkata mereka tidak akan menyumbang jumlah sebesar itu secara senyap-senyap.
"Mereka bukan saja bagi, tapi bagi senyap-senyap, mereka tak beritahu dekat orang," katanya dalam satu majlis di Tawau, Sabah hari ini.
"Saya fikir orang Arab kalau dia nak bagi duit begitu banyak, dia nak panggil media, 'tengok kami bagi duit banyak dekat Najib'. Inilah namanya ego orang yang nak bagi duit," katanya lagi.
Posted by Anak Sungai Derhaka
0 comments:
Post a Comment