Friday 9 October 2015

‘Optimus Prime’ Promosi Pakatan Harapan..."Akan melakukan program jelajah ke seluruh negara".

Sabtu 10 Oktober 2015

Pakatan Harapan gegar Johor dengan ‘Optimus Prime’ 

Pakatan Harapan memulakan siri jelajah ke seluruh negara bersama ‘Optimus Prime’ sempena penubuhan pakatan pembangkang baharu, menggantikan Pakatan Rakyat dengan menjadikan Johor sebagai lokasi pertama. – Gambar The Malaysian Insider, 9 Oktober, 2015.
Pakatan Harapan memulakan siri jelajah ke seluruh negara bersama ‘Optimus Prime’ sempena penubuhan pakatan pembangkang baharu, menggantikan Pakatan Rakyat dengan menjadikan Johor sebagai lokasi pertama. – Gambar The Malaysian Insider, 9 Oktober, 2015. 

Menjadikan Kulai dan Skudai sebagai lokasi pertama, ia merupakan langkah awal promosi Pakatan Harapan selepas dilancarkan baru-baru ini, hasil gabungan 3 parti pembangkang iaitu PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Amanah mengambil tempat PAS selepas parti Islam itu tidak mahu menyertai Pakatan Harapan kerana dikatakan disertai musuh dan pengkhianatnya iaitu DAP dan parti serpihan itu.
Di Kulai pada malam ini, 3 pemimpin utama Pakatan Harapan, Presiden PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden Amanah Mohamad Sabu akan hadir memberikan ucapan.
Selepas itu, bersama-sama Optimus Prime, mereka akan melakukan program jelajah ke seluruh negara.
Ketika berita ini ditulis, Optimus Prime sedang berada di Lebuhraya Utara Selatan menuju ke Johor.
"Asalnya program ini adalah anjuran Amanah Kulai sahaja tetapi selepas itu ia diambil alih Amanah Johor dan sekarang oleh Pakatan Harapan," kata ketua Amanah Kulai yang menjadi pelaksana program malam ini, Hisham Md Zin kepada The Malaysian Insider.
Johor dipilih sebagai tapak pelancaran Pakatan Harapan kerana menganggap ia sebagai lokasi paling subur untuk ia bertapak selepas berkuburnya Pakatan Rakyat.
"Berdasarkan demografi penduduk Johor, saya rasa Pakatan Harapan mempunyai peluang untuk menang di 70% kerusi di seluruh Johor," kata Hisham.
Sebelum muktamar PAS lalu, Hisam adalah yang dipertua PAS Kulai.
Namun menjelang mesyuarat agung PAS Kulai awal tahun ini, Hisham mengambil keputusan tidak bertanding bagi mempertahankan jawatannya kerana berbeza pandangan dengan pucuk pimpinan parti.
Kini kata Hisham, 17 daripada 26 kawasan PAS di Johor menyertai Amanah, meninggalkan 9 kawasan sahaja kekal dengan parti Islam itu.
Pengkaji politik Ilham Centre baru-baru ini memaklumkan PAS Johor sudah lumpuh ekoran sebahagian besar pemimpin dan ahli, terutama penggeraknya menyertai Amanah.

Ceramah malam ini akan menjadi indikator apakah PAS benar-benar lumpuh di Johor dan membuka lembaran baharu kepada Pakatan Harapan untuk bertapak di negeri tertubuhnya Umno itu. – 9 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakatan-harapan-gegar-johor-dengan-optimus-prime-malam-ini#sthash.knjqpngN.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena