Monday 12 October 2015

[Video] Mahathir, Ku Li, Muhyiddin tampil bersama isu 1MDB & Khairuddin didakwa, berdepan penjara 15 tahun.

Isnin, 12 Oktober 2015

Mahathir, Ku Li, Muhyiddin tampil bersama isu 1MDB

Tun Dr Mahathir Mohamad dan musuh politiknya Tengku Razaleigh Hamzah mengambil langkah mengejutkan dengan membuat sidang media bersama bagi menyatakan rasa tidak senang dengan penangkapan bekas naib ketua Umno Batu Kawan.
Khairuddin Abu Hassan ditahan selepas membuat laporan kepada pihak penguatkuasaan di negara luar, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) berhubung isu 1MDB. Peguamnya Mathias Chang turut ditangkap baru-baru ini.
Sidang media itu berlangsung di Putrajaya hari ini.
Lebih mengejutkan, bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal turut hadir.
Kedua-dua mereka digugurkan daripada kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Selain mereka, bekas menteri besar Kedah dan bekas menteri Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Tan Sri Ong Tee Keat juga hadir.
Malaysiakini.

Khairuddin didakwa, berdepan penjara 15 tahun

Bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang hari ini dituduh di mahkamah atas cubaan mensabotaj perkhidmatan kewangan dan perbankan negara ini.
Mereka didakwa bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.
Pendakwaan itu susulan laporan polis mereka di Perancis, England, Switzerland, Hong Kong dan Singapura.
Jika bersalah, mereka berdepan penjara 15 tahun.
Khairuddin dan Chang kini ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas). Perbicaraan bawah akta ini harus dibuat di Mahkamah Tinggi.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena