Saturday, 7 May 2016

Ekoran Pemecatan Husam! Akan berlakukah dan bermulanya kerajaan perpaduan PAS & UMNO di Kelantan?

Ahad, 8 Mei 2016
Amanah tunggu Husam dapat surat rasmi
KOTA BHARU - Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan tetap dengan janjinya untuk mengumumkan 10 wakil rakyat Pas yang bakal lompat parti selepas Datuk Husam Musa dipecat. 

Bagaimanapun, Pengerusinya, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah berkata, perkara tersebut akan diumumkan selepas bekas Naib Presiden Pas itu menerima surat pemecatan ahli secara rasminya. 

“Belum sampai masa lagi umum, Insya-ALLAH tunggu dulu, belum selesai lagi. Tunggu Datuk Husam dapat surat rasmi. 

“Sekarang kita masih lagi menunggu surat pemecatan Datuk Husam dan semuanya akan diselaraskan bersama antara saya dan Datuk Husam selepas menerima surat pemecatan,” katanya sebentar tadi. 

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Makan Gulai Kerbau anjuran Amanah Kubang Kerian di sini. 

Sebelum ini, Wan Rahim berjanji untuk mengisytiharkan 10 wakil rakyat Pas yang akan menyertai Amanah sehari selepas Husam bukan lagi menjadi ahli parti Islam itu. 

Mempertahankan kredibiliti Amanah, Wan Rahim secara jelasnya memberitahu perkara tersebut bukan cakap-cakap kosong dan juga bukan gimik politik semata-mata. 

Lima nama YB Pas yang bakal bersama parti progresif itu turut disebut oleh Wan Rahim. 

Ekoran Pemecatan Husam Musa sebagai ahli PAS, 2 ahli Parlimen PAS, YB Baihaki Atiqullah dan YB Dr Nik Mazian Nik Mohamad dilaporkan akan istihar keluar parti.   

Selain itu 11 ADUN PAS juga dijangka akan keluar sama.  PAS kini mempunyai 32 ADUN , PKR 1 dan BN 12.  Jika 11 ADUN PAS ini menyertai Amanah.  PAS hanya tinggal 21 kerusi.  Kita doakan semoga perkara ini berlaku dan bermulanya kerajaan perpaduan PAS dan UMNO. -  akramin_84 

Posted by fakhruddin yusoff 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena