Thursday 5 May 2016

Ketika sedih dengan #TragediHeli...Tiba-tiba 'Air mata Husam iringi berita pilu dipecat PAS'.

Jumaat, 6 Mei 2016

Air mata Husam iringi berita dipecat PAS

Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa ternyata tidak dapat menahan rasa pilu dan sebak selepas dipecat sebagai ahli parti Islam itu.
Husam yang juga Adun Salor berkata, ketika hatinya sedang pilu dengan peristiwa kehilangan helikopter di Sarawak, beliau tiba-tiba tidak putus menerima panggilan telefon.
"Menerusi whatssap dan sms, saya dikhabarkan oleh sumber-sumber tidak rasmi, saya telah dipecat dari Pas pada hari ini.
Tanpa saya sedari, air mata saya menitis. Sebak bercampur pilu.
"Menerusi whatsApp dan sms (khidmat pesanan ringkas), saya dikhabarkan oleh sumber-sumber tidak rasmi, saya telah dipecat dari Pas pada hari ini.
"Tanpa saya sedari, air mata saya menitis. Sebak bercampur pilu," katanya dalam kenyataan, sebentar tadi.
Pengumuman pemecatan Husam dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok, hari ini.
Menurut Sanusi, jawatankuasa tatatertib PAS yang bersidang pada 23 April lalu mendapati Husam melakukan tindakan bersalahan dengan perlembagaan parti.
Husam berkata, sejak menyertai PAS pada 1982 beliau seperti kebanyakan anak muda, dulu dan kini menyerahkan sepenuhnya jiwa raga.
"Pada apa yang mereka fikirkan sebuah perjuangan suci, membawa obor Islam menerangi kehidupan termasuk bernegara.
"Islam yang komprehensif atau syumul, termasuk hak untuk menegur, mengkritik dan bersuara kepada para pemimpin selagi mana teguran itu adalah berasaskan kebenaran dan kejujuran.
"Seperti bebasnya Saiyidina Abu Bakar, Umar dan pemimpin agung Islam yang lain ditegur dan dimuhasabah, hatta oleh rakyat kerdil sekali pun," jelasnya.
Kata Husam, beliau hanya insan kerdil.
Mengungkap sirah Nabi Muhammad, Husam berkata, jika Nabi agung pun dilanda sejuta penderitaan dan itulah latar untuk baginda dihiburkan dgn di Mi'rajkan menemui Kekasihnya di Sidratul Muntaha.
"Usahlah engkau terlalu bergundah hati. Mungkin ada hikmah yg sedang menanti.
"Apa yang telah berlalu, moga kekal dalam simpanan Ilahi dan tidak perlu diungkit lagi.
"Kepiluan yang engkau jalani, sangat kecil berbanding pejuang lain," katanya.
Sementara itu, Husam menjelaskan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas menerima makluman rasmi berhubung tindakan yang diambil ke atas saya.
Susulan itu, beliau yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Kubang Kerian tetap akan hadir pada mesyuarat agung PAS kawasan tersebut esok.
"Semoga Sya'ban dan Ramadhan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kejayaan perjuangan kita dan idealisme Islam yang didokong selama ini," katanya.



More from Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena