Thursday 5 May 2016

PM sahkan dua wakil rakyat Umno dalam helikopter...MP Kuala Kangsar & MP Sungai Besar.

Jumaat, 6 Mei 2016
OPS SAR HELIKOPTER HILANG : Anggota Bomba menemui mangsa pertama tidak jauh dari lokasi serpihan dijumpai pada pukul 12 tengah hari.


Latest Update
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un...
Mayat pertama yang ditemui oleh pasukan SARS adalah mayat Datuk Noriah Kasnon. Setakat ini mayat tersebut telah pun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Photo By Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak

PM sahkan dua wakil rakyat Umno dalam helikopter

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan helikopter AS350 yang ditemui serpihannya berdekatan dengan Sungai Batang Lupar oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pagi tadi membawa enam orang.
Menurutnya, antara mereka adalah Timbalan Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon, suaminya Asmuni Abdullah, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar Wan Ahmad.
Noriah juga adalah Ahli Parlimen Sungai Besar. Turut berada dalam helikopter itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Ahmad Sobri Harun, dan juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas.
Helikopteryang membawa rombongan kenamaan itu dalam perjalanan dari Betong ke Kuching berlepas dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Spaoh, Betong dengan lokasi terakhir dikesan di Triso, Sebuyau.
"Setakat ini kita tidak boleh buat sebarang kesimpulan yang kita sudah kehilangan mereka," kata Najib pada sidang media pagi ini semasa ditanya sekiranya ini bererti semua mereka sudah tiada lagi.
Perdana Menteri berkata semua aset yang berkaitan sudah diarah melancarkan operasi dan menyelamat "semaksimum mungkin" di sekitar kawasan berkenaan.
Setakat ini antara serpihan yang ditemui termasuk, sebuah rotation device, sebuah kerusi, sebahagian daripada pintu, sebahagian rotor blade dan sebahagian dinding pesawat.
Perdana Menteri berkata beliau dimaklumkan bahawa kawasan serpihan itu ditemui amat luas, yang mungkin akan menyukarkan operasi mencari dilancarkan.
"Namun segala usaha dan aset yang dapat kita guna pakai dalam operasi ini kita akan mengerahkan semaksimum mungkin," katanya.
Beliau menganggap kejadian itu sebagai satu tragedi kemalangan yang tidak diduga dan seterusnya mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak berkaitan yang melancarkan gerakan mencari dan menyelamat dengan cukup pantas.



Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena