Saturday, 7 May 2016

Pemuda Amanah Perak - PRN Sarawak Medan Amanah 'Latih Jentera'...Ujian sebenar Najib dalam dua pilihanraya kecil K/Kangsar & Sungai Besar.

Ahad, 8 Mei 2016

Like This Page · May 2
 Bilik Gerakan DUN Sebuyau yang menjadi lokasi petugas Amanah Perak berkumpul
PRN SARAWAK: MEDAN AMANAH TUAI BENIH, LATIH JENTERA
1. Tahniah dan syabas buat seluruh jentera pilihan raya Parti Amanah Negara (Amanah) dari seluruh negara yang bertungkus-lumus menjalankan gerak kerja Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. Biarpun Amanah baru menjangkau tujuh bulan, namun parti baru ini berjaya menggerakkan jentera daripada seluruh negara untuk bertugas di 13 kerusi yang ditandingi oleh anak tempatan.
2. Pemuda Amanah Negeri Perak melahirkan rasa bangga apabila tidak ketinggalan mengerahkan jentera membantu calon Amanah biarpun dalam kuantiti yang minima. Kami menjadikan medan ini untuk melatih serta menimba pengalaman bagi mempersiapkan diri menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
3. Walaupun tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan, kami mengambil positif dengan memikirkan kepentingan jangka masa panjang. Pilihan raya kali ini adalah medan Amanah menuai benih di negeri Bumi Kenyalang, kami yakin Amanah akan melahirkan hasil yang berkualiti pada masa yang akan datang.
4. Pemuda Amanah Negeri Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada jentera kami yang turun berkhidmat. Sesungguhnya setiap usaha, kudrat serta pengorbanan mereka sangat berperanan biarpun melalui pengalaman yang cukup mencabar. Diharap jentera yang terlibat dapat menatijahkan pengalaman yang diperoleh.
5. Tidak lupa kepada para penyumbang yang menyumbang wang ringgit dalam membantu menggerakkan gerak kerja kami disana. Semoga setiap usaha dan sumbangan semua mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah.
AHMAD SHAFIQ ARIFFIN
Pengarah Biro Pilihan Raya,
Pemuda Amanah Negeri Perak

Ujian sebenar Najib dalam dua pilihanraya kecil - Zam

Kemenangan besar BN dalam pilihan raya kecil Sarawak memang sudah diduga namun tidak dapat mengukur sejauh mana sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, ini kerana kemenangan BN di Sarawak dipengaruhi faktor kepimpinan Tan Sri Adenan Satem yang disifatkan telah berjaya 'menyelamatkan maruah' perdana menteri itu.
Bagaimanapun kata Zainuddin, BN bakal menghadapi debaran hebat dalam dua pilihanraya kecil parlimen berikutan kematian dua wakil rakyatnya baru-baru ini.
"Dua pilihanraya kecil ini lebih bererti daripada pilihanraya besar 82 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak.
"Lebih mengerikan jika difikirkan bahawa dalam pilihanraya umum lalu, Allahyarhamah Noriah Kasnon mengatasi calon PAS hanya dengan 399 undi di kawasan Sungai Besar dan Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad menang dengan hanya 1,082 undi dalam tandingan tiga penjuru," tulisnya di blog beliau.
BN kehilangan dua wakil rakyatnya iaitu Ahli parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dan ahli parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di kawasan Sebuyau, Sarawak petang Khamis lalu.
Selain Noriah dan Wan Mohammad Khairil, empat lagi individu terkorban dalam nahas itu ketika helikopter tersebut dalam penerbangan dari Betong Ke Kuching.
Menurut Zainuddin, dua kawasan parlimen itu akan menjadi pertempuran hidup dan mati bagi Najib dan sekiranya BN mengalami kekalahan, ia akan menjatuhkan moral perdana menteri itu 'serendah-rendahnya'.
"Jika sekiranya BN menang di kawasan-kawasan ini maka pastinya akan mengangkat maruah Najib setinggi-tingginya, menaikkan semula imej BN dan memberikan harapan baru kepada Umno dalam menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.
"Jika menang, Najib juga akan dapat membersihkan kekotoran imejnya sekian lama kerana isu 1MDB, RM2.6 bilion dan masalah isterinya," katanya.
"Dua pilihanraya kecil ini memberi peluang lebih awal kepada rakyat untuk memberikan hukuman kepada pemerintahan Najib yang berada dalam krisis.
"Bagi Najib, ia akan menjadi medan pertempuran untuk hidup atau mati," kata Zainuddin.


Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena