Friday 6 May 2016

Tim. Presiden PBB pun selar Hadi? "Kamu mahu pemimpin Islam, tetapi kemuka calon Kristian"...Pray For Aleppo.

Sabtu, 7 Mei 2016
Pray For Aleppo
Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang dan Timbalannya, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin bersama ulama dari parti AL Sa'adah Turkey, Dr Muttaqi dari Iran Dr Hisyam dari Jordan, Prof Syaikh Mukhlis Shahid Ahmad Iraq, dan Syaikh Ishak Madaniy AL Hanafi dari Iran.
Timbalan Penasihat Umum Amanah, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin berucap dalam Persidangan Persatuan Ulama Resistensi Sedunia Di Beirut.
Beliau mengajukan ringkasan kertas kerja beliau bertajuk Trend Takfiri Dan Bagaimana Menghadapinya.
Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang dan Timbalannya, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin bersama Pimpinan Tajammu' Ulama Lubnan Dalam Persidangan Persatuan Ulama Resistensi Sedunia Di Beirut.

Kamu mahu pemimpin Islam, tetapi kemuka calon Kristian – Abang Jo

 | May 6, 2016
Timbalan Presiden PBB selar kenyataan Hadi Awang berhubung kenyataan Sarawak hanya boleh diperintah oleh orang Islam.
Abdul Hadi Awang
KUCHING: Timbalan Presiden PBB, Datuk Abang Johari Abang Openg menyelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata Sarawak hanya boleh diperintah oleh Bumiputera yang beragama Islam.
Bingung dengan sikap Hadi, Abang Johari berkata parti Islam itu mengetengahkan seorang calon Christian, Clement Bayang, sebagai calon kerusi Kakus.
“Mana satu yang betul? Mereka (PAS) kemuka calon bukan Islam tetapi mereka kata Sarawak hanya boleh diperintah oleh orang Islam? Apa yang sedang berlaku?” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan hak milik tanah kepada warga Kampung Senari hari ini.
Malam semalam, Abdul Hadi berkata PAS tidak akan membenarkan orang bukan Islam perintah Sarawak, termasuk daripada DAP.
Ahli Parlimen Marang menambah walaupun PAS mengiktiraf orang Cina dan orang India sebagai warganegara, beliau menegaskan pemimpin haruslah beragama Islam.
Sementara itu, ketika dihubungi, Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili menjelaskan Bayang terpilih sebagai calon bagi membuktikan kepada pengkritik bahawa parti Islam itu menerima semua orang tanpa mengira anutan agama.
“Pihak tertentu cuba menggambarkan kami sebagai pelampau tetapi kami sebenarnya tidak ekstrem,” katanya, dan menambah sokongan kepada Bayang setakat ini “menggalakkan”.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena