Friday, 6 May 2016

[Video] 'Air mata Husam' sedih atau tanda kegembiraan dan kesyukuran?

Sabtu 7 Mei 2016


MENGAPA HUSAM PERLU MENANGIS?



Mengapa Husam Musa perlu menangis dan menitiskan air mata kerana dipecat daripada Pas?

Adakah beliau sedih dan masih sayangkan Pas?

Tetapi, bukankah Pas yang diterajui Hadi Awang sekarang ini bukan lagi seperti Pas ketika Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat masih ada, sebaliknya sudah bertukar menjadi lebih mesra dengan UMNO, ingin berbaik-baik dengan UMNO dan hanya mahu menjadi penasihat kepada kerajaan yang dipimpin oleh Najib Razak yang penuh skandal dan keaiban?

Atau mungkinkah air mata yang mengalir itu tanda kegembiraan dan kesyukuran kerana secara langsung telah terpisah daripada persekongkolan antara partinya dengan kerajaan pimpinan Najib yang jelas jelik di mata rakyat dan semakin menjadi bualan buruk di seluruh dunia? (SH 06/05/2016).

Berikut ialah curahan hati Husam Musa setelah beliau dipecat daripada Pas yang bermula 23 April 2016 iaitu tarikh bersidangnya Jawatankuasa Tatatertib Pas yang dipengerusikan oleh Daeng Sanusi Daeng Mariok:-

Di pagi Juma'at yang agung dan mulia, di akhir bulan Rejab yang mengandung pelbagai rahsia Ilahi, se hari selepas peristiwa Isra' dan Mi'raj yang penuh dengan pelajaran bagi orang Islam dan pejuangnya yang telah dijalani oleh Nabi berakhlak mulia - hati saya tengah pilu merenung peristiwa kehilangan heli di Sarawak - ketika tiba-tiba telefon saya tak putus-putus berdering.

Menerusi whatssap dan sms, saya dikhabarkan oleh sumber-sumber tidak rasmi, saya telah dipecat dari Pas pada hari ini.

Tanpa saya sedari, air mata saya menitis. Sebak bercampur pilu.

Di tahun 1982, saya menyertai Pas dan seperti kebanyakan anak muda mana jua - dulu dan kini - mereka serahkan se penuhnya jiwa raga pada apa yg mereka fikirkan sebuah perjuangan suci - membawa obor Islam menerangi kehidupan - termasuk bernegara. 

Islam yang komprehensif atau syumul, termasuk hak untuk menegur, mengkritik dan bersuara kepada para pemimpin selagi mana teguran itu adalah berasaskan kebenaran dan kejujuran. Seperti bebasnya Saiyidina Abu Bakar, Umar dan pemimpin agung Islam yang lain ditegur dan dimuhasabah, hatta oleh rakyat kerdil sekali pun.

Semak dan imbang seperti janji Pas dalam PRN Sarawak sekarang.

Namun, saya hanya insan kerdil.

Jika Nabi yang agung pun dilanda sejuta penderitaan dan itu lah latar untuk baginda dihiburkan dgn di Mi'rajkan menemui Kekasihnya di Sidratul Muntaha - usah lah engkau terlalu bergundah hati.

Mungkin ada hikmah yg sedang menanti.

Apa yang telah berlalu, moga kekal dalam simpanan Ilahi dan tidak perlu diungkit lagi.

Kepiluan yang engkau jalani, sangat kecil berbanding pejuang lain.

Kepada kawan dan teman serta rakan media, suka saya nyatakan di sini, saya hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas saya mendapat pemakluman rasmi mengenai tindakan yang diambil ke atas saya.

Sehingga waktu ini, saya belum menerima pemakluman rasmi mengenainya. 

Untuk itu, saya tetap akan hadhir pada mesyuarat agung Pas Kawasan Kubang Kerian yang dijadualkan esok.

Semoga Sya'ban dan Ramadhan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kejayaan perjuangan kita dan idealisme Islam yang didokong selama ini.

Moga Allah sentiasa membimbing kita semua.

Sekian. Terima kasih.

Husam Musa
Jumaat
28 Rejab 1437
6 Mei 2016

Posted by 

1 comments:

Nor said...

biasabla...golongan pendidikan sekular kena buat kerja sahaja...golongan serban juga yg masuk syyrgaaa..

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena