Thursday 5 May 2016

[Video] Rafizi - Kerja Paling Gila! Kementerian Kewangan tanggung hutang 1MDB...Lagi wang rakyat tampung hutang RM2.4b 1MDB - PKR

Khamis, 5 Mei 2016

PKR hari ini memberi amaran bahawa Bandar Malaysia Sdn Bhd kini mempunyai hutang berjumlah RM2.4 bilion melalui terbitan sukuk yang dilanggan oleh Tabung Haji dan ini akhirnya akan ditanggung oleh rakyat.
Ini berikutan pengumuman oleh Kementerian Kewangan semalam, dalam menerima pakai semua cadangan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ke atas 1MDB, termasuk memindahkan anak syarikat firma pelaburan negara itu, Bandar Malaysia, TRX City, tanah di Air Itam dan Pulau Indah kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).
Oleh itu, menurut Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, apabila Bandar Malaysia dipindahkan menjadi anak syarikat milik penuh MoF Inc, semua liabiliti dan tanggungjawab yang dipegangnya juga dipindahkan, termasuk tanggungan hutang dari terbitan sukuk RM2.4 bilion.
“Bandar Malaysia mempunyai tanggungan hutang sebanyak RM2.4 bilion (atau jumlah mengikut wang yang telah dibelanjakan setakat ini) melalui terbitan sukuk yang dilanggan oleh Tabung Haji.
“Oleh yang demikian, apabila Bandar Malaysia dipindahkan menjadi anak syarikat milik penuh MOF Inc, segala tanggungan dan tanggungjawabnya juga akan dipindahkan bersamanya,katanya dalam satu kenyataan media.
Rafizi yang juga adalah ahli parlimen Pandan berkata jumlah hutang RM2.4 bilion itu akan ditanggung oleh kerajaan dalam keadaan pelbagai peruntukan dipotong kerana kedudukan kewangan kerajaan persekutuan yang makin merudum.
“Saya telah memberi amaran sebelum ini bagaimana akhirnya wang rakyat juga yang akan digunakan untuk membayar kembali hutang-hutang yang diambil 1MDB dan anak syarikatnya,” katanya.
Failkan injuksi
Selain tanggungan hutang RM2.4 bilion melalui terbitan sukuk itu, Rafizi berkata Bandar Malaysia juga bertanggungjawap menyiapkan kerja-kerja pemindahan dan naiktaraf Pangkalan Udara Sungai Besi dan lapan pangkalan lain.
Semalam, MOF Inc selaku pemegang saham 100 peratus dalam 1MDB bersetuju melaksanakan semua cadangan yang terkandung dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke atas firma pelaburan negara itu.
Antaranya, termasuk memindahkan hak milik Bandar Malaysia, TRX City dan tanah di Air Itam dan Pulau Indah daripada 1MDB kepada MoF Inc.
Kementerian juga bersetuju dengan cadangan PAC supaya Artikel 117, Memorandum Pertubuhan menukar semua rujukan daripada “perdana menteri” kepada “menteri kewangan”.
Turut dipersetujui adalah pembubaran lembaga penasihat 1MDB dan menerima tawaran peletakan jawatan oleh lembaga pengarah 1MDB berkuatkuasa 31 Mei ini.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata sebelum ini, kaedah yang sama digunakan untuk memindahkan hutang RM4 bilion yang diambil anak syarikat 1MDB iaitu SRC International kepada MOF Inc.
Sehubungan itu, kata Rafizi beliau akan menyediakan satu injunksi untuk difailkan terhadap Tabung Haji mengenai terbitan sukuk RM2.4 bilion itu.
“Saya akan bincang dengan peguam saya bagaimana perkembangan terbaru ini perlu diambil kira di dalam injunksi saya kelak,” katanya.
Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena