Sunday, 8 May 2016

[Video] SAHABATKU warga sesama Arkitek & Kuala Kangsar...Hilangnya sebutir pemimpin negara.

Ahad, 8 Mei 2016

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim mengetuai lebih 200 orang menyambut ketibaan jenazah - Foto astro AWANI
SAHABATKU WARGA SESAMA ARKITEK DAN KUALA KANGSAR.
Saya menerima dengan pilu berita sahabat saya , YB Dato Wan Mohd Khair-il Anuar Wan Ahmad, yang terkorban dalam trajedi helikopter pada 5 Mei 2016.
Kebetulan pada petang yang sama saya sedang menyusul keluar dari Semop menuju Sibu melalui sungai. Tidak diduga cuaca yang mendung dan hujan membawa nasib malang kepada sahabat saya.
YB Wan Mohd Khair-il bukan hanya merupakan rakan sesama Arkitek, tetapi asal usul keluarga ayah kami memang dari Kuala Kangsar bandar bersejarah di Raja. Sepanjang kenalan kami di Parlimen, walaupun dari dua pihak 'lawan' kerajaan dan pembangkang, kami sering berbual tentang profesion arkitek kami serta minat kami tentang warisan sejarah Kuala Kangsar tempat asal ayah dan nenek kami bersama. Bukan kesemua arkitek meminati warisan sejarah tetapi saya menemui rakan sejiwa pencinta warisan budaya dengan Allahyarham. Malahan beliau menyebut ingat Allahyarham ayahanda saya membawa kereta antik yang beliau minati nya bersiar di Kuala Kangsar. Selain sejarah, kami banyak berbincang panjang lebar tentang kepentingan profesion arkitek kami semasa pembentangan pindaan rang undang- undang akta arkitek tahun lepas. Kami bersependapat dalam isu tersebut dan saling sokong menyokong satu antara lain semasa perdebatan tersebut walaupun beliau dari kerajaan dan saya pembangkang. Itu lah semangat profesionalisma beliau yang menyatukan dua rakan arkitek walaupun dari dua pihak bertentangan.
Semangat profesionalisma dan pencinta sejarah warisan yang kami kongsi telah mengujudkan jalinan persahabatan baik dalam waktu singkat 3 tahun kami mengenali satu antara lain di Parlimen. Saya juga mengenali Allahyarham sebagai seorang yang baik perkerti dan menghormati sesama rakan di Parlimen. Semoga Allah mencucuri rahmat Sahabat ku dan tempatkan Allahyarham di kalangan orang yang Solleh hendaknya. Semoga ahli-ahli Parlimen lain dapat menjalin hubungan seperti kami bersama walaupun dari pihak yang berbeza parti demi Agama dan Negara.
Raja Bahrin
Ahli Parlimen - AMANAH
Kuala Terengganu.
8/5/2016
KENYATAAN MEDIA
PEMUDA AMANAH NEGERI PERAK
7 MEI 2016
TRAGEDI HELIKOPTER: PEMUDA AMANAH PERAK RAKAM TAKZIAH, HILANGNYA SEBUTIR PIMPINAN NEGARA
1. Pemuda Amanah Negeri Perak melahirkan rasa pilu dan berikutan tragedi nahas helikopter di Sarawak kelmarin yang mengorbankan enam nyawa termasuklah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
2. Insiden tersebut sangat mengejutkan disaat semua pihak sedang tertumpu kepada perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. Ia sudah pasti disambut hiba oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya penggiat politik di negara ini.
3. Bagi kami, pemergian pimpinan politik dari negeri Perak iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar sangat dirasai biarpun berlainan wadah dan aliran politik. Beliau adalah seorang tokoh yang sangat disenangi oleh kawan dan lawan.
4. Pemuda Amanah Negeri Perak merakamkan takziah kepada ahli keluarga almarhum, semoga tabah dan sabar menghadapi ujian yang sangat besar ini.
5. Kami turut merasai kesedihan terhadap pemergian yang mengejutkan ini, didoakan almarhum ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
HASNUL ZULKARNAIN
Naib Ketua,
Pemuda Parti Amanah Negara
Negeri Perak

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena