Tuesday 5 December 2017

[Video Kantoi! Menteri UmnoBN menipu dalam dewan rakyat untuk cover najib] 1MDB kleptokrasi paling parah, kata peguam negara AS.

Selasa, 5 Disember 2017


Image result for Foto Doj Amerika
Bila saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan 1MDB diumumkan Julai lalu, timbul dua persoalan di minda orang ramai.

1MDB kleptokrasi paling parah, kata peguam negara AS

AMERIKA Syarikat (AS) mengumumkan badan kehakiman negara itu berjaya merampas dan menahan harta berjumlah hampir AS$1.75 bilion melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dana pelaburan yang dicetuskan Perdana Menteri Najib Razak.
Peguam Negara AS Jeff Sessions menyebut, harta yang dirampas itu didakwa hasil daripada kegiatan rasuah yang terlibat dengan kesalahan pengubahan wang haram daripada dana pelaburan 1MDB.
“Seperti yang didakwa, pegawai kerajaan yang korup serta rakan kongsi mereka dilaporkan menggunakan dana itu untuk berjoli sakan,” kata Sessions dalam satu ucapannya di ibu pejabat Bank Dunia di Washington DC semalam.
Sejumlah hampir AS$1.75 bilion itu disebut secara tidak langsung oleh Sessions apabila menyatakan jumlah harta yang dirampas atau ditahan daripada hasil kesalahan pengubahan wang secara haram.
Katanya harta yang dirampas dan ditahan itu berjumlah AS$3.5 bilion, tetapi hampir separuh daripada jumlah itu berkait dengan satu tindakan penguatkuasaan sahaja – 1MDB.
“Tindakan itu berkait dengan satu dana pelaburan kerajaan Malaysia dikenali dengan 1MDB,” kata Sessions dalam ucapan itu.
Sessions seterusnya menyenaraikan harta rampasan berkenaan – AS$200 juta untuk harta tanah di California Selatan dan New York, AS$130 juta untuk karya seni, AS$100 juta untuk syarikat rakaman muzik di Amerika, termasuk juga sebuah kapal layar mewah AS$265 juta.
“Secara keseluruhan, pegawai 1MDB didakwa mengubah secara haram lebih AS$4.5 bilion dalam bentuk dana melalui jaringan transaksi tidak telus yang kompleks dan syarikat kosong yang menipu dengan akaun bank di pelbagai negara dari Switzerland dan Singapura ke Luxembourg dan Amerika Syarikat.
“Ini adalah kleptokrasi pada tahap paling parah,” kata Sessions dalam forum berkenaan.
Forum itu merupakan salah satu daripada usaha kerajaan AS untuk memerangi rasuah dan mendapatkan semula aset daripada hasil rasuah melalui Global Forum on Asset Recovery, yang turut disokong oleh United Kingdom.
Sessions menjelaskan, forum tersebut merupakan inisiatif AS untuk bekerjasama dengan rakan penguatkuasa di seluruh dunia bagi kepentingan bersama.
Kerajaan Malaysia sebelum ini bagaimanapun berulang kali menegaskan bahawa skandal 1MDB tidak melibatkan sebarang kerugaian kepada negara.
Kerajaan Malaysia juga berulang kali menolak kerjasama negara luar berhubung siasatan ke atas kes berkenaan, termasuk permohonan Switzerland untuk mendapatkan bantuan perundangan bersama.
Pemerhati melihat, keengganan kerajaan Malaysia untuk bekerjasama dengan penyiasat antarabangsa dalam kes ini akan mendatangkan lebih banyak masalah.
Pengarah Eksekutif Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4), Cynthia Gabriel berkata Malaysia akan menghadapi masalah untuk memperolehi semula dana berkenaan kerana tidak bekerjasama dalam siasatan.
"Apa yang mengecewakan, 1MDB tidak dimasukkan dalam kajian kes kerana kerajaan Malausia enggan mengiktiraf inisiatif bank dunia ini, yang bermaksud peguam dan anggota masyarakat sivil kita tidak boleh mengambil bahagian.
"Maka, jika wang itu mahu dipulangkan kepada Malaysia sekalipun, ia tidak boleh dilakukan, kata Cynthia yang juga berpendapat, Peguam Negara Mohamad Apandi Ali bertanggungjawab untuk membuka siasatan semula.
Ahli Parlimen DAP, Ong Kian Ming pula berkata, pengumuman oleh Sessions itu secara tidak langsung menggagalkan usaha Najib untuk menyembunyikan kes berkenaan.
Beliau juga percaya ini adalah kenyataan pertama dari Jeff Sessions yang berkaitan dengan Kleptocracy Asset Recovery Initiative bawah Jabatan Kehakiman AS (DoJ).
"Ini bermakna, apa sahaja harapan pentadbiran Najib kes ini akan disembunyikan kerana Najib berkawan baik dengan Presiden Trump, semuanya hancur berkecai.”
Kata Ong lagi, kenyataan Sessions itu juga menunjukkan hasrat DoJ AS untuk bekerjasama dengan kerajaan lain di seluruh dunia yang akan “mempercepatkan proses siasatan di AS”.
Jelasnya, peguam negara AS itu sudahpun menyatakan dengan jelas mengenai kerjasama berhubung permohonan ekstradisi.
“Saya boleh bayangkan DoJ bekerjasama dengan kerajaan UK, sebagai contoh, untuk mengekstradisi Jho Low ke AS jika beliau melawat UK kelak,” katanya. – 5 Disember, 2017.
The Malaysian Insight.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena