Sunday, 3 December 2017

[Video RM42 billion kutip dari rakyat, bagi balik kpd rakyat RM6 billlion aje] Cerdik atau tidak kata-kata serta hujah Najib ni?

Isnin, 4 Disember 2017


APA BEZANYA NAJIB DENGAN HASSAN MALEK?

Perdana Menteri, Najib Razak berkata, janji Pakatan Harapan untuk mengembalikan subsidi minyak dan memansuhkan tol tidak membantu usaha mengekang pencemaran udara kerana sekiranya dilaksanakan ia bakal meningkatkan jumlah kenderaan di jalanraya.

Katanya, dengan pertambahan jumlah kenderaan di jalanraya, ia akan menjadikan pelepasan karbon dioksida lebih tinggi sedangkan kerajaan berusaha untuk menurunkan kadarnya.

"Kami bertekad untuk mencapai pengurangan 45 peratus pencemaran pada 2030 dan mensasarkan bebas karbon menjelang 2050 sebagai suatu komitmen kepada generasi muda akan datang, ujar beliau.

Cerdik atau tidak kata-kata serta hujah Perdana Menteri itu?
Tiadakah hujah yang lebih baik boleh dilontarkan oleh Najib untuk menyanggah janji Pakatan Harapan mahu mengembalikan subsidi minyak dan memansuhkon tol selepas pilihanraya akan datang?

Dengan kata lain, hujah Najib itu bermakna, untuk mengurangkan pencemaran dan menghadkan pelepasan karbon, maka harga minyak dan kadar tol perlu sentiasa dinaikkan oleh kerajaan bagi mengelakkan lebih ramai rakyat memiliki kenderaan sendiri.

Menjelang tahun 2050 dan demi mencapai matlamat bebas karbon, berapa tinggi harga minyak dan tol yang mahu dinaikkan oleh kerajaan?
Tidakkah Najib sedar bahawa kenderaan bukan lagi barang mewah, tetapi suatu keperluan bagi rakyat memandangkan sistem pengangkutan awam kita belum benar-benar efisien, cekap dan menyeluruh?

Bagaimana dengan janji Najib sendiri sebelum PRU 13 mahu menurunkan harga kereta secara berperingkat-peringkat?

Tidakkah janji itu akan menambahkan jumlah kenderaan dan menyebabkan pelepasan karbon yang lebih tinggi?

Dengan menggunakan hujah bahawa polisi mengembalikan subsidi minyak dan memansuhkan tol hanya akan menyebabkan pencemaran, apakah sebenarnya yang menjadi keutamaan bagi Najib sebagai Perdana Menteri - memberi keselesaan kepada rakyat menjalani kehidupan seharian atau disebabkan gagalnya beliau berbuat sesuatu yang lebih, lalu mencipta alasan-alasan tidak cerdik untuk mewajarkan tindakannya?
Dalam hal ini, apakah bezanya hujah Najib itu dengan kenyataan beberapa menteri dan pemimpin UMNO sebelum ini yang antaranya:-
  • Jangan makan ayam jika harganya mahal di pasaran.
  • Jangan beli rumah kalau tak setuju harganya yang melambung tinggi.
  • Pergi belajar di luar negara jika tak setuju dengan sistem pendidikan negara.
  • Jangan beli sayur, sebaliknya tanam sendiri jika tak setuju dengan harganya yang mahal di pasaran.
  • Nilai ringgit yang tinggi adalah baik untuk sektor pelancongan negara.

Apakah perbezaan Najib dengan semua pemimpin dan menteri yang pernah mencipta alasan tidak cerdik itu atau beliau sekarang sudah termasuk menjadi sebahagian daripada kelompok tersebut?

Secara spesifiknya, adakah Najib sudah jadi seperti Hassan Malek atau Hassan Malek wajar berbangga kerana Najib kini sudah jadi seperti dirinya? (ShahbudinHusin 03/12/2017)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena