Saturday 4 April 2015

Gerhana bulan akan bermula pada jam 5.01 petang ini...Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan)

Sabtu, 4 April 2015



Gerhana bulan akan bermula pada jam 5.01 petang ini. Bulan ketika itu baru memasuki kawasan bayang-bayang yang dipanggil penumbra. Pada jam 6.15 pm, ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra, Pada jam 7.57 pm, Bulan akan sepenuhnya berada dalam bayang-bayang umbra, menandakan bermulannya fasa gerhana penuh.

Pada jam 8.00 pm, ia berada di puncak gerhana. Selang 2 minit kemudian, iaitu jam 8.02 pm, ia mula bergerak keluar dari bayang-bayang umbra. Pada jam 9.44 pm, bulan sepenuhnya keluar dari bayang-bayang umbra, tetapi masih berada dalam kawasan penumbra, sehinggalah jam 10.58 pm, yang mana secara rasminya, bulan telah pun keluar sepenuhnya dari kawasan bayang-bayang bumi penumbra.

Satu2nya gerhana yang boleh dilihat dari Malaysia pada tahun ini.

Rujukan: FalakOnline



Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan)


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Khusuf‘ (الخُسُوفِ) dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya bulan, samada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya. Hukum melakukan ‘Solat Gerhana Bulan’atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Khusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat. Ia boleh ditunaikan sama ada secara berjamaah atau bersendirian dan waktunya bermula ketika sedang berlakunya bulan gerhana sehingga selesai gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak adalah solat gerhana.
.
Galakan mengerjakan ibadah solat sunat gerhana ini  berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.”
.

.

A.  Solat Gerhana Bulan (Khusuf)

1. Bacaan ketika solat gerhana bulan adalah secara kuat (jahar) seperti dalam solat Maghrib, tidak sebagaimana solat gerhana matahari yang dibaca secara perlahan.
.
2.  Lafaz niat Solat Sunat Gerhana Bulan:
Daku Solat Sunat Khusuf dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
3.  Dilaksanakan dengan dua raka’at. Di dalamnya dilaksanakan sama ada dengan dua (2) kali ruku’, tiga (3) kali ruku’ atau empat (4) kali ruku bagi setiap raka’at.
.
4.  Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT;
.
.
5.  Antara doa yang biasa dibaca terutama semasa khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah :
.
Doa Khutbah Gerhana.
.

B.  Cara Solat Sunat Khusuf

 Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan (الصِّلاَةُ جَامِعَةً ) dan dilakukan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunat biasa. Manakala dalam solat ini bacaan Al Fatihah dan surahnya boleh dijaharkan (dinyaringkan). Secara ringkasnya solat sunat tersebut adalah seperti berikut:
.

1.  Cara Pertama

Solat Sunat Khusuf  2 rakaat dengan 2 kali fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud.
.
a.   Rakaat Pertama
1.       Takbiratul Ihram.
2.       Membaca doa iftitah.
3.       Membaca Ta`awudz.
4.       Membaca surah Al-Fatihah.
5.       Membaca mana-mana surah, yang lebih afdhal ialah surah al-Baqarah.
6.       Rukuk dan membaca tasbih, anggaran bacaan 100 ayat.
7.       Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Ali-Imran atau  mana-mana surah.
8.       Rukuk sekali lagi dengan membaca tasbih, anggaran bacaan 90 ayat.
9.       Iktidal.
10.     Sujud dan membaca tasbih.
11.     Duduk antara 2 sujud.
12.     Sujud kembali.
13.     Berdiri ke rakaat kedua.
.
b.   Rakaat kedua.
1.       Membaca surah Al-Fatihah.
2.       Membaca surah Al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3.       Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat.
4.       Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Maidah atau mana-mana surah.
5.       Rukuk dangan membaca tasbih, anggaran bacaan 50 ayat.
6.       Iktidal.
7.       Sujud dan membaca tasbih.
8.       Duduk antara 2 sujud.
9.       Sujud kembali.
10.     Membaca tasyahud akhir.
11.     Memberi salam.
.
.
Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; “Ketika terjadi gerhana di masa Nabi Muhammad SAW maka diserukan: “Ash-shalaatu jaami’ah (tegakkanlah solat berjamaah).” Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat ke dua  Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali juga. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: “Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu.”  (Hr Bukhari dan Muslim).
.
Disebutkan oleh Ibnu Rusyd di dalam Bidayatul Mujtahid:

وكان إسحاق بن راهويه يقول: لا يتعدى بذلك أربع ركعات في كل ركعة لأنه لم يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أكثر من ذلك. وقال أبو بكر بن المنذر وكان بعض أصحابنا يقول: الاختيار في صلاة الكسوف عين وإن شاء ثلاثة وإن شاء أربعة

Ishak B. Rahawaih berkata:  “Tidak boleh melebihi empat kali ruku’ dalam satu raka’at. Kerana tiada riwayat yang menunjukkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ruku’ lebih dari empat kali.”

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena