Tuesday 7 April 2015

KPN hentikan lawak jenaka, kata Mahfuz..."Berlagak seolah-olah beliau seorang ahli politik Umno"

Selasa, 7 April 2015

Sirul: Mahfuz minta IGP hentikan lawak jenaka


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menghentikan segala 'lawak jenaka' dan menjalankan tugas secara adil, profesional, amanah dan berprinsip.

Beliau berkata, Khalid perlu berhenti berlagak seolah-olah beliau seorang ahli politik Umno yang hanya bertugas untuk menjaga kepentingan Umno dan Barisan Nasional(BN).

"Pemerintahan BN dan kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya menghitung hari sahaja lagi sebelum tumbang di dalam pilihan raya yang akan datang.

"Kuasa yang ada pada Ketua Polis Negara tidak akan mampu untuk menghalang suara rakyat," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mempertikai kenyataan Khalid yang menyatakan bahawa pihaknya telah menghantar pegawai ke Australia untuk merekodkan keterangan Koperal Sirul Azhar Umar.

Katanya, apa yang diperkatakan oleh Khalid itu satu pembohongan, malah perkara itu turut dinafikan oleh Sirul sendiri.

"Sirul menyatakan bahawa tiada mana-mana anggota polis dari Malaysia yang datang menemuinya di tempat dia ditahan tersebut dan hal ini juga disahkan sendiri oleh Peguam Sirul, Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin.

"Dengan kenyataan Sirul ini, menimbulkan pertanyaan kenapa Khalid telah berbohong dalam keadaan beliau tahu bahawa Sirul pada bila-bila masa berkeupayaan untuk menafikan pembohongan tersebut?

"Adakah ini antara tanda-tanda betapa Khalid sudah tidak layak untuk terus memegang jawatan nombor satu dalam PDRM selepas siri-siri lawak jenaka yang dilakukan beliau seperti bertugas menjaga keselamatan negara di laman twitter dan menangkap ahli Parlimen atas ucapan yang dibuat di dalam perbahasan Parlimen," soal beliau.

Mahfuz turut mempersoal sama ada Khalid berada dalam keadaan tertekan sebagaimana tertekannya Najib akibat desakan Tun Dr Mahathir Mohamed supaya disiasat pihak yang memberi arahan kepada Sirul untuk menculik dan seterusnya membunuh Altantunya Shaariibuu.

"Kenyataan berbentuk pembohongan oleh Khalid ini juga secara tidak langsung telah menghina Tun Dr Mahathir sebagai negarawan yang turut membangkitkan soal tidak boleh berlaku zalim kepada Sirul yang hanya melaksanakan arahan pihak tertentu.

"Malah Isu ini juga akan menjejaskan kepercayaan Australia dan dunia terhadap Malaysia kerana mempunyai Ketua Polis Negara yang bercakap bohong," katanya. - HARAKAHDAILY 6/4/2015

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena