Monday 6 April 2015

Nahas Helikopter Semenyih - Mayat Adiana Baizieva warga Kyrgyzstan dituntut adiknya...

Isnin, 6 April 2015

Mayat Adiana Baizieva Dituntut Adiknya Bersama Pegawai Kedutaan Kyrgyzstan

Seorang ahli keluarga Aidana Baizieva tiba di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur untuk menuntut mayat wanita tersebut.

Difahamkan gadis tersebut yang juga adik Baizieva sedang mengisi beberapa borang untuk tujuan pelepasan mayat itu.

Dia tiba di bilik mayat kira-kira pukul 10.45 pagi Isnin dan ditemani seorang lelaki dari Kedutaan Kyrgyzstan.

Wanita tersebut enggan bercakap dengan media yang dilarang daripada memasuki perkarangan bilik mayat.

Terdahulu, seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia untuk seketika.

"Rekod menunjukkan beliau berada di Malaysia sekurang-kurang selama setahun," katanya.

Baizieva antara yang maut dalam nahas helikopter di Semenyih pada Sabtu lalu.

Nahas tersebut turut menggorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Terdahulu, wanita tersebut dilaporkan sebagai pembantu juruterbang helikopter yang terhempas itu tetapi kemudiannya disahkan sebagai kakitangan Syarikat Penerbangan Cempaka. -mstar 
Posted By Green Boc 

Nahas Helikopter Semenyih, Status Aidana Baizieva Tersebar


Nahas Helikopter Semenyih, Status Aidana Baizieva Tersebar. Setelah lima mayat mangsa nahas helikopter Dauphin 9M-IGB yang terhempas di Semenyih sudah dituntut keluarga masing-masing, termasuk mayat juruterbang warga Amerika Syarikat yang keluarganya dijangka tiba esok, identiti seorang lagi mangsa yang belum dikenal pasti menjadi teka-teki.
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena