Monday 6 April 2015

[Video] Nik Abduh, Nik Amar jangan gunakan nama Almarhum TGNA kalau 'tergila-gilakan' Umno?...

Isnin, 6 April 2015



Nik Abduh, Nik Amar jangan gunakan nama TGNA kalau nak cium botot Umno

Dua orang ni memang sering saling nyambut menyambut. Apa sahaja yang dikatakan oleh salah seorang mereka, yang seorang lagi pasti akan turut menyokong. Dan masing-masing mahu menggunakan nama Almarhum Tuan Guru Nik Aziz yang telah tiada.

Dua orang ni cuba nak memperbodohkan orang ramai. Mereka seolah-olah mahu menyatakan bahawa apa yang Allahyarham sampaikan kepada orang ramai sebelum ini supaya kita jangan berbaik-baik dengan Umno, jangan bagi nyawa dengan Umno yang sedang lemas nak tenggelam ....itu semua lakonan dan pembohongan Allahyarham kepada kita?  

Apakah mereka ingat, Almarhum tidak perlu menyampaikan amanat tersebut yang sangat bertentangan dengan pesanannya yang sebelumnya kepada kita semua?  Kenapa mesti melalui dua mangkuk ini? Apa istimewanya dua mangkuk ini selain memang terkenal tergila-gilakan nak cium bontot Umno! 

 Sebelum ini Nik Amar antara lain menyatakan :  
"Hari ini, saya membuka rahsia dan menceritakan amanat Allahyarham kerana timbul isu yang dibangkitkan ahli PAS dengan mendakwa PAS sudah masuk perangkap Umno kerana kita mengadakan perbincangan bersama mengenai hudud.  

"Kenapa isu ini perlu dibangkitkaan kerana hubungan antara PAS dengan kerajaan Persekutuan sudah lama terjalin. Malah, sepanjang pemerintahan Allahyarham Nik Aziz juga hubungan itu sudah terjalin

Tetapi Nik Amar telah menafikannya melalui laman facebooknya :  



Nik Amar suruh dengar ucapan melalui rakaman video (atas)...Korang cer dengar apa yang Nik Amar cerita....Ada apa-apa perbezaan tak dari apa yang dilaporkan media?

Bertambah peliknya, ketika Nik Amar cuba menafikannya, mangkuk ayun satu lagi buat buat pula kenyataan serupa....alahai!  Nik Mohamad Abduh, mengakui turut menerima amanat daripada bapanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya mewujudkan hubungan baik dengan Umno bagi memudahkan pelaksanaan hudud.  

Nik Abduh berkata, sebelum meninggal dunia, allahyarham berpesan kepadanya bahawa kerjasama dapat dilakukan antara PAS dengan Umno dalam usaha memartabatkan agenda Islam, lapor Utusan Malaysia

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn

Amanat Nik Aziz Mahu PAS Berbaik Dengan UMNO, Kata TMB Kelantan

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah


KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa bekas Mursyidul Am PAS, Allhahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah meninggalkan amanat supaya ahli PAS tidak mengkritik UMNO, lapor Berita Harian.

Mohd Amar dilaporkan berkata, Nik Aziz juga meminta supaya ahli PAS mewujudkan hubungan baik dengan UMNO bagi memudahkan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan itu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di depan kira-kira 3,000 orang pada Majlis Penerangan Hudud di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, malam tadi.

“Hari ini, saya membuka rahsia dan menceritakan amanat Allahyarham kerana timbul isu yang dibangkitkan ahli PAS dengan mendakwa PAS sudah masuk perangkap Umno kerana kita mengadakan perbincangan bersama mengenai hudud.

“Kenapa isu ini perlu dibangkitkan kerana hubungan antara PAS dengan kerajaan persekutuan sudah lama terjalin. Malah, sepanjang pemerintahan Allahyarham Nik Aziz juga, hubungan itu sudah terjalin.

“Perlu ingat, Umno mempunyai kunci besar dalam kerajaan. Jadi, tidak perlu pertikaikan isu hubungan baik PAS dengan kerajaan Persekutuan, sebaliknya beri keyakinan kepada pimpinan PAS, kerana apa yang kita mahu lakukan ini untuk kebaikan rakyat,” Mohd Amar dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian.

Bulan lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (2015) yang mendapatkan sokongan sebulat suara semua Adun termasuk dari UMNO. – Awani


Nik Abduh Akui Berbaik Dengan Umno Amanat Terakhir Nik Aziz

NIk Abduh Parlimen

Kuala Lumpur – Ahli Jawatankuasa pusat PAS, Nik Mohamad Abduh hari ini mengakui turut menerima amanat daripada bapanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya mewujudkan hubungan baik dengan Umno bagi memudahkan pelaksanaan hudud.

Nik Abduh berkata, sebelum meninggal dunia, allahyarham berpesan kepadanya bahawa kerjasama dapat dilakukan antara PAS dengan Umno dalam usaha memartabatkan agenda Islam.

Bagiamanapun, tegas ahli Parlimen Pasir Mas itu kerjasama tersebut bukan dalam semua isu.

“Ayah pun sebut begitu tetapi jangan salah faham ini bukan kerjasama PAS dengan Umno dalam semua isu.

“Saya akui ayah cakap sendiri di depan saya bahawa untuk melaksanakan hudud dan apa-apa agenda Islam kita boleh bersama dengan Umno demi membawa agenda Islam lebih baik.” kata Nik Abduh lapor Utusan Malaysia.

Justeru, katanya, tidak mustahil bapanya turut menyampaikan amanat sama kepada Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Merujuk ucapan Mohd Amar dalam satu majlis ceramah penjelasan isu hudud yang diadakan pada 1 April lalu di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan ahli PAS diingatkan agar tidak mengkritik Umno kerana parti Melayu itu merupakan pihak yang perlu berurusan bagi membolehkan hasrat kerajaan negeri tercapai.

Malah, Mohd Amar dilaporkan berkata Nik Aziz meminta beliau dan ahli PAS menjalinkan hubungan baik dengan Umno serta tidak mengkritik parti itu.

Ini kerana pihaknya perlu berurusan dengan Umno mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan.

Bagaimanapun, Mohd Amar tampil menafikan laporan tersebut dan berkata berita itu “tidak tepat, berniat jahat dan berunsur fitnah.”

“Merujuk tajuk dan laporan Berita Harian Jumaat 3 April 2015 yang memetik kenyataan saya berkenaan ‘amanah Tok Guru Nik Aziz’.

“Dukacita dimaklumkan laporan akhbar tersebut adalah tidak tepat, berniat jahat dan berunsur fitnah,” katanya dalam satu posting di laman Facebook miliknya.

Kerajaan negeri Kelantan bulan lalu meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (2015) yang mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk dari Umno dan PKR.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan membentangkan rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan kerajaan negeri Kelantan melaksanakan peraturan syariah itu.

Sekiranya pindaan akta itu diluluskan dengan mendapat sokongan majoriti mudah ahli Parlimen, Kelantan sudah boleh melaksanakan 4 daripada 6 peraturan syariah yang dicadangkan.

Kerajaan negeri PAS Kelantan kini berpatah arang, berkerat rotan apabila menjadi sasaran kritikan rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, DAP dan PKR yang berkeras membantah pelaksanaan hukum itu meskipun ia tidak melibatkan bukan Islam.
SUARA TV

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena