Friday 1 April 2016

"Tergesa2 mau cabut lari mau pi mana?" Tangkapan pertama libatkan seleweng 1MDB.

Jumaat, 1 April 2016
Page Liked · 20 hrs 

HELLO ARUL KANDA !!!.. Tergesa2 mau cabut lari mau pi mana.. Kerja apa YANG DAH SELESAI tu !!!
HUTANG BERBILION2 RINGGIT sudah selesai ka !!
SKANDAL 1MDB sudah selesai ka !!

Tak kan dah hilang telor mcm Najib ka slps YBRafizi Ramli buat laporan polis terhadap CEO 1MDB smlm...

Tangkapan pertama libatkan seleweng 1MDB

 | March 31, 2016
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Aabar dikatakan ditahan di Abu Dhabi dan dalam proses diekstradisi ke Amerika Syarikat
Manivanan-Gowin_mohamaed-al-husseiny_1mdb_600

PETALING JAYA: Seorang bekas pegawai syarikat pelaburan antarabangsa dikatakan telah ditahan di Abu Dhabi bagi membantu siasatan penyelewengan yang dikaitkan dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif ‘Aabar Investments PJS Ltd’ 1MDB (Aabar), Mohamed Al Husseiny telah ditahan dan dikatakan dalam proses ekstradisi ke Amerika Syarikat.
Aabar merupakan anak syarikat kepada International Petroluem Investment Company. (IPIC) yang terlibat secara langsung dengan 1MDB.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin menerusi satu kenyataan hari ini. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bilakah tangkapan itu dibuat.
Al Husseiny merupakan CEO Aabar sehingga Julai 2015
Manivanan berkata, penangkapan itu merupakan permulaan dalam siasatan ke atas 1MDB.

CEO of Aabar, Mohamed Al Husseiny
Al Husseiny [gambar atas, kanan sekali], berasal dari Kenya, masih memegang kewarganegaraan Amerika Syarikat, walaupun telah berpindah ke Abu Dhabi.
Katanya, penangkapan itu juga menunjukkan siasatan penuh sedang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan pastinya akan ada penangkapan lagi akan dibuat selepas ini.
“Ironiknya, walaupun penangkapan patut dilakukan di Malaysia, tetapi ia berlaku di luar negara atas permintaan Amerika Syarikat. Permohonan ekstradisi sedang diproses atas permintaan Amerika Syarikat.
“Amat menyedihkan apabila kita mendapati bahawa negara lain yang mendahului siasatan mengenai isu 1MDB walaupun isu ini melibatkan imej dan integriti negara kita,” katanya.
Manivanam berkata, penangkapan itu permulaan untuk membolehkan persoalan-persoalan berkaitan 1MDB dapat dirungkaikan.
Berdasarkan laporan media sebelum ini, Aabar Investment PJS pada 2012 mengambil alih sehingga 49% kepentingan dalam dua anak syarikat tenaga, Powertek Investment Holdings dan 1MDB Tenaga (Langat) Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada syarat bagi pemberian jaminan oleh IPIC untuk bon 1MDB berjumlah RM3.5 bilion.
Bayaran itu membolehkan 1MDB membayar pinjaman awal daripada tarikh yang ditetapkan kepada sekumpulan peminjam bank antarabangsa berjumlah US$975 juta (RM3.5 bilion).

FMT

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena