Najib berkedut-kedut masa baca manifesto.
Dr M mahu pamer gambar ketua ROS, SPR dalam akhbar seluruh dunia
One Hope,One Dream,One Logo,To save Malaysia...


SPR AKHIRNYA AKUR.....

SPR akhirnya akur bahawa Pakatan Harapan atau lebih tepat, calon-daripada DAP, Amanah dan Bersatu tidak perlu mendapat kebenaran suruhanjaya itu jika ingin menggunakan simbol PKR dalam pilihanraya akan datang ini.
"Kenyataan SPR telah disalah erti seolah-olah keputusan untuk penggunaan lambang PKR oleh ahli parti lain untuk tujuan pilihanraya mesti mendapat kebenaran daripada SPR.
"Ingin ditegaskan kebenaran untuk menggunakan logo PKR oleh calon yang ingin bertanding atas tiket parti itu adalah di bawah bidang kuasa parti itu," kata Pengerusi SPR, Hashim Abdullah dalam suatu kenyataan.
Bagaimanapun, dalam kenyataan itu juga, Hashim memberitahu, sekiranya mereka memilih untuk menggunakan lambang PKR, bermakna hanya lambang berkenaan saja dibenar untuk digunakan di sepanjang tempoh kempen diadakan.
Dengan penjelasan ini, bermakna tiada masalah langsung bagi calon-calon Pakatan Harapan yang mewakili DAP, Amanah, Bersatu serta PKR sendiri daripada menggunakan simbol tunggal iaitu lambang parti PKR dalam pilihanraya akan datang ini.
Penggunaan simbol tunggal itu akan lebih memudahkan Pakatan Harapan berlawan, seterusnya menumbangkan Najib, UMNO dan BN kerana tiada lagi unsur-unsur kekeliruan di kalangan pengundi.
Dengan itu - LAWAN TETAP LAWAN!!! (ShahbudinHusin 08/04/2018)
PH tak perlu kebenaran SPR guna logo PKR
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, calon Pakatan Harapan (PH) tidak memerlukan kebenaran suruhanjaya itu untuk menggunakan logo PKR, tetapi mereka hanya boleh menggunakan simbol parti itu ketika berkempen, jika memutuskan untuk bertanding atas tiket PKR.
Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dalam satu kenyataan malam tadi menjelaskan kekeliruan yang timbul dalam laporan media mengatakan PH memerlukan kebenaran SPR untuk menggunakan logo PKR seperti diputuskan gabungan 4 parti pembangkang itu.
Beliau berkata, jika PH memutuskan untuk bertanding atas tiket PKR, maka simbol parti lain, iaitu DAP, Amanah dan PPBM tidak boleh digunakan sebagai bahan kempen sepanjang pilihan raya umum ke-14.
“Kenyataan SPR telah disalah erti seolah-olah keputusan untuk penggunaan lambang PKR oleh ahli parti lain untuk tujuan pilihan raya mesti mendapat kebenaran daripada SPR.
“Ingin ditegaskan kebenaran untuk menggunakan simbol PKR oleh calon yang ingin bertanding atas tiket parti itu adalah di bawah bidang kuasa parti itu,” katanya dalam satu kenyataan.
FMT.
0 comments:
Post a Comment