Saturday, 7 April 2018

[Video ORANG Umno PUN HIDUP SUSAH!~Nak Salahkan Siapa?] Himpunan Tangkap Pencuri 14 April di depan Sogo KL.

Ahad, 8 April 2018
Foto Omar Othman.
No automatic alt text available.
Image may contain: 2 people, text

Himpunan Tangkap Pencuri 14 April di depan Sogo KL

AMCJL menganjurkan himpunan Tangkap Pencuri 14 April di Sogo KL.

Perhimpunan Tangkap Pencuri akan diadakan di perkarangan pusat membeli belah Sogo, Kuala Lumpur 14 April ini mulai jam 2 petang.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu ketika berucap di Pasir Gudang kelmarin turut mengumumkan perhimpunan ini.
“14 April ini kita akan berhimpun depan Sogo di KL, boleh semua hadir,” tanya beliau yang disambut “bolehhhh” oleh orang ramai dalam Jelajah Pakatan Harapan (JPH) itu.
Di majlis itu Mohamad Sabu juga meminta semua sampah di majlis itu dibuang dalam satu karung plastik yang tertulis “BN Sampah”.
“Sebelum balik nanti, saya nak bagi tahu tolong buang sampah dalam karung ni,” katanya smabil mengangkat karung sampah bertulis “BN Sampah” itu.
Sementara itu, jurucakap Anak Muda Mencari Jho Low (AMCJL), Faiz Fadzil berkata, majlis akan bermula jam 2 petang di depan Sogo.
Mereka kemudiannya akan berarak ke Dataran Merdeka yang akan dipenuhi dengan nyanyian dan ucapan.
Para pemimpin Pakatan Harapan dijangka akan turut serta.
AMCJL menganjurkan pelbagai program bagi menyedarkan rakyat tentang skandal 1MDB dan kaitannya dengan perdana menteri Najib serta orang kanannya Jho Low.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena