Saturday 21 April 2018

[Video Padan muka! Sokong lagi Umno - Azmin] Menjelang pilihan raya, akhbar pro BN beri liputan positif untuk Pas.

Ahad, 22 April 2018

Pakatan Harapan - Najib Razak and Mahathir Mohamad

Menjelang pilihan raya, akhbar pro BN beri liputan positif untuk Pas


Akhbar Berita Harian memberikan liputan dua muka penuh untuk Pas.

Lagi 18 hari untuk 14.8 juta pemilih berdaftar membuang undi, dua akhbar berbahasa Melayu yang dikuasai Umno-BN terus melaporkan imej positif terhadap Pas.

Hari ini akhbar Utusan Malaysia memuatkan lima laporan berita dalam satu halaman penuh di muka surat 10 berserta grafik Sekilas Fakta.

Situasi yang tidak pernah berlaku menjelang pilihan raya umum lalu ini berlaku ketika ada pemimpin Pas mengaku menerima wang Umno yang dipanggil ‘derma’ yang berjumlah RM2.5 juta.
Laporan mengenai Pas di Utusan Malaysia itu merangkumi perkembangan parti berkenaan didahului dengan lubuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang iaitu di kerusi Parlimen Marang.
Bersama tajuk besar, “Pas tak gerun, optimis menang”, ungkapan yang lazimnya hanya boleh ditemui Harakah sebagai lidah rasmi parti itu turut menampilkan gambar barisan calon Pas di Terengganu pada majlis pengumuman kelmarin.
Ini diikuti laporan berkenaan pencalonan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mokhtar Senik di kerusi Parlimen Padang Besar dan reaksi Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin apabila ditanya tentang pengalaman parti itu bekerjasama dengan DAP dan PKR.
Utusan membuat laporan semuka penuh dan positif untuk Pas.
Turut dilapor kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa ada pihak cemburu partinya bertanding di 160 kerusi Parlimen.
Bahkan, keputusan Pas Melaka mencalonkan lebih 20 calon bertanding pada PRU-14 juga mendapat perhatian Utusan Malaysia apabila menganggapnya sebagai mencipta sejarah.
Satu lagi akhbar pro BN, Berita Harian (BH) juga memuatkan lima laporan berita yang positif terhadap Pas di halaman 14 dan 15.
Paling ketara apabila BH melaporkan dua bahan berita tentang serangan Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri.
Dua laporan tersebut bertajuk “PAS selar Azmin amal politik murahan” serta ‘Kekalutan pembangkang macam pergolakan di Gaza’.
Tiga lagi laporan berkenaan parti yang bermusuhan dengan PH di akhbar BH hari ini adalah “PAS pertaruh calon pelbagai profesion”, “Bekas kapten Hijau Kuning anggap diri ‘under dog'” serta “Kami utuh walaupun dibuli: Hadi”.
PRU-14 menyaksikan Pas tidak bersama dalam blok parti pembangkang sebaliknya mencipta rekod meletakkan calon bertanding paling ramai sepanjang sejarah Pas dalam PRU sejak 1959.
Walaupun Pas mendakwa bersendirian tetapi penegasan Abdul Hadi bahawa partinya berperanan sebagai ‘king maker’ memperlihatkan parti itu lebih condong kepada BN.
Tambahan lagi, Abdul Hadi sejak akhir 2015 sudah beberapa kali sepentas dalam program bersama-sama Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.
Kedudukan semasa 222 kerusi Parlimen menyaksikan BN memiliki 132 kerusi, DAP (36), PKR (28), Pas (13), AMANAH (7) Warisan dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing dua kerusi manakala Bersatu dan Bebas masing-masing satu kerusi.
MD.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena