Saturday 2 June 2018

[Video UMNO HABIS BEKALAN OKSIGEN?] Najib upah bekas peguam negara Amerika hadapi siasatan 1MDB? Putrajaya dan Istana tegang kerana calon peguam negara baharu.

Sabtu, 2 Jun 2018

Foto Suara Rakyat.
TU DIA !!.. Ni juga kategori 'campurtangan' asing.. dulu Najib sendiri dakwa, PH berkonspirasi dgn pihak luar mahu jatuhkan BN.. Tapi sekarang..

TAHUKAH ANDA.. firma guaman The Ashcroft Group itu telah mendaftarkan Najib sebagai anak guamnya mengikut Akta Pendaftaran Agen Asing pada September tahun lalu.

Selain bekas Peguam Negara John Ashcroft Najib juga mengupah David Boies, seorang peguam bicara terkenal di Amerika.

Semua peguam ini dijangka berkunjung ke Kuala Lumpur dalam masa yang terdekat berikutan Najib bakal didakwa dlm skandal penyelewengan 1MDB tak lama lagi.

APA DAH JADI peguam2 Najib dlm negara..?
Belum lagi Najib & Rosmah didakwa sudah ada beberapa peguam Najib yg dah tarik diri.

Sejak Najib hilang berkuasa 9 Mei lepas, Najib bukan lagi ketua kerajaan. Oleh itu Najib tidak lagi mendapat perlindungan penuh (imuniti) daripada tindakan undang-undang.

Najib upah bekas peguam negara Amerika hadapi siasatan 1MDB

Najib upah bekas peguam negara Amerika hadapi siasatan 1MDB
Najib Razak kini hilang imuniti yang menyelamatnya daripada segala tuduhan jenayah yang sedang disiasat Jabatan Keadilan Amerika Syarikat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Mei, 2018.

NAJIB Razak menggunakan khidmat sepasukan peguam kanan Amerika Syarikat, termasuk bekas Peguam Negara John Ashcroft dan peguam bicara terkenal David Boeis, dalam menghadapi siasatan antarabangsa terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang boleh memerangkap beliau dan keluarganya.
Biarpun Jabatan Keadilan Amerika (DoJ) sudah memulakan penyiasatan ke atas dakwaan penyelewengan dana syarikat milik negara itu beberapa tahun dan merujuk beliau sebagai MO1, Najib setakat ini terlindung daripada pendakwaan jenayah atas kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Sumber memberitahu The Malaysian Insight yang pasukan peguam kanan itu turut disertai Matthew Schwartz. Beliau pernah selama 10 tahun menjadi pendakwaraya di New York dan mengendalikan kes yang menonjol termasuk penyiasatan ke atas dalang skim Ponzi, Bernie Madoff.
Pada 2013, beliau dinamakan sebagai pendakwaraya terbaik oleh Yayasan Penguatkuasaan Undang-Undang Persekutuan. Scwartz kini seorang peguam.
Semua peguam ini dijangka berkunjung ke Kuala Lumpur dalam masa yang terdekat. – 2 Mei, 2018.

Putrajaya dan Istana tegang kerana calon peguam negara baharu 

Putrajaya dan Istana tegang kerana calon peguam negara baharu 
KRISIS perlembagaan kini menunggu kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) yang dipilih oleh rakyat dengan Raja-Raja Melayu berhubung pelantikan peguam negara yang baharu.
Lebih 10 hari lepas, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menulis kepada Yang Di-Pertuan Agong memohon perkenan agar Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali dipecat dan digantikan dengan peguam kanan yang juga pakar perlembagaan, Tommy Thomas.
Tommy adalah pilihan sebulat suara pemimpin PH.
Empat parti gabungan dalam PH merasakan pelantikan tokoh yang dihormati dalam bidang perundangan itu akan menghantar isyarat jelas kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa kerajaan baru ini serius hendak membetulkan institusi negara yang cacat.
Pelantikan itu juga diharap akan menjamin adanya seorang peguam yang cekap dalam perbicaraan yang boleh mengendalikan kes tumpuan termasuk pendakwaan ke atas mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB.
Namun surat perdana menteri kepada Seri Paduka itu tidak ada tindakan selanjutnya, membawa kepada ketegangan antara kerajaan dan istana. 
Sebaliknya, ada beberapa mesej dari Istana, meminta PH menggugurkan nama Thomas. Beberapa calon lain dikemukakan kepada Dr Mahathir termasuk seorang bekas hakim mahkamah tinggi dan seorang hakim Mahkamah Rayuan.
The Malaysian Insight difahamkan Raja-Raja Melayu yang lain juga menyokong pendirian Yang Di-Pertuan Agong. Mereka dikatakan bertegas seorang peguam negara hendaklah seorang Melayu dan beragama Islam.
Kebuntuan dan kemungkinan krisis perlembagaan ini disentuh oleh dua blogger yang dekat dengan PH. Dalam satu tulisannya, Syed Akbar Ali menyebut calon peguam negara pilihan Dr Mahathir disekat kerana beliau bukan Melayu dan bukan beragama Islam.
"Tiada apa-apa dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bukan Melayu dan bukan Muslim tidak boleh dilantik sebagai peguam negara," tulisnya.
Beliau juga menulis pelantikan kabinet dan pegawai kanan kerajaan adalah budi bicara mutlak Perdana Menteri.
Tokoh wartawan A Kadir Jasin juga menulis di blognya menyatakan Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan batas kuasa raja berperlembagaan.
Bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times itu juga menjawab pandangan tentang jawatan utama mesti disandang orang Melayu.
"Ya, memanglah kalau boleh orang Melayu mahu Melayu menyandang semua jawatan penting, tetapi apa gunanya kalau Melayu yang berjawatan tinggi itu zalim, perasuah dan bersubahat dengan penyangak dan pencuri," tulisnya. – 2 Jun, 2018.
TMI.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena